Showing posts with label Kek Coklat Moist. Show all posts
Showing posts with label Kek Coklat Moist. Show all posts

Friday, 25 April 2014

Tempahan Kek Coklat Moist With Buttercream


Hari ni Mak Long mendapat tempahan dari staff Hospital Batu Gajah. Dua biji jek coklat moist with buttercream yang bertemakan padang rumput sempena sambutan hari jadi untuk 3 orang staff di Hospital Batu Gajah. 

Terima kasih kerana sudi menempah dari Mak Long. Harap puas hati. Di sini Mak Long kongsikan gambar 2 biji kek coklat moist yang hampir sama tetapi still ada perbezaannya sedikit.






Thursday, 30 January 2014

Tempahan Kek Coklat Moist

Tempahan kek coklat moist yang dibuat untuk adik Nur Hidayah yang berusia 23 tahun. Kek ini telah ditempah oleh ibu, Nur Hidayah.


"Selamat Hari Lahir buat adik Nur Hidayah. Moga dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu".





Wednesday, 1 January 2014

Tempahan Kek Coklat Moist dan Kek Pelangi



ASSALAMUALAIKUM dan Selamat Tahun Baru Dari Dapur Mak Long. Alhamdulillah awal tahun baru, Mak Long mendapat tempahan kek coklat dari sepupu Mak Long untuk birthday bonda kesayangannya, Hasnah Saidin ataupun Mak Long panggil sebagai Mak Cho sahaja. Terima kasih Shira. Sambutan hari jadi dilakukan di rumah mak cik, Mak Long dan kebetulan pada hari yang sama, mak cik Mak Long mengadakan kenduri kesyukuran. Selain daripada kek coklat moist, mak cik dan sepupu Mak Long juga telah menempah 2 biji kek pelangi dan 1 butter kek. Alhamdulillah rezeki yang tak diduga, syukur sangat-sangat.



Oh ya sempena tahun baru 2014, Mak Long nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat pengunjung blog Dari Dapur Mak Long. Mak Long bukanlah blogger yang terkenal tetapi Mak Long perkongsian resepi di sini dapat memberi manfaat kepada semua yang mencintai dunia masakan. Malahan matlamat penubuhan blog ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dengan semua yang mencintai dunia masakan dan juga memudahkan Mak Long mencari resepi-resepi yang Mak Long buat.

Terima kasih buat semuanya. Semoga tahun baru ini dimanfaat sebaik-baik mungkin. Mak Long tiada azam baru di tahun baru ni cuma ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan menjadi yang terbaik buat keluarga Mak Long yang tersayang.


Sunday, 27 October 2013

Tempahan Kek Coklat Moist




Tempahan kek Coklat Moist dari Zura untuk anaknya Qistina 10 tahun. Harap Zura puas hati. 


Kek Coklat Moist with buttercream.



Sunday, 24 March 2013

Kek Coklat Moist


ASSALAMUALAIKUM .....

Congratulation Tirah sebab dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Sebagai tanda kasih sayang, saya buatkan kek coklat moist untuk dia. Jadi kat bawah ni saya kongsikan photo-photo coklat moist yang saya buat.




Cupcakes ni saya guna bancuhan yang sama dengan kek sebiji tu. Saya ambil sedikit dan masukkan dalam cawan kertas ni. 





Sunday, 17 March 2013

Kek Coklat Moist untuk Birthday Cinta Hati Saya, Muzzafar (Pa)


Kek Coklat Moist dari mak long untuk Pa ...

Happy Birthday Untuk cinta hati Saya Amir Muzzafar ...

Mak Long sayang Pa sangat-sangat
Pa dan cinta hati saya yang lain (Danish, Yaya, Cham Cham dan Riz adalah anugerah yang terindah dan paling bermakna dalam hidup saya)




Setiap kali call Pa, mesti dia tanya mak long ada buat kek tak?
Seronok sangat melihat wajahnya bila dianjurkan birthday party untuknya walaupun secara kecil-kecillan.
Cuma yang saya terkilan saya tak buat kek angry bird untuk Pa seperti permintaannya kerana kesuntukan masa.
Tapi tak apa, mak long dah gantikan kek angry bird dengan coklat oreo angry bird. Suka bebenor bebudak ni dengan angry bird. 



Tak banyak photo yang saya dapat tangkap kerana suasana agak kelam kabt sedikit. Ini wajah ceria Pa. Moga Pa menjadi anak yang baik, bijak dan soleh.


Ini dia cinta hati saya Yaya, Pa, Danish dan Cham Cham. Mak Long sayang semua!

Saturday, 24 November 2012

Kek Coklat Moist For Alia (Ate), Happy Birthday


Assalamualaikum ....

Hari Sabtu datang kembali. Kebiasaannya pada hari Sabtu dan Ahad saya mencuba pelbagai resepi baru atau memantapkan lagi kemahiran saya membuat kek.  Saya akan berusaha dan berusaha hingga menghasilkan yang lebih baik dan kreatif.

Hari ni saya ada tempahan kek dari mak cho saya. Saya diberi sepenuh kepercayaan dari mak cho saya untuk buat kek birthday anaknnya. Pilihan mak cho saya adalah kek coklat moist. Saya ni tak biasa buat tempahan kek untuk kek yang ada seni-seni menghias ni kecuali butter kek, marble kek, kek pelangi, muffin atau biskut. Itu dah biasa saya lakukan dan sudah biasa terima tempahan. Yang kena menghias ni baru sekarang saya sedang mencuba-cuba dan belajar.

Tapi mak cho saya suka sangat dengan setiap rasa kek yang saya buat. Ialah tiap-tiap minggu bila mereka datang ke rumah, saya akan menjamu dengan pelbagai jenis kek. Eksperimen dan test market konon-kononnya :) Pertanyaan yang biasa saya tanya "Sedap tak?", "Macam Rasanya?", "Ok tak", "Ada apa-apa komen tak?" dan alhamdulillah setakat ni respon yang saya terima adalah baik walaupun dari segi hiasan saya main campak-campak jer .... :) kena belajar banyak lagi ni ...



Walaupun saya tidak beberapa puas hati dari segi hiasan kek, namun kek saya tetap dapat pujian dari rasanya. Ramai yang tanya "Mana belajar?", "Resepi ambil kat mana?" hmmmm ... saya tak belajar mana-mana pun. Saya cari resepi kat laman web blogger masakan dan dari buku koleksi masakan saya. Kena cuba buat walaupun mengalami kegagalan. Nak hasilkan kek yang sama rasanya dan mutu yang saya sama mesti cuba berulang kali. Untuk kek coklat moist saya akui ini resepi terbaik yang saya cuba. Resepi ni saya ambil dari http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-kek-coklat-moist.html. Saya tak ubah pun resepinya. Paling senang nak ikut dan mudah kerana diajar step by step. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba boleh jenguk blog "Cahaya Cinta Ku: Resei". Klik ajar link yang saya beri.







Buat sepupu saya Alia atau lebih dikenali sebagai Ate, Selamat Hari Lahir Awg ucapkan. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Jadi anak yang baik, anak yang berbakti kepada keluarga.


Ate nampak seronok sangat semalam ...

Saturday, 6 October 2012

Kek Coklat Lembap


Happy Birthday untuk manja saya Danish pada 1 Oktober 2012 dan kedua-dua adik saya pada 28 dan 29  September 2012. 

Bagi meraikan ketiga-tiga insan yang saya sayang ni, saya anjurkan satu birthday party kecil-kecilan untuk mereka. Hanya keluarga terdekat saja yang dijemput. Saya sangat gembira kerana dapat membahagiakan insan-insan yang tersayang especially cinta hati saya Danish.

Awal-awal lagi saya dah tanya Danish, nak apa untuk hadiah birthday. Dia kata nak kek angry bird warna htam. Mula-mula nak beli untuk Danish tapi fikir punya fikir baik saya buat. So kali ni saya mencuba buat kek coklat lembap. Pertama kali mencuba. Alhamdulillah menjadi. 

Cuma bahagian hiasan memang saya gagal punya. Tak pernah menghias. Saya pergi kedai kek, cari patung angry bird, gi Tesco dapat kuntuman rose ni. Tabur coklat rise dan yang berwarna warni atas kek, bubuh patung angry bird dan bunga. Akhirnya siap kek angry bird untuk Danish.

Tapi sebenarnya, saya beli juga kat kedai, kek angry bird warna kuning khas untuk Danish. So kek coklat lembap ni dipotong oleh kedua-dua adik saya dan kek angry bird yang dibeli dari kedai dipotong oleh Danish. Tapi kek saya habis dahulu. Kata tetamu yang hadir, sedap. Ohhhh kembang lagilah hidung saya bila percubaan pertama saya menjadi.





Kek Angry Bird warna kuning yang dibeli khas untuk Danish



Birthday Boy tengah termenung ......


Antara juadah yang hidangkan ....