Showing posts with label Masakan Mi. Show all posts
Showing posts with label Masakan Mi. Show all posts

Friday, 11 October 2013

Mi Goreng Basah


Assalamualaikum....

Hari ni Mak Long nak kongsikan resepi Mi Goreng Basah. Mi goreng basah ni adalah yang paling simple sekali. Mak Long gunakan bahan-bahan yang memang ada kat rumah. Tak perlu susah payah nak ke kedai mencari bahan-bahan.

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi
  • 2 biji cabai masak (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris atau diketuk .... mana-mana pun boleh)
  • Ikan bilis (agak-agak ... sebagai perencah)
  • 4 sudu cili sos
  • 1 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas leh bubuh 2 sudu)
  • Kicap
  • Sayur sawi  (Mak Long guna 2 pokok sayur sawi)
  • 1 keping bebola ikan
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan ikan bilis. Tumis hingga bawang kekuningan.
  3. Masukkan garam (agak-agak)
  4. Tumiskan cili kering tadi hingga naik minyak. Kemudian masukkan cili sos tadi dan sedikit air.
  5. Bubuh kicap dan kacau. Biarkan kuah menggelegak.
  6. Kemudian masukkan bebola ikan.
  7. Masukkan mi kuning, sayur dan cabai merah tadi. Kacau seketika dan boleh dihidangkan di dalam pinggang.
~~SELAMAT MENCUBA~~

Monday, 1 October 2012

Mi Hailam



Mi Hailam lagi. Saya ni rajin sangat-sangat masak mi hailam kerana bagi saya mudah untuk memasaknya dan kesukaan saya.

Untuk entri kali ni saya just masukkan photonya sahaja. Bagi sesiapa yang nak resepi mi hailam ni sila klik kat bahagian label tepi ni, pilih masakan mi. Nanti akan keluar masakan mi yang pernah saya masak. Jadi bagi yang berminat nak dapatkan resepi sila klik kat situ. Sama aja. ^_^





Saturday, 3 March 2012

Mi Sanggul Goreng

Assalamualaikum ...

Pagi ni saya masak mee sanggul goreng. Dah lama teringin nak masak tapi baru hari ni berkesempatan. Sebelum ni makan mee sanggul yang dimasak oleh mak cho jer. Mak Cho yang rajin masak mee sanggul. Saya pertama kali mencuba.

Resepi ni saya ambil dari mak. Senang dan mudah tapi menyelerakan.


Bahan-Bahan:
  • Satu bungkus mee sanggul. Celur dengan air suam supaya lembut.
  • Satu genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurang, kalau nak pedas leh tambah lagi)
  • Sayur (saya pilih kucai sebab ini yang ada kat umah)
  • Fish cake (bebola ikan, dipotong dadu)
  • Kicap
  • Sos Tiram
  • Cili merah (untuk hiasan)
  • Salad (untuk hiasan)
  • Telur (digoreng sebagai hiasan)


Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk cili padi dan ikan bilis hingga lumat. Begitu juga bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang sehingga kekuningan. Bila naik baunya masukkan ikan bilis dan cili padi. Masukkan sedikit garam dan ajinomoto.
  3. Kemudian, masukkan 1 sudu sos tiram. Masukkan juga bebola ikan tadi dan dikacau.
  4. Masukkan mee sanggul. Kacau seketika. Bubuh kicap dan kemudian masukkan sayur kucai.
  5. Bila dah masak, boleh hidangkan. Letakkan hiasan tadi seperti cili merah, salad dan telur goreng.

Thursday, 12 January 2012

Mi Hailam

Assalamualaikum .... alhamdulillah kerja saya hampir siap sejak hampir seminggu lebih bersengkang mata menyemak markah pelajar-pelajar saya. Jadi petang ni saya terlebih rajin sedikit. Balik saja dari kerja, terus singgah kedai beli bahan-bahan untuk masak Mi Hailam. Teringat sudah lama saya janji untuk masakkan untuk tok kesayangan saya. Saya pernah masakkan untuknya sekali dahulu (tak ingat bila). Selalu dipujinya masakan Mi Hailam saya tu ... 

Resepi ni saya tak dapat dari mana-mana buku/ majalah masakan ataupun blog. Resepi ni memang dari mak. Saya cuma ada ubah sedikit. Saya ni memang suka mengubah, tak pernah nak ikut tepat-tepat baik buat apa sahaja .... hehehe ... tapi kadangkala bila diubah pun sedap juga .... jadi di sini saya kongsikan resepi Mi Hailam saya .... mudah dan ringkas jer, tak payah pening kepala nak cari bahan. 


Nampak menarik tak Mi Hailam saya? hehehe


Bahan-Bahan:

  • Mi kuning 
  • 8 ekor udang
  • 6 ekor sotong, dipotong bulat
  • Bebola ikan (agak-agak berapa nak)
  • 1 biji bawang besar yang dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 sudu cili kering
  • 3 sudu cili sos (saya suka lebihkan cili)
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit sayur sawi dipotong
  • Kicap
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan sedikit garam dan ajinomoto (kalau suka). Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi, biar hingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan cili sos dan sos tiram. Kacau seketika. Masukkan sotong dan udang. Selepas seketika masukkan bebola ikan dan isikan sedikit air sebagai kuah.
  3. Bila dah menggelegak baru masukkan mi dan kemudian sayur sawi. Jangan biarkan mi terlalu lama supaya tidak terlalu kembang. Siap dimasak boleh dihidangkan.
####Sesetengah orang suka masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah. Terpulang pada citarasa individu, tapi saya tak masukkan###


Tuesday, 20 December 2011

Mi Goreng

Pagi ni sebelum pergi kerja saya telah siapkan sarapan pagi untuk tok dan opah. Mulanya mak nak beli jer sarapan pagi tapi saya bagi tau kat mak saya nak buat. Kebetulan saya lihat ada mi kuning dalam almari. Saya minta resepi dari mak. Saya ni tak beberapa pandai nak masak mi goreng, kalau buat mi hailam saya pandai. Mi hailam saya memang cukup terkenal dalam kalangan keluarga. 

Resepi mak saya ni mudah sangat. Tak perlu bahan yang banyak. Tapi percayalah, sedap sampai menjilat jari. .. hehehe alamak puji nampak. 

Sorry lah yer gambar tak beberapa jelas, tak faham benor saya ngan kamera saya, kadangkala jelas, kadangkala tidak .... tapi nak buat cam mana ... redha jer lah hehehe ....



Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus mi kuning
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 2 biji cabai muda dan hiris halus
  • Sayur Kobis (tapi lebih baik kalau bubuh sayur sawi. Kebetulan dalam peti ais saya cuma ada kubis)
  • Ikan bilis
  • Dua biji telur
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Garam


Cara Penyediaan:
  1. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk lumat. Masukkan cili padi, tumbuk. Kemudiannya masukkan ikan bilis dan ditumbuk bersama bahan-bahan tadi. tapi jangan lumat sangat ikan bilis tu.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya. Bubuh sedikit garam.
  3. Bubuh sedikit sos tiram
  4. Masukkan mi kuning tadi, kacau hingga rata.
  5. Bubuh kicap dan kemudian masukkan sayur kobis dan cabai muda yang telah dihiris.
  6. Kemudian tolakkan mi ke tepi sedikit, dan pecahkan telur, kacau dan hancurkannya, agak-agak masak gaulkan bersama mi tadi.
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan dalam pinggan.
Senang jer kan .... ^_^