Tuesday 6 September 2011

Kuetiaw Pedas

Hari ini saya nak berkongsi cara nak masak kuetiaw goreng pedas. Sebenarnya ada banyak cara nak masak kuetiaw ni. Ini adalah cara paling mudah dan senang. 


Bahan-Bahannya:

  • Kuetiaw
  • Sayur Kucai
  • Sedikit sotong dan udang (agak-agak anda untuk 1 paket kuetiaw)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili kering yang telah dikisar
  • Sedikit cili sos
  • Kicap
  • Garam
Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. 
  2. Sedikit garam dimasukkan
  3. Bila telah naik baunya, bubuh dua sudu cili kering yang telah dikisar, biarkan cili kering benar-benar masak 
  4. Masukkan sedikit cili sos
  5. Masukkan udang dan sotong tadi dan biarkan atas kuali seketika
  6. Masukkan kuetiaw, bubuh kicap
  7. Akhir sekali baru masukkan sayur kucai.

Monday 5 September 2011

Cucur Udang

Cucur udang antara masakan kegemaran saya. Sesuai sekali ketika sarapan pagi atau waktu petang. Saya paling pandai buat cucur udang. Bukannya nak meninggi diri tetapi semua orang kata macam tu. Cucur udang saya memang terkenal dalam kalangan ahli keluarga saya. ^_^


Bahan-bahannya:

  1. Tepung gandum
  2. Sayur Kucai
  3. Udang
  4. Cili padi dipotong (ikut suka nak bubuh atau tak, bagi yang suka makan pedas leh bubuh)
  5. Bawang besar dihiris
  6. Sedikit kunyit dan garam


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang, sayur kucai, cili padi dan udang di dalam mangkuk/ besen kecil
  2. Isikan sedikit air, gaulkan semuanya
  3. Isikan sedikit kunyit dan garam tadi
  4. Masukkan udang
  5. Kemudian masukkan tepung dan kacau
  6. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng hingga masak






Sup Maggie


Assalamualaikum .... moga sahabat di luar sana dalam keadaan sihat dan bahagia selalu hendaknya.Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana kita masih boleh ketemu di sini, berkongsi cerita tentang menu dan makanan kegemaran kita.

Rasanya kebanyakan dari kita suka makan maggie. Selalu kita dengar sejak kecil 'mee maggie cepat dimasak, sedap dimakan'. Memang mudah nak masak maggie. Panaskan air atas api, bila dah menggelegak airnya, bubuh maggie dan perasanya. Mudah jer kan. Cara paling mudah lagi (cara ni selalu saya gunakan masa study dulu), letakkan maggie dalam mangkuk, bubuh air panas, biarkan dalam 5 minit, lepas tu makan. Masa belajar dulu maggie ni memang wajib ada... hehe ...

Tapi kali ni saya kongsikan cara masak maggie, lainkan sedikit. Cara ni memang kegemaran saya, terutama bagi yang suka makan sayur-sayuran.

Bahan-Bahannya:
  1. Maggie Sup
  2. Ikan Bilis (agak-agak untuk sepinggan maggie)
  3. Cili Padi (3 biji)
  4. Bawang Besar sebelah dihiris halus-halus
  5. Sayur kobis (sawi pun sedap juga)
  6. Sebiji Telur


Cara Penyediaan:
  1. Pertama, rebuskan air atas dapur
  2. Bila dah menggelegak airnya, masukkan bawang besar, cili padi yang telah dipotong halus-halus  yang telah dihiris dan ikan bilis 
  3. Masukkan telur, bila telur dah masak masukkan perasa maggie (sup), masukkan sayur-sayuran yang anda suka.
  4. Maggie masuk akhir sekali supaya ia tak kembang sangat. Nanti kalau kembang sangat-sangat tak sedap.

Nasi Goreng Ikan sardin

Hari ni saya cuti. Mak pula pergi kerja. Bukan main lama saya termenung memikirkan apa yang saya nak makan untuk tengah hari ni. Nak masak lauk pauk rasa malas plak hehehe .... tiba-tiba teringat plak lama dah tak makan nasi goreng ikan sardin. Menu ni saya tak ikut mana-mana pun, ciptaaan saya sendiri. Sebenarnya nak masak nasi goreng ni bukannya susah sangat, bubuh bahan itu, bahan ini makan jadilah, asalkan jangan terlebih garam atau terkurang garam. Kot-kot ternganga lak nanti masa memakannya ^_^

Bahan-bahannya
  • Nasi
  • Ikan sardin tin
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi (kalau mau pedas boleh lebihkan bilangannya)
  • 1 biji telur
  • Kicap
  • Sayur (apa-apa sayur pun boleh janji sesuai dengan citarasa anda)
Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih
  2. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
  4. Bubuh sedikit garam dan pak aji (bagi yang makan pak aji)
  5. Bubuh sardin, biarkan masak
  6. Masukkan telur
  7. Bubuh nasi ke dalam kuali, kacau hingga sekata
  8. Bubuh kicap
  9. Masukkan sayur, biarkan hingga masak dan angkat.
Maka siaplah nasi goreng ikan sardin saya ^_^ senang jer kan .... tak yah susah-susah, biasanya semua bahan-bahan ni biasanya memang dah sedia ada di dapur rumah masing-masing.

Sunday 4 September 2011

Tempeyek Ikan Bilis

Hari ni saya mencuba buat pertama kalinya buat tempeyek. Jenuh juga yer nak membuatnya. Berpeluh-peluh juga saya kat dapur. Tak beberapa nak menjadi tapi kira ok lah boleh di makan. Mungkin saya kena mencubanya sekali lagi, ialah baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan. Selalunya kalau nak makan cari jer kat kedai atau emak kesayangan saya yang memasak.

Apa-apa pun saya tetap berpuas hati. Saya dapat resepi ni dari majalah 'Rasa'. Kalau ada nak mencuba, silalah.... hehehe ....


Bahan-Bahannya:
  • 500 gm tepung beras
  • 300 gm kacang tanah
  • Ikan Bilis
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan jintan manis & jintan putih
  • Santan




Cara Penyediaan:
  1. Campurkan tepung beras bersama bahan2 di atas. 
  2. Gaulkan hingga sebati
  3. Gunakan acuan tempeyek dan celupkan ke dalam adunan
  4. Letakkan kacang dan ikan bilis di atasnya.Publish Post
  5. Goreng hingga kekuningan