Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Monday, 16 January 2012

Cucur Bom Manis

Hari ni saya cuti. Mulai hari ni saya akan bercuti hampir 2 minggu. Saja ambil cuti sebelum semester bermula semula bulan Februari nanti. Masa hantar mak pagi tadi, mak tanya nak beli nasi lemak ke untuk tok dan opah. Saya kata tak payah, sebab nanti saya pun akan turut makan sekali. Sekarang ni kerap saya makan nasi lemak dan saya lihat makin bertambah berat badan saya. Dalam kepala terfikir-fikir apa nak makan untuk sarapan, atau makan roti kering jer ke ... tapi kesian lak kat opah ngan tok kalau makan roti kering jer. Jadi saya search kat internet perkataan yang bermula dengan 'cucur'  dan akhirnya saya jumpa resepi yang paling mudah iaitu Cucur Bom Manis. Semua bahan dah ada kat dapur, jadi saya pun decide nak cuba resepi yang mudah ni ....

Oh ya lupa lak nak bagi tau, resepi ni saya ambil dari laman blog Mas. So bagi yang nak kunjungi laman blog Mas boleh klik kat sini http://mas-dapurmas.blogspot.com. Terima kasih ya Mas sebab sudi berkongsi resepi. Cara paling mudah untuk menyiapkan sarapan pagi.


Bahan-Bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar gula (gula jangan banyak sangat nanti terlalu manis dan melekat)
  • 2 sudu susu lemak manis
  • Sedikit bicarbonat
  • Secubit garam
  • Air
  • Minyak untuk menngoreng
***kalau ikut resepi asal, ada bubuh yis, tapi saya tak bubuh. Saya gantikan dengan bicarbonat. Itulah saya kalau tak mengubahnya memang bukan saya ler hehehe ^_^****


Cara Penyediaan:
  1. Masukkan gula, garam, susu dan sedikit bicarbonat ke dalam mangkuk. Kemudian bubuh tepung gandum.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.

Tuesday, 10 January 2012

Cucur Susu Lemak Manis

Dalam saya membelek beberapa blog rakan saya, terjumpalah saya dengan resepi ni. Nampak sedap dan menarik. Namanya pun sudah membuatkan hati saya membuak-buak untuk mencubanya. Terima kasih kepada Cendana Kasih (CK) sebab sudi berkongsi resepi dengan pengunjung-pengunjung blognya. Bagi yang ingin menjenguk blog Cendana Kasih boleh klik kat link ni  http://cendanakasih.blogspot.com.

Alhamdulillah petang tadi sempat saya mencubanya. Balik dari kerja terus cari susu segar kat Tesco. Mak, tok dan opah kat sedap. Adik ipar saya pun kata sedap. Jadi kat sini saya kongsilah cara nak membuat cucur susu lemak manis. Mana-mana yang nak cuba memang WAJIB cuba, tak rugi sebab memang sedap.



Bahan-Bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder (tapi saya tak bubuh, lupa nak beli)
  • 1/2 sudu bicarbonate soda
  • 8 sudu besar susu manis (lebihkan kalau suka)
  • 2 cawan susu segar cair
  • Sedikit garam


Cara Penyediaan:
  1. Ayakkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan susu manis dan susu segar cair sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan licin dan sebati. 
  3. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibelek-belek untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan.
  4. Angkat dan hidangkan bila siap dimasak.



Sunday, 8 January 2012

Cucur Cempedak

Musim buah-buahan datang lagi. Rumah saya tidak pernah putus dengan buah-buahan sejak opah dan tok tinggal bersama saya dengan mak. Mak cik-mak cik saya sering menghantar durian, rambutan, langsat, dukong, pisang, manggis dan cempedak. Alhamdulillah murah rezeki kami sekeluarga tahun ni. Kalau ada lagi hantar lagi ya ... hehehe

Melihat di dapur masih ada cempedak, mulalah mereka-reka nak masak sebagai sarapan pagi. Goreng cempedak sudah, apakata kali ni buat cucur cempedak pula. Lagipun buahnya dah terlalu masak, kalau nak dibuat goreng tak beberapa sedap.

Jadi kat sini saya kongsikan sedikit cara nak buat cucur cempedak. 



Bahan-Bahan:
  • Cempedak 
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Sedikit air


Cara Penyediaannya:
  1. Cempedak dibuang bijinya dan kemudian di blend (kalau tak nak blend pun tak apa, boleh lenyekkan ia, tapi saya blend supaya ia jadi halus).
  2. Cempedak yang sudah di blend dimasukkan ke dalam mangkuk. Isikan tepung gandum, sedikit garam. Masukkan air sedikit demi sedikit. Biarkan adunan sebati.
  3. Panaskan kuali dan goreng hingga masak.

Monday, 5 September 2011

Cucur Udang

Cucur udang antara masakan kegemaran saya. Sesuai sekali ketika sarapan pagi atau waktu petang. Saya paling pandai buat cucur udang. Bukannya nak meninggi diri tetapi semua orang kata macam tu. Cucur udang saya memang terkenal dalam kalangan ahli keluarga saya. ^_^


Bahan-bahannya:

  1. Tepung gandum
  2. Sayur Kucai
  3. Udang
  4. Cili padi dipotong (ikut suka nak bubuh atau tak, bagi yang suka makan pedas leh bubuh)
  5. Bawang besar dihiris
  6. Sedikit kunyit dan garam


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang, sayur kucai, cili padi dan udang di dalam mangkuk/ besen kecil
  2. Isikan sedikit air, gaulkan semuanya
  3. Isikan sedikit kunyit dan garam tadi
  4. Masukkan udang
  5. Kemudian masukkan tepung dan kacau
  6. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng hingga masak