Dugaan dari Allah adalah untuk mengingatkan hambaNya... Senyumlah kerana dugaan itu sebenarnya datang bersama hikmah buat kita
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Tuesday, 3 April 2012
Saturday, 25 February 2012
Bubur Jagung
Sejak beberapa hari yang lepas, saya teringin sangat nak makan bubur jagung. Pergi pasar malam semalam, saya beli 5 tongkoi jagung dengan harga RM3. Kat pasar malam juga sempat saya membeli buah mempelam. Teringin nak buat Ice belended mango. Semuanya teringin nak makan .... hehehe .... makin menggebu lah badan saya ni ... tambahan sejak akhir-akhir ni sibuk mencuba pelbagai resepi baru dan belajar memasak. Seronok juga belajar memasak ni, bila berjaya dapat rasa kepuasan yang teramat sangat tambahan bila dapat mencuba sesuatu yang baru.
Berbalik kepada kisah bubur jagung, bahan-bahan yang nak digunakan tak banyak dan mudah didapati. Ni kat bawah ni saya senaraikan bahan-bahannya:
- Jagung (dibuang daunnya dan bulu-bulunya, bersihkan). Jagung diparut.
- Sebiji kelapa yang diambil santannya.
- 3 sudu besar gula merah. Nak guna gula kabung pun boleh. Tak nak guna kedua-duanya pun tak apa. Tapi saya lebih suka bubuh gula merah supaya kuahnya nampak coklat-coklat sikit.
- 1 1/2 senduk gula (ikut rasa anda, nak manis bubuh lebih, kalau nak main-manis buah jer bubuh sikit).
- Daun pandan untuk mewangikan
- Segenggam sagu (Jangan terlalu banyak)
- Sedikit air.
Cara nak menyediakannya pun mudah juga. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk kecuali sagu. Panaskan dalam api yang kecil. Sentiasa kacau. Dekat-dekat nak masak baru bubuhkan sagu. Dah masak boleh angkat dan hidangkan pada keluarga tercinta.
Beginilah hasilnya bila dah siap.
Monday, 26 December 2011
Bubur Sagu
Bahan-Bahan:
- Sagu
- Pewarna merah
- 2 biji kelapa
- Daun pandan
- Garam
- Sedikit air
Cara Penyediaan:
- Isikan air di dalam periuk, kemudian isikan sagu dan pewarna merah (kalau beli sagu kaler merah terus lagi baik). Kacau hingga kembang.
- Setelah kembang angkat dan masukkan ke dalam bekas (lihat gambar kedua kalau nak lagi mudah faham .... hehe)
- Untuk membuat kuahnya, masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan juga sedikit air dan daun pandan.
- Kacau kerap supaya santan tidak pecah.. Setelah masak masukkan kuah ke dalam bekas berisi sagu tadi. Tapi sebelum dimasukkan kuah, sagu hendak dipotong mengikut citarasa anda.
Saturday, 17 December 2011
Bubur Tepung Pulut
Di sini saya kongsikan cara nak membuat bubur tepung pulut warna warni. Saya dapat resepi ni dari majalah rasa bulan Ogos. Selalunya beli jer kat pasar Ramadhan time bulan puasa. Kali ni mencuba sendiri bagaimana mahu membuatnya..
Bahan-Bahan:
Bahan Doh:
- 240gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Pewarna hijau dan merah secukupnya
- Garam secukup rasa
Bahan Kuah:
- 250 ml air
- 200 ml santan pekat
- 125 ml gula melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara Penyediannya:
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
- Bahagikan adunan doh kepada dua bahagian dan warnakan dengan warna merah serta hijau.
- Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya. Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.
- Apabila doh telah timbul dipermukaan air, angkat dan toskan.
- Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.
- Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam adunan kuah dan gaul sebati.
- Sedia untuk di makan.
Subscribe to:
Comments (Atom)









