Wednesday 30 October 2013

Kuew Teow Goreng (Resepi Bonda)


ASSALAMUALAIKUM ...

Sekarang tepat jam 11.37 malam kalau Mak Long mengikut jam di komputer Mak Long.  Ahli keluarga Mak Long yang lain semuanya dah lena diulit mimpi-mimpi indah. Cuma Mak Long sahaja yang masih berjaga walaupun sebenarnya Mak Long agak keletihan dan kesakitan (sakit kaki yang masih belum-belum sembuh)

Disebabkan tak boleh nak tidur, Mak Long kongsikan resepi kuew teow goreng yang paling sedap dan mudah. Tak perlu nak guna banyak bahan-bahan pun. Malahan sesuai juga untuk anak-anak kecil yang tak boleh nak makan pedas. 

Resepi kuew teow goreng ni Mak Long daripada bonda kesayangan Mak Long. So kat sini Mak Long kongsikan bersama-sama, mana tau ada yang nak mencuba .... :)


BAHAN-BAHAN:

  • Kuew teow satu bungkus (dibasuh bersih)
  • Sebiji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih (Bawang besar dan bawang putih ditumbuk lumat/ nak hiris pun boleh)
  • Sedikit sayur kucai (agak-agaklah, kalau suka makan sayur leh bubuh banyak skit)
  • 3 sudu sos tiram.
  • Kicap
  • Cabai muda atau cili padi (dihiris tetapi kalau tak nak bubuh pun tak apa)
  • Bebola ikan 
  • 4 hingga 5 ekor udang (tak kisahlah udang kecil atau besar)



CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
  2. Setelah kekuningan bubuh sedikit garam.
  3. Masukkan udang dan kacau, selepas itu masukkan bebola ikan tadi  dan sos tiram.
  4. Kemudian masukkan kuew teow, kicap dan kacau hingga rata.
  5. Akhir sekali masukkan sayur.
  6. Setelah masak boleh dihidangkan.

Mudah jer kan .... :)

Sunday 27 October 2013

Tempahan Kek Coklat Moist




Tempahan kek Coklat Moist dari Zura untuk anaknya Qistina 10 tahun. Harap Zura puas hati. 


Kek Coklat Moist with buttercream.



Sunday 20 October 2013

Kek Coklat


Assalamualaikum ....

Hari ni Mak Long kongsikan resepi kek coklat. Sebenarnya mudah saja membuat kek coklat ni. Mak Long menggunakan tepung kek span yang dah siap cuma tinggal bancuh dan bubuh mentega dan telur sahaja. 

Sebenarnya Mak Long buat kek ni untuk memahirkan diri Mak Long dalam bab mendeko kek. Mak Long kena banyak belajar lagi dan praktis selalu supaya lebih kemas dan cantik.

Alhamdulillah puas hati juga Mak Long dengan deko Mak Long ni walaupun nampak simple. 

Kebetulan masa Mak Long buat kek ni, mak cik-mak cik Mak Long ramai yang datang. Seronok betul Mak Long melihat mereka gemar memakannya. Syukur alhamdulillah untuk rezeki Mak Long yang dapat Mak Long kongsikan dengan keluarga besar Mak Long.

Oh ya, di sini Mak Long kongsikan resepi kek coklat ni:


BAHAN:


  • 250gm coklat sponge mix kek
  • 185gm telur (ditimbang tanpa kulit)
  • 50ml air
  • 75gm mentega cair
  • 1 sudu teh esen vanila.


CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan sponge mix, air,telur   dan esen vanila. Putar hingga kembang selama 5 hingga 6 minit.
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang 8' dan bakar dalam suhu 160'C dalam 40 minit (bergantung pada oven masing-masing).




BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

  • 500gm krimwell
  • 250gm shortening/ butter
  • 100 mlm air gula (cara buat air gula - 300 gula + 100 ml air + 2 sudu lemon jus. Masakkan air gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon).

CARA PENYEDIAAN:
  1. Pukul krimwell dan shortening/butter hingga kembang.
  2. Bila dah kembang, masukkan air gula.


Apabila kek dah masak, ianya akan bangkit apabila ditekan dengan jari.

Thursday 17 October 2013

Rainbow Cake With Buttercream Icing


Assalamulaikum ....

Sempena Hari Raya Aidiladha, Mak Long telah buat Rainbow Cake With Buttercream Icing untuk cinta hati Mak Long yang berenam tu (Danish, Pa, Yaya, Cham Cham, Rizqi dan Umaira). Kebetulan hari Sabtu gi kedai bahan-bahan kek, Danish dan Pa sendiri yang memilih edible image Minion ni. Al-maklumlah sekarang ni mereka sibuk bermain games Minion.

Mak Long pun dah lama tak mencuba Rainbow Cake ni setelah percubaan pertama. Kali pertama buat menjadi tapi masa tu Mak Long guna Cheese sebagai toppingnya. Al-maklumlah masa tu Mak Long baru nak berjinak-jinak buat kek.

Sebenarnya nak buat Rainbow Cake ni remeh sikit kerana kena bakar satu layer demi satu layer, dah lah oven Mak Long kecik muat-muat satu loyang jer, jadi nak tunggu dibakar 6 layer memang menguji kesabaran. Kebetulan hari yang sama Mak Long siapakan tempahan kek dari mak cik-mak cik Mak Long sempena nak raya ni, tu yang agak kelam kabut sikit. Jadi kali ni kalau ada yang tanya mana 6 layer tu, maaflah Mak Long bakar sekali jer semuanya (macam kita buat kek marble atau kek pelangi biasa tu). Bukannya Mak Long malas tapi tak berkesempatan dan terlalu penat. Lagipun ni untuk makan sendiri so jadilah janji ada kaler rainbow nya.
Sumber Asal : Blog citarasawan
Telah diubahsuai sedikit

BAHAN-BAHAN:

  • 430gm tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250gm mentega
  • 340gm gula kaster (Mak Long kurangkan sedikit sebab tak nak rasa manis sgt)
  • 375ml susu segar
  • 5 biji putih telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren dan unggu.

  • 400ml whipping topping krim - diputar hingga kembang untuk disapu di lapisan kek
  • Loyang 8' di alas dan digris


CARA PENYEDIAAN:
  1. Ayak tepung tepung, garam dan baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.Masukkan esen vanilla dan diikuti dengan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu,
  3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. (+- 260gm setiap bahagian). Letakkan pewarna yang berlainan.
  5. Bakar dalam oven yang telah dpanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dalam suhu 170'C. Bakar sehingga habis.
  6. Angkat dan sejukkan di atas redai.
  7. Potong 2 bahagian kek tersebut. Sapu tipis whipping krim dibahagian tengah dan ayak serbuk koko di atasnya.



BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

  • 500gm krimwell
  • 250gm shortening/ butter
  • 100 mlm air gula (cara buat air gula - 300 gula + 100 ml air + 2 sudu lemon jus. Masakkan air gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon).

CARA PENYEDIAAN:
  1. Pukul krimwell dan shortening/butter hingga kembang.
  2. Bila dah kembang, masukkan air gula.




Seronoknya cinta hati Mak Long. Sayang selalu.

Wednesday 16 October 2013

Kelas Basic Buttercream English Design



ASSALAMUALAIKUM ....

Hari ni Mak Long nak kongsikan gambar masa Mak Long sertai kelas Basic Buttercream English Design pada 5 Oktober yang lalu. Dalam kelas ni Mak Long belajar macam mana nak buat bunga ros yang besar dan kecil seperti dalam gambar di bawah, basketweave dan border. Seronok sangat Mak Long sebab Mak Long dapat memahirkan diri lagi dalam bab deko ni. Mak Long dalam bab-bab menghias ni masih banyak kelemahan lagi. Masih tak sempurna rasanya sebab tu Mak Long tak jemu-jemu pergi menuntut ilmu. 


Bukan senang nak buat bunga ros yang besar tu. Nampak macam senang jer. Bila tengok cikgu mengajar nampak mudah tapi bila kena buat sendiri rasa nak nangis. Stress. Lama juga Mak Long termenung macam mana nak buat bunga ros tu sampai kawan-kawan pun boleh nampak Mak Long dah stress. Tapi  bila dah dapat siapkannya dengan tekniknya 3, 5, 7 dan tangan 90 darjah alhamdulillah rasa seronok sangat tambahan bila tengok kek dah dah siap, 'iskkkkk lawanya kek aku, macam tak percaya jer' hahahaha .... sukanya dalam hati .....



Oh ya kebetulan pada hari yang sama Mak Long anjur birthday party untuk cinta hati Mak Long Danish so kek yang Mak Long buat ni adalah khas untuk Danish. Mak Long pilih warna ungu sebab favourite colour Danish adalah ungu.




Gambar di atas adalah gambar kek yang dihias oleh Mak Long  dan 2 orang kawan Mak Long yang turut sama menyertai kelas ni iaitu Su dan Nur Syaafi. 

Sunday 13 October 2013

Lagi-lagi celoteh Mak Long


Selamat Pagi. 

Mak Long sekadar nak kongsikan dua design coklat moist kek yang dibuat oleh Mak Long. 

Tu laaaaaaaaaa lama Mak Long lama tak update blog sekarang baru nak masukkan semua gambar ..... hahaha ..... so pengajaran buat Mak Long ..... kena rajin sikit lepas ni. 

Oh ya nanti Mak Long kongsikan resepi kek coklat moist. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu....... :)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU






Saturday 12 October 2013

Dulu dan Sekarang

Mak Long nak bercoleteh lagi hari ni. Jangan boring ya kalau ada yang terbaca entri Mak Long ni. Kali ni Mak Long nak berceloteh tentang dulu dan sekarang. Sebenarnya memang Mak Long dah berbulan-bulan tak update blog ni. Masuk pun tidak. Memang tak sempat. Sibuk dengan karier utama, menyiapkan sedikit-sedikit tempahan bila waktu cuti dan menghadiri kelas baking tak kira kek, cream puff or biskut.

Bila Mak Long buka balik blog Mak Long ni, alahai kesiannya. Rasa macam tuannya dah tak ada. Walhal tuannya alhamdulillah sihat walafiat. Masa tulah Mak Long berazam nak update balik blog Mak Long dengan resepi-resepi masakan yang Mak Long buat sepanjang Mak Long tak jenguk blog ni.

Bila dah buka blog tu, mulalah Mak Long belek entri lama-lama. Resepi, gambar-gambar dan masakan-masakan yang Mak cuba sebelum ni. Terpaku sebentar Mak Long bila gambar kek moist Mak Long dan dekonya yang dahulu. Mak Long tak kata sekarang Mak Long bagus tapi alhamdulillah rasanya dah lebih baik dari dulu.

Rasa macam nak buang jer entri yang terdahulu, tapi bila difikirkan semua, 'iskkk kenapa nak buang'. Semua tu kan kenangan. Kenangan waktu mula-mula menceburi bila baking. Bila tak ada ilmu, tak der kemahiran atau kepandaian tapi masih nak mencuba. Practise Make Perfect. Alhamdulillah dengan peredaran masa, menuntut ilmu di sana sini, membaca pelbagai blog, tidak berputus asa dan sentiasa mencuba walaupun menemui kegagalan akhirnya berjaya juga Mak Long membaiki kelemahan-kelemahan Mak Long terdahulu.

Oh ya semua photo coklat Moist ni adalah antara yang ditempah oleh customer Mak Long. Terima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi sokongan kepada Mak Long. Terima kasih juga kerana sentiasa menempah dan memberi respon yang baik kepada Mak Long.



Sampai di sini dahulu celoteh Mak Long. Nanti Mak Long sambung lagi. Mak Long nak ke pasar malam. Hujan-hujan sebegini terasa lapar lak. Pagi-pagi esok Mak Long kena bangun awal-awal bagi untuk menyiapkan tempahan kek untuk hari Raya Aidiladha.

Semoga berjumpa lagi dalam celoteh Mak Long. :)




Florentine


Sempena hendak menyambut hari Raya Aidiladha, Mak Long kongsikan resepi Florentine yang menjadi kegemaran sekarang ni. Bila makan terlagi-lagi sampai tak sedar satu balang dah habis. Florentine ni pernah Mak Long belajar semasa Mak Long menghadiri kelas biskut raya sebelum Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Percubaan pertama kali Mak Long masa hari raya Aidilfitri tapi masa tu Mak Long ambil resepi dari majalah RASA keluaran Ogos 2013. Sebenarnya resepinya sama saja cuma dalam majalah RASA, ia dibakar dalam dulang muufin/ cupcakes yang bulat tu.

Bagi yang nak cuba resepi boleh ambil resepi kat sini.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm biji labu (Mak Long tak letak sebab tak ada, kalau resepi asal memang ada)
  • 10 gm biji bunga matahari 
  • 100 gm tepung Bienetta/ florentin
  • 180gm kepingan badam
  • Bijan hitam untuk taburan atas

PERKAKAS

  • Dulang pembakar tidak melekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Lapiskan semua kekacang secara nipis di atas dulang pembakar tidak melekat.
  2. Tuangkan florentin ke atas lapisan kekacang tadi.
  3. Kemudian sapukan rata.
  4. Akhir sekali tabur bijan hitam ke atas sapuan tadi.
  5. Bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.





Popia Susu


ASSALAMUALAIKUM .......

Hari ni Mak Long nak kongsi resepi popia susu yang sedap, enak dan rangup ni. Kalau dirumah ada anak-anak kecil pasti ia akan menjadi kegemaran mereka. Cinta hati saya Danish pun dah banyak kali tanya bila nak buat biskut susu katanya ..... ialah permintaan ditunaikan hari ni.

Bagi yang nak cuba resepi ni Mak Long tak letak kuantiti susu tepung dan gula aising yang digunakan untuk menyalut popia yang telah digoreng ni. Kita boleh agak sendiri seberapa banyak yang kita boleh gunakan.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit popia (1 paket)
  • 2 biji telur
  • Susu Tepung (Mak Long guna jenama Every Day)
  • Gula Aising
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN

  1. Gulung kulit popia. Sapukan sedikit telur untuk melekatkan kulit popia. (Boleh lihat seperti gambar di atas)
  2. Setelah siap menggulung, kulit popia tadi digunting secara menyerong.
  3. Panaskan minyak.
  4. Kemuadian masukkan popia tadi dan masak hingga kekuningan.
  5. Bila dah masak, toskan minyak. Biarkan sejuk.
  6. Satukan gula aising dan susu tepung tadi. 
  7. Masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

POPIA SUSU 


SELAMAT MENCUBA

Friday 11 October 2013

Mi Goreng Basah


Assalamualaikum....

Hari ni Mak Long nak kongsikan resepi Mi Goreng Basah. Mi goreng basah ni adalah yang paling simple sekali. Mak Long gunakan bahan-bahan yang memang ada kat rumah. Tak perlu susah payah nak ke kedai mencari bahan-bahan.

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi
  • 2 biji cabai masak (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris atau diketuk .... mana-mana pun boleh)
  • Ikan bilis (agak-agak ... sebagai perencah)
  • 4 sudu cili sos
  • 1 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas leh bubuh 2 sudu)
  • Kicap
  • Sayur sawi  (Mak Long guna 2 pokok sayur sawi)
  • 1 keping bebola ikan
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan ikan bilis. Tumis hingga bawang kekuningan.
  3. Masukkan garam (agak-agak)
  4. Tumiskan cili kering tadi hingga naik minyak. Kemudian masukkan cili sos tadi dan sedikit air.
  5. Bubuh kicap dan kacau. Biarkan kuah menggelegak.
  6. Kemudian masukkan bebola ikan.
  7. Masukkan mi kuning, sayur dan cabai merah tadi. Kacau seketika dan boleh dihidangkan di dalam pinggang.
~~SELAMAT MENCUBA~~