Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

Kek Pisang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi ....

Mak Long bercuti hari ini. Cuti-cuti beginilah Mak Long ambil kesempatan untuk update blog Mak Long, memasukkan resepi-resepi yang telah Mak Long cuba di dapur Mak Long. Ada sesetengahnya Mak Long dah masak untuk keluarga Mak Long beberapa minggu yang lepas tetapi tidak berkesempatan untuk memasukkan dalam blog  Mak Long. Jadi di pagi yang indah dan tenang ni :) ini Mak Long nak berkongsi resepi kegemaran keluarga Mak Long. Kalau nak kira setiap hujung minggu mesti ada kek pisang ni.



BAHAN-BAHAN
  • 4 biji pisang emas 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 4 biji telur gred  A
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu besar air limau nipis (boleh digantikan dengan cuka masakan)
  • 1 sudu teh esen pisang (vanilla)
     ( ayak bahan-bahan yang bertanda *)


CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 185'C api atas bawah.
  2. Kisar gula, telur, minyak di dalam blender hingga putih (3 hingga 5 minit)
  3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
  4. Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Wednesday, 1 January 2014

Tempahan Kek Coklat Moist dan Kek Pelangi



ASSALAMUALAIKUM dan Selamat Tahun Baru Dari Dapur Mak Long. Alhamdulillah awal tahun baru, Mak Long mendapat tempahan kek coklat dari sepupu Mak Long untuk birthday bonda kesayangannya, Hasnah Saidin ataupun Mak Long panggil sebagai Mak Cho sahaja. Terima kasih Shira. Sambutan hari jadi dilakukan di rumah mak cik, Mak Long dan kebetulan pada hari yang sama, mak cik Mak Long mengadakan kenduri kesyukuran. Selain daripada kek coklat moist, mak cik dan sepupu Mak Long juga telah menempah 2 biji kek pelangi dan 1 butter kek. Alhamdulillah rezeki yang tak diduga, syukur sangat-sangat.



Oh ya sempena tahun baru 2014, Mak Long nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat pengunjung blog Dari Dapur Mak Long. Mak Long bukanlah blogger yang terkenal tetapi Mak Long perkongsian resepi di sini dapat memberi manfaat kepada semua yang mencintai dunia masakan. Malahan matlamat penubuhan blog ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dengan semua yang mencintai dunia masakan dan juga memudahkan Mak Long mencari resepi-resepi yang Mak Long buat.

Terima kasih buat semuanya. Semoga tahun baru ini dimanfaat sebaik-baik mungkin. Mak Long tiada azam baru di tahun baru ni cuma ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan menjadi yang terbaik buat keluarga Mak Long yang tersayang.


Sunday, 20 October 2013

Kek Coklat


Assalamualaikum ....

Hari ni Mak Long kongsikan resepi kek coklat. Sebenarnya mudah saja membuat kek coklat ni. Mak Long menggunakan tepung kek span yang dah siap cuma tinggal bancuh dan bubuh mentega dan telur sahaja. 

Sebenarnya Mak Long buat kek ni untuk memahirkan diri Mak Long dalam bab mendeko kek. Mak Long kena banyak belajar lagi dan praktis selalu supaya lebih kemas dan cantik.

Alhamdulillah puas hati juga Mak Long dengan deko Mak Long ni walaupun nampak simple. 

Kebetulan masa Mak Long buat kek ni, mak cik-mak cik Mak Long ramai yang datang. Seronok betul Mak Long melihat mereka gemar memakannya. Syukur alhamdulillah untuk rezeki Mak Long yang dapat Mak Long kongsikan dengan keluarga besar Mak Long.

Oh ya, di sini Mak Long kongsikan resepi kek coklat ni:


BAHAN:


  • 250gm coklat sponge mix kek
  • 185gm telur (ditimbang tanpa kulit)
  • 50ml air
  • 75gm mentega cair
  • 1 sudu teh esen vanila.


CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan sponge mix, air,telur   dan esen vanila. Putar hingga kembang selama 5 hingga 6 minit.
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang 8' dan bakar dalam suhu 160'C dalam 40 minit (bergantung pada oven masing-masing).




BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

  • 500gm krimwell
  • 250gm shortening/ butter
  • 100 mlm air gula (cara buat air gula - 300 gula + 100 ml air + 2 sudu lemon jus. Masakkan air gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon).

CARA PENYEDIAAN:
  1. Pukul krimwell dan shortening/butter hingga kembang.
  2. Bila dah kembang, masukkan air gula.


Apabila kek dah masak, ianya akan bangkit apabila ditekan dengan jari.

Sunday, 24 March 2013

Kek Coklat Moist


ASSALAMUALAIKUM .....

Congratulation Tirah sebab dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Sebagai tanda kasih sayang, saya buatkan kek coklat moist untuk dia. Jadi kat bawah ni saya kongsikan photo-photo coklat moist yang saya buat.




Cupcakes ni saya guna bancuhan yang sama dengan kek sebiji tu. Saya ambil sedikit dan masukkan dalam cawan kertas ni. 





Sunday, 17 March 2013

Kek Coklat Moist untuk Birthday Cinta Hati Saya, Muzzafar (Pa)


Kek Coklat Moist dari mak long untuk Pa ...

Happy Birthday Untuk cinta hati Saya Amir Muzzafar ...

Mak Long sayang Pa sangat-sangat
Pa dan cinta hati saya yang lain (Danish, Yaya, Cham Cham dan Riz adalah anugerah yang terindah dan paling bermakna dalam hidup saya)




Setiap kali call Pa, mesti dia tanya mak long ada buat kek tak?
Seronok sangat melihat wajahnya bila dianjurkan birthday party untuknya walaupun secara kecil-kecillan.
Cuma yang saya terkilan saya tak buat kek angry bird untuk Pa seperti permintaannya kerana kesuntukan masa.
Tapi tak apa, mak long dah gantikan kek angry bird dengan coklat oreo angry bird. Suka bebenor bebudak ni dengan angry bird. 



Tak banyak photo yang saya dapat tangkap kerana suasana agak kelam kabt sedikit. Ini wajah ceria Pa. Moga Pa menjadi anak yang baik, bijak dan soleh.


Ini dia cinta hati saya Yaya, Pa, Danish dan Cham Cham. Mak Long sayang semua!

Sunday, 16 December 2012

Choc Indugent Cake [Birthday Cham Cham]

Assalamualaikum buat pengunjug blog saya.

Hari ni bukan main penat saya, dari pagi sampai ke petang asyik dok kat dapur. Rasa dah lenguh-lenguh seluruh badan ... sakit sana sini. Walaupun keletihan, saya gagahkan juga nak siapkan entri untuk cinta hati saya Cham Cham.


Sebenarnya birthday cinta hati saya ni ialah pada 26 Disember tetapi disebabkan adik dan adik ipar saya akan pulang ke Sandakan, Sabah selama dua minggu, maka birthday party Cham Cham terpaksa diadakan awal. Bukan main seronok Cham Cham ketika memotong kek birthday dia. Asyik senyum memanjang Cham Cham.

Kek birthday Cham Cham saya yang buat. Simple saja, al-maklumlah saya ni baru belajar. Untuk Cham Cham mak long buat khas choc Indulgent kek. Moga Cham Cham suka dengan kek yang mak long buat ni. Ini saja yang termampu mak long buat khas untuk cinta hati mak long.






Inilah birthday boy. Bersemangat betul Cham Cham ketika nak potong kek. Tak sabar-sabar dia. Happy birthday Sham Alzarkasy. Moga dipanjangkan usia, murah rezeki, menjadi anak yang baik buat mak, ayah dan juga seluruh ahli keluarga. Bila besar nanti belajar pandai-pandai ya Cham Cham.


Cham Cham begitu seronok melihat lilin kek. Hmmmm sayang Cham Cham


Antara hidangan yang dihidangkan.

Saturday, 15 December 2012

Krismas Log

Ini entri terakhir saya tentang bengkel memasak yang saya sertai pada hari ini iaitu tentang Krismas Log. Mula-mula sebelum sertai bengkel, jenuh juga fikir masakan apakah ini. Lastnya sebelum gi bengkel, saya gi google images dan taip perkataan krismas log dan muncullah macam-macam images tentang kek ni. Rupa-rupanya kek ini diperbuat daripada kek gulung. Secara tak langsung saya dah tau cam mana rupanya nak buat kek gulung. Senang jer nak buat kek gulung ni ... hehehe .... kalau kat bengkel senanglah sebab ada chef yang mengajar kalau buat sendiri tak tahulah macam mana rupanya. Tak cuba lagi.

Kawan-kawan saya gelar kek ni kek batang kayu. Sedap juga kek ni tapi mak saya kata kek ni manis sangat. Kencing manis. Mungkin rasa jem strawberry dan gula icing yang ditabur atas  kek itu yang buatnya manis.



Oh ya resepinya yang saya beri ni boleh buat banyak krismas log sebab masa belajar kek ni dibuat secara berkumpulan sebab tak cukup masa. Jadi penggunaan bahan-bahannya dalam kuantiti yang banyak.

Bahan-bahan untuk Sponge Cake/ Swiss Roll/ Krismas Log:

  • Egg - 16 nos
  • Sponge mix - 1 kg
  • Water - 200 ml
  • Melted butter - 200 gm
  • Dark chocolate - as a need
  • Whipping cream - as a need

Cara Penyediaan:
  1. Beat the sponge mix with egg and water until fluffy about 10 minutte.
  2. After that add the melted butter stir it.
  3. Pour into the mould or tray to baked into oven.


Yang ini pula resepi butter cream:
Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cream Well - 1 kg
  • Shortening - 500 gm
  • Icing sugar - 1 pkt
  • Vanilla essence - 1 tsp
  • Lemon Juice - 1 tsp
Cara Penyediaan:
  1. Beat the cream well, icing sugar and shortening.
  2. Add in vanilla essence and lemon juice.

Sponge Cake yang telah masak disapu butter cream dan kemudian jem strawberry (Pilihan untuk jem sesuka hati anda)


Cara-cara nak gulung sponge cake. Dah siap gulung maka terhasillah kek gulung ^_^



Kek gulung dipotong. Masa kat bengkel ada yang buat perisa pandan dan vanilla. Sapukan butter cream disetiap kek gulung. Kemudian sapukan dengan dark chocolate yang telah dicairkan.


Setelah siap disapu butter cream dan dark chocolate bolehlah dihias. Lepas tu taburkan gula icing di atasnya seolah-olah seperti salji turun.


Inilah hasilnya bila dah siap. Bila bawa balik rumah, Danish dan Pa sudah berebut-rebut ambil perhiasan atas kek untuk dibuat main.

Kek Buah


Alhamdulillah dalam bengkel yang saya hadiri, saya juga telah berjaya menghasilkan kek buah. Kek buah (seperti yang anda lihat dalam gambar dibawah) telah dihasilkan oleh saya dan bb (Vimala), sahabat baik saya.

Saya tak nak cerita panjang-panjang kat sini, kita terus saja kepada cara-cara nak buat kek buah. Sedap dan menyelerakan. Tak susah sangat nak membuatnya :)


Bahan-Bahan:

  • Butter - 250 gm
  • Brown Sugar - 250 gm
  • Egg - 5 nos
  • Rose Flour - 250 gm (tepung gandum)
  • Dry Mix Fruit - 250 gm
  • Sedikit serbuk koko (kalau nak bubuh)

Cara Penyediaan:
  1. Beat butter and brown sugar until fluffy.
  2. Add the egg at the time until finish.
  3. Add the plain flour and dry mix fruit.
  4. Pour into mould than baked into oven.
***Oh ya, jangan lupa bubuh sedikit serbuk koko (sebelum tepung gandum), kalau anda nak bubuh***


Ini hasilnya bila dah siap. Satu untuk bb dan satu untuk saya.


Selamat Mencuba!


Sunday, 25 November 2012

Rainbow Cake With Cheesecream

Salam sejahtera saya ucapkan ...

Hari ni hari saya cuba lagi buat kek walaupun semalam sudah sehari suntuk saya di dapur menyiapkan kek coklat moist dan cupcakes pelangi kukus.

Pilihan saya hari ni adalah Rainbow Cake ataupun Kek Pelangi kalau dalam bahasa Melayunya. Resepi untuk keknya saya ambil dari sini http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/12/rainbow-cake.html. Saya memang suka jenguk blog kak wan ni (Resepi Citarasawan), mudah dan senang diikuti malah tengok gambar-gambarnya pun dah terliur air liur. Terima kasih ya Kak Wan kerana sudi berkongsi resepi dan ilmu. Buku kak Wan pun ada saya beli :)

Tapi creamnya saya tak guna whipping cream sebab ada masalah teknikal sikit. Jadi untuk setiap lapisan dan luaran saya guna cheese cream yang saya ambil dari link ni . Sila klik sini ya http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html.



Sebenarnya untuk buat kek ni tak susah mana pun yang penting kesabaran sebab kena masak kek itu selapis demi selapis. Lama dok kat dapur. Tapi bila dah siap dan makan hasilnya, gembiranya bukan alang kepalang. Kek ni dalam satu hari jer dah selesai. Kebetulan keluarga mak cik dan sepupu saya datang berkunjung, jadi dihidangkan. Alhamdulillah gembiranya rasa hati bila mereka memuji dan menikmati apa yang saya hidangkan. Inilah cara saya berkongsi setiap rezeki yang saya ada.


Dari segi pemilihan warna saya pilih 6 warna iaitu oren, mereah, coklat, hijau, kuning dan pink. Kalau tidak merah tu saya nak bubuh biru tetapi atas permintaan mak, saya tak guna warna biru. Katanya biru seperti warna nila baju .. hehehe .... actually apa-apa kek pun mak saya tak beberapa berkenan kalau saya bubuh pewarna biru. Tapi saya tengok warna biru cantik jer :) Tapi atas permintaan emak, saya hormati.


Tak sempat nak ambil gambar penuh. Ini jerlah gambar-gambar yang ada.

Selamat mencuba. Tak rugi mencuba kek ni, memang dijamin sedap.

Saturday, 24 November 2012

Kek Kukus Pelangi




Alhamdulillah seronok sangat bila lihat hasil yang kita buat menjadi. Ini cupcakes Pelangi. Dulu saya pernah buat sekali. Dulu saya bakar dalam oven dan tuang coklat ganache atasnya. Kali ni disebabkan saya kukus kek coklat lembap (moist) saya, makan saya kukus sekali cupcakes pelangi ni. Tak sangka bukan main naik menggebu lagi. Warnanya menarik perhatian dan cukup menggoda. Saya tak nak bubuh apa-apa hiasan atasnya. Biarlah semulajadi cam gini. Cukup menarik dan sedap di makan.


Kalau ada sesiapa nak resepi silalah klik kat sini http://cahayaqasehh.blogspot.com/2012/11/cupcakes-pelangi-with-coklat-ganache.html. Bezanya yang ini tak bubuh coklat ganache di atasnya dan juga dikukus. Ingat ya kukus .... :)


Saya gunakan empat jenis warna iaitu pink, oren hijau dan warna asal (butter)



Gebu, sedap dan lembut


Kek Coklat Moist For Alia (Ate), Happy Birthday


Assalamualaikum ....

Hari Sabtu datang kembali. Kebiasaannya pada hari Sabtu dan Ahad saya mencuba pelbagai resepi baru atau memantapkan lagi kemahiran saya membuat kek.  Saya akan berusaha dan berusaha hingga menghasilkan yang lebih baik dan kreatif.

Hari ni saya ada tempahan kek dari mak cho saya. Saya diberi sepenuh kepercayaan dari mak cho saya untuk buat kek birthday anaknnya. Pilihan mak cho saya adalah kek coklat moist. Saya ni tak biasa buat tempahan kek untuk kek yang ada seni-seni menghias ni kecuali butter kek, marble kek, kek pelangi, muffin atau biskut. Itu dah biasa saya lakukan dan sudah biasa terima tempahan. Yang kena menghias ni baru sekarang saya sedang mencuba-cuba dan belajar.

Tapi mak cho saya suka sangat dengan setiap rasa kek yang saya buat. Ialah tiap-tiap minggu bila mereka datang ke rumah, saya akan menjamu dengan pelbagai jenis kek. Eksperimen dan test market konon-kononnya :) Pertanyaan yang biasa saya tanya "Sedap tak?", "Macam Rasanya?", "Ok tak", "Ada apa-apa komen tak?" dan alhamdulillah setakat ni respon yang saya terima adalah baik walaupun dari segi hiasan saya main campak-campak jer .... :) kena belajar banyak lagi ni ...



Walaupun saya tidak beberapa puas hati dari segi hiasan kek, namun kek saya tetap dapat pujian dari rasanya. Ramai yang tanya "Mana belajar?", "Resepi ambil kat mana?" hmmmm ... saya tak belajar mana-mana pun. Saya cari resepi kat laman web blogger masakan dan dari buku koleksi masakan saya. Kena cuba buat walaupun mengalami kegagalan. Nak hasilkan kek yang sama rasanya dan mutu yang saya sama mesti cuba berulang kali. Untuk kek coklat moist saya akui ini resepi terbaik yang saya cuba. Resepi ni saya ambil dari http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-kek-coklat-moist.html. Saya tak ubah pun resepinya. Paling senang nak ikut dan mudah kerana diajar step by step. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba boleh jenguk blog "Cahaya Cinta Ku: Resei". Klik ajar link yang saya beri.







Buat sepupu saya Alia atau lebih dikenali sebagai Ate, Selamat Hari Lahir Awg ucapkan. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Jadi anak yang baik, anak yang berbakti kepada keluarga.


Ate nampak seronok sangat semalam ...