Wednesday 10 April 2013

Vanila Cupcakes


Happy Birthday to my best friend, Vimala. Saya buat ni khas untuk dia. Biasanya tahun-tahun sebelum ni saya beli kat kedai je. Tapi kali ni saya buat sendiri. Memang sejak akhir-akhir ni saya tak membeli kek birthday untuk yang tersayang, apa yang saya buat ialah saya buat sendiri dengan penuh kasih sayang untuk semua jenis majlis tak kiralah birthday, hari ibu atau sebagainya. Al-maklumlah sekarang dah pandai buat, banyak join kelas. So gunakanlah segala ilmu yang ada tu. Kalau tak buat alamatnya berkaratlah ilmu tu tersimpan. Silap haribulan boleh lupa apa yang dituntut.


Bercakap tentang cupcakes ni, saya gunakan fresh cream. Vanila cupcakes, memang sangat sedap. Selalunya saya buat makan macam tu jer tanpa topping. Sebab tu untuk birthday Vimala, saya pilih Vanila Cupcakes. Actually nak buat coklat moist tapi memandangkan terlupa nak beli beberapa bahan jadi niat tu dibatalkan. 


Untuk Vimala, saya harap dia suka ngan cupcakes ni. Saya dengar sendiri dia kata ini adalah hadiah yang paling best untuk dia. Seronoknya saya, bila dia suka. Happy Birthday, moga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu. Terima kasih juga kerana menjadi sahabat yang baik dan terbaik buat saya.


So di sini saya kongsikan photo-photo yang ditangkap dari pelbagai sudut. Ikutkan hati nak bubuh jer semua gambar. Dah semua cantik-cantik tak tau nak pilih yang mana satu.