Showing posts with label Sardin. Show all posts
Showing posts with label Sardin. Show all posts

Sunday, 18 December 2011

Samosa Sardin

Setiap hari Ahad saya akan berfikir-fikir, menu apa nak di masak petang ini. Hari Ahad, adik beradik mak saya (pak cik dan mak cik) akan berkumpul di rumah saya. Adik-adik saya juga biasanya akan balik. Waktu-waktu beginilah yang paling seronok, meluangkan masa bersama keluarga tercinta sambil melakukan aktiviti makan-makan.

Cadangan awal saya nak buat kek, dah lama saya teringin belajar nak membuatnya. Bahan-bahannya pula memang dah lama beli, tunggu masa nak buat. Tapi tangguh punya tangguh masih tak buat-buat lagi hingga hari ni. Dalam nak buat kek, saya dah terbayangkan samosa, akhirnya samosa sardin yang menjadi pilihan saya pada petang itu.

Oh ya terima kasih juga kepada adik ipar saya, zana kerana membantu. Tanpa dia, tak tahu bagaimana saya nak melipat kulit popia ni jadi tiga segi.... hehehe...

Samosa Sardin yang telah siap digoreng


Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • 7 biji ubi kentang
  • 1 tin sardin (suka hati nak jenama apa hehe)
  • Rempah kari ikan
  • I biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • Sedikit halia dihiris halus
  • Daun kari
  • Garam


Cara Penyediaan:
  1. Kentang dipotong dadu 
  2. Bawang besar, bawang putih dan halis yang telah dihiris halus ditumis dalam kuali. Masukkan daun kari dan garam.
  3. Setelah naik baunya, masukkan rempah ikan dan kacau
  4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kentang, biarkan kentang betul-betul empuk
  5. Masukkan ikan sardin, kacau hingga kering
  6. Kulit popia dipotong tiga (dua pun boleh)
  7. Isikan inti yang telah siap tadi ke atas kulit popia
  8. Lipat secara tiga segi (jenuh juga saya nak belajar melipatnya masa ni hehehe)
  9. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan

Monday, 5 September 2011

Nasi Goreng Ikan sardin

Hari ni saya cuti. Mak pula pergi kerja. Bukan main lama saya termenung memikirkan apa yang saya nak makan untuk tengah hari ni. Nak masak lauk pauk rasa malas plak hehehe .... tiba-tiba teringat plak lama dah tak makan nasi goreng ikan sardin. Menu ni saya tak ikut mana-mana pun, ciptaaan saya sendiri. Sebenarnya nak masak nasi goreng ni bukannya susah sangat, bubuh bahan itu, bahan ini makan jadilah, asalkan jangan terlebih garam atau terkurang garam. Kot-kot ternganga lak nanti masa memakannya ^_^

Bahan-bahannya
  • Nasi
  • Ikan sardin tin
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi (kalau mau pedas boleh lebihkan bilangannya)
  • 1 biji telur
  • Kicap
  • Sayur (apa-apa sayur pun boleh janji sesuai dengan citarasa anda)
Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih
  2. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
  4. Bubuh sedikit garam dan pak aji (bagi yang makan pak aji)
  5. Bubuh sardin, biarkan masak
  6. Masukkan telur
  7. Bubuh nasi ke dalam kuali, kacau hingga sekata
  8. Bubuh kicap
  9. Masukkan sayur, biarkan hingga masak dan angkat.
Maka siaplah nasi goreng ikan sardin saya ^_^ senang jer kan .... tak yah susah-susah, biasanya semua bahan-bahan ni biasanya memang dah sedia ada di dapur rumah masing-masing.