Salam sejahtera saya ucapkan ...
Hari ni hari saya cuba lagi buat kek walaupun semalam sudah sehari suntuk saya di dapur menyiapkan kek coklat moist dan cupcakes pelangi kukus.
Pilihan saya hari ni adalah Rainbow Cake ataupun Kek Pelangi kalau dalam bahasa Melayunya. Resepi untuk keknya saya ambil dari sini http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/12/rainbow-cake.html. Saya memang suka jenguk blog kak wan ni (Resepi Citarasawan), mudah dan senang diikuti malah tengok gambar-gambarnya pun dah terliur air liur. Terima kasih ya Kak Wan kerana sudi berkongsi resepi dan ilmu. Buku kak Wan pun ada saya beli :)
Tapi creamnya saya tak guna whipping cream sebab ada masalah teknikal sikit. Jadi untuk setiap lapisan dan luaran saya guna cheese cream yang saya ambil dari link ni . Sila klik sini ya http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html.
Sebenarnya untuk buat kek ni tak susah mana pun yang penting kesabaran sebab kena masak kek itu selapis demi selapis. Lama dok kat dapur. Tapi bila dah siap dan makan hasilnya, gembiranya bukan alang kepalang. Kek ni dalam satu hari jer dah selesai. Kebetulan keluarga mak cik dan sepupu saya datang berkunjung, jadi dihidangkan. Alhamdulillah gembiranya rasa hati bila mereka memuji dan menikmati apa yang saya hidangkan. Inilah cara saya berkongsi setiap rezeki yang saya ada.
Dari segi pemilihan warna saya pilih 6 warna iaitu oren, mereah, coklat, hijau, kuning dan pink. Kalau tidak merah tu saya nak bubuh biru tetapi atas permintaan mak, saya tak guna warna biru. Katanya biru seperti warna nila baju .. hehehe .... actually apa-apa kek pun mak saya tak beberapa berkenan kalau saya bubuh pewarna biru. Tapi saya tengok warna biru cantik jer :) Tapi atas permintaan emak, saya hormati.
Tak sempat nak ambil gambar penuh. Ini jerlah gambar-gambar yang ada.
Selamat mencuba. Tak rugi mencuba kek ni, memang dijamin sedap.
No comments:
Post a Comment