Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Kek Cawan Red Velvet


ASSALAMUALAIKUM 

Hai, Selamat Malam semua semua pengunjung blog yang mengunjungi blog Dari Dapur Mak Long. Malam ni Mak Long nak kongsikan resepi Kek Cawan Red Velvet.  Kek Cawan Red Velvet ni memang kegemaran Mak Long. Sebenarnya Kek Cawan Red Velvet ni dah lama Mak Long buat cuma Mak Long tak berkesempatan nak kongsi resepinya. Bagi yang nak cuba buat pertama kalinya atau nak cuba resepi Mak Long ni, dipersilakan.


BAHAN-BAHAN A:

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu teh serbuk koko
  • 50gm walnut cincang
  • 113gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 sudu teh vanila
  • 2 biji telur

BAHAN B: BUTTERMILK
  • 240ml susu cair
  • 1 sudu makan pewarna merah
  • 1 sudu teh cuka
**Cara membuat buttermilk sendiri) - Campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan pewarna merah)***

Tambahan:
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh soda bikarbonat


CARA PENYEDIAAN:
  1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Selepas ayak, masukkan walnut dan gaul. Ketepikan seketika.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan vanila sampai gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai kembang.
  3. Campurkan 'buttermilk' berselang seli dengan bahan tepung yang diayak ke dalam bancuhan.
  4. Dalam bekas kecil lain, masukkan bahan tambahan seperti serbuk penaik, kemudian tuangkan cuka. Apabila habis buih, masukkan bahan ini dalam adunan tadi.
  5. Masukkan sedikit adunan ke dalam kertas cawan. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170'.

ISING KEJU/ CHEESE

BAHAN-BAHAN:
  • 360gm krim keju/ cheese
  • 70gm mentega
  • 200gm gula aising

CARA PENYEDIAAN:
  • Putarkan krim keju dan mentega sampai kembang.
  • Masukkan gula aising dan kacau rata.

Sunday, 9 December 2012

Cupcakes Strawberry Coklat


Selain daripada Butter Cake, saya juga mencuba resepi baru iaitu cupcakes strawbery coklat. Alhamdulillah menjadi biarpun kali pertama mencubanya. Sebenarnya saya tidak ambil dari mana-mana buku atau blog masakan pun. Saya ubahsuai dari bancuhan butter cake saya dan akhirnya jadilah cupcakes strawberry coklat. 


Sememangnya masa saya tangkap photo cupcakes ni, coklatnya masih belum keras lagi. Anak-anak buah saya dah tak sabar-sabar nak makan. Jadi saya tangkap photonya dahulu, takut nanti terlepas ke dalam mulut hehehe .... alhamdulillah ramai yang puji cupcakes ni terutama mak cik dan cousin saya. Sebenarnya saya tak makan pun cupcakes ni, tak tahu pun rasanya kerana saya buat dalam lebih kurang 12 biji aja. Alhamdulillah lepas tu, saya dapat tempahan cupcakes ni dari mak cik dan cousin untuk dimakan sebagai hidangan petang. Seronoknya bukan main apabila apa yang dibuat mendapat sambutan dan disukai. Kalau ada komen sikit-sikit tu semuanya saya ambil perhatian untuk diteliti, dipertimbang dan diubahsuai.


Untuk buat cupcakes ni tak susah, buat bancuhan seperti buat butter cake, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibubuh serbuk coklat dan satu bahagian lagi dibubuh emulco strawbery. Sudukan kedua-duanya di dalam mangkuk kertas. Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit dengan suhu 180'C. Bila dah masak bubuh dark coklat yang telah dicairkan. Pas tu buatlah hiasan ikut citarasa masing-masing.

Mudah dan senang jer kan. Selamat Mencuba bagi yang nak cuba hehehe ^_^




Saturday, 24 November 2012

Kek Kukus Pelangi




Alhamdulillah seronok sangat bila lihat hasil yang kita buat menjadi. Ini cupcakes Pelangi. Dulu saya pernah buat sekali. Dulu saya bakar dalam oven dan tuang coklat ganache atasnya. Kali ni disebabkan saya kukus kek coklat lembap (moist) saya, makan saya kukus sekali cupcakes pelangi ni. Tak sangka bukan main naik menggebu lagi. Warnanya menarik perhatian dan cukup menggoda. Saya tak nak bubuh apa-apa hiasan atasnya. Biarlah semulajadi cam gini. Cukup menarik dan sedap di makan.


Kalau ada sesiapa nak resepi silalah klik kat sini http://cahayaqasehh.blogspot.com/2012/11/cupcakes-pelangi-with-coklat-ganache.html. Bezanya yang ini tak bubuh coklat ganache di atasnya dan juga dikukus. Ingat ya kukus .... :)


Saya gunakan empat jenis warna iaitu pink, oren hijau dan warna asal (butter)



Gebu, sedap dan lembut


Sunday, 11 November 2012

Cupcakes Pelangi With Coklat Ganache


Salam 1 Malaysia ...

Berjumpa kita lagi dalam entri yang seterusnya. Kali ni saya kongsi resepi cupcakes pelangi with coklat Ganache yang saya ambil dari buku "Variasi Cupcakes" oleh Nor Aini Adnan.

Saya buat cupcakes ni petang tadi. Kebetulan hari Ahad memang hari berkumpul untuk keluarga besar saya. Jadi sebagai hidangan minum petang saya sediakan cupcakes ini.

Pertama kali mencuba tetapi hasilnya cukup memuaskan hati saya. Untung juga beli buku resepi banyak-banyak ni. ^_^ 


Bahan-Bahan untuk Kek Pelangi:

  • 280 gram mentega 
  • 280 gram tepung kek
  • 260 gram gula kastor
  • 50 ml susu sejat (saya bubuh dua sudu saja)
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil oren emulco (saya tak bubuh)
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau dan coklat emulco (saya cuma guna warna kuning, biru dan merah)

Cara Penyediaan Kek Pelangi:


  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  4. Masukkan susu.
  5. Tuangkan esen vanilla. Pukul hingga rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, biru dan kuning (warna asal)
  7. Sapukan mentega kedalam acuan (saya gunakan minyak).
  8. Tuangkan sedekit demi sedikit berselang-seli warna ke dalam bekas acuan.
  9. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 15 hingga 20 minit.


Bahan-Bahan untuk Krim Ganache


  • 240 gram coklat masakan
  • 240 gram krim
  • 2 sudu butter (mentega)


Cara Penyediaan Krim Ganache:

  1. Masak secara double boiler
  2. Masukkan coklat masak. Kacau hingga cair
  3. Kemudian masukkan krim dan butter.