Thursday 17 January 2013

Tempahan Dari Hospital Batu Gajah

Alhamdulillah tempahan dari Hospital Batu Gajah amat menggalakkan. Hari ni saya siapkan lagi coklat praline. Filling kali ni peanut dan buah-buahan campuran. Kali ni gunakan kombinasi warna pink and purple untuk buah-buahan campuran dan for peanut just warna asli hehehe ... saya gunakan dark coklat.

Syukur sangat-sangat bila produk saya dikatakan sedap. I'm still new tetapi saya cuba menghasilkan yang terbaik. This saturday I have class at Meru Raya. Tak sabar-sabar rasanya.


Bila dah siap mulalah nak tangkap photo. Kali ni tak tangkap photo banyak sebab nak cepat untuk dibungkus dan dihantar. Dan inilah hasilnya ....



Photo-photo coklat sebelum dibungkus,



Wednesday 16 January 2013

Ayam Kicap Berlada



Sumber: Bonda Kesayangan

Bahan-Bahan:

  • Ayam (sebelah atau 1/2)
  • Kunyit
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • Cili kering yang telah dikisar (saya bubuh 4 sudu)
  • Kicap (agak-agak)
  • 2 biji ubi kentang yang dihiris bulat
  • Asam jawa
  • Perasa (garam dan ajinomoto)





Cara Penyediaan:
  1. Ayam dibasuh bersih, kemudian digaul dengan kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dan digoreng. Jangan terlalu garing.
  2. Bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar (tumbuk lebih baik) ditumiskan dalam kuali. Biar sehingga naik baunya.
  3. Bubuh sedikit garam dan ajinomoto.
  4. Masukkan 4 sudu cili kering telah dikisar dan biar hingga naik minyak. Kemudian bubuh kicap (kicap agak-agak ya)
  5. Biarkan seketika. Kemudian bubuh sedikit air asam jawa. Masukkan kentang yang telah dihiris nipis tadi. Agak-agak nak masak masukkan ayam. Kacau supaya kuahnya sebati dengan ayam dan kemudian padamkan api.
  6. Siap dan boleh dihidangkan untuk santapan seisi keluarga.



Selamat Mencuba!

Nasi Hujan Panas


Assalamualaikum ....

Saya masih dalam mood bercuti. Hari ni saya ke dapur tanpa dibantu oleh emak. Kata emak, dia mahu berehat hari ini. Jadi saya menyiapkan hidangan tengah hari untuk hari ini. Dari pagi terfikir-fikir apa yang sedap untuk dimasak. Emak mencadangkan saya untuk masak nasi hujan panas. Katanya lama dah saya tak buat nasi hujan panas atau nasi minyak. Saya turuti permintaan emak, dan untuk itu saya masak ayam kicap berlada dan kubis untuk dimakan bersama nasi hujan panas. Cadangan asal nak buat ayam masak merah tapi last minit saya cancel ayam masak merah dan tukar kepada ayam kicap berlada kegemaran saya.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan resepi nasi hujan panas. Resepi nasi hujan panas ni saya ambil dari blog masak "Dari Dapur MaDiHaA". Saya memang suka kunjungi blog 'Dari Dapur MaDiHaA'. Resepinya enak-enak sekali. Kalau ada yang berminat nak kunjungi leh klik kat link ini http://mamawandiha.blogspot.com. Walaupun saya rajin membeli buku-buku resepi tetapi bila nak masak sure saya cari dalam blog masak. :) Mungkin mudah dan cepat agaknya berbanding mencari dalam buku.


Ok di sini saya kongsikan resepi Nasi Hujan Panas.
Sumber: "Dari Dapur MaDiHaA"

Bahan-Bahannya:
  • 4 cawan beras basmathi (saya guna beras biasa saja)
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna merah, kuning dan hijau (saya tak der kaler kuning jadi saya gantikan dengan kaler oren)

Bahan-Bahan Tumis:
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 audu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan Hias:
  • Bawang Goreng
  • Kismis


Cara Penyediaan:
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan sehingga bau wangi.
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masakkan nasi sehingga masak.
  7. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna kuning, merah dan hijau.
  8. Hias dengan bawang goreng, gajus atau kismis. Saya cuma gunakan bawang goreng dan kismis saja.



Selamat Mencuba!

Monday 14 January 2013

Tempahan Coklat


Alhamdulillah siap juga tempahan coklat walaupun tidak seberapa. Ini hasilnya selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Tunggu masa untuk dibungkuskan.

Moga berpuas hati dengan produk saya.


Suka sangat saya tangkap photo coklat saya dari pelbagai sudut. Di sini saya kongsikan bersama-sama untuk tatapan. Kali ni saya benar-benar puas hati. Alhamdulillah.





Kalau ada sesiapa nak tempah sila tinggalkan komen anda di sini. 

Sunday 13 January 2013

Coklat Praline



Coklat Praline With Blueberry Filling


Coklat Praline dengan Filling Buah-buahan Campuran


Coklat Badam With Nutella


Coklat Oreo


Kali ini terlalu banyak entri saya tentang coklat. Al-maklumlah tengah seronok belajar dan membuat coklat. Biasanya kalau hari Sabtu atau Ahad pasti saya akan membuat sesuatu untuk hidangan waktu petang. Biasanya pada waktu ini mak cik dan pak cik saya akan berkumpul di rumah melawat opah dan tok. Seperti minggu lepas saya masih membuat coklat untuk dijamu kepada mak cik dan pak cik sekaligus meningkatkan kemahiran saya untuk membuat coklat. Kali ini saya buat Coklat Oreo, Coklat Praline. Intinya pelbagai iaitu Blueberry, kismis, nutella dan badam.

Oh ya kali ni sepupu saya, Tirah rajin membantu saya dari tengah hari hingga ke petang. Tanpa bantuannya susah juga saya nak siapkan semuanya ini. Oh lupa saya juga ada buat kek Coklat Lembap. Seronok bercerita tentang coklat sampai lupa tentang kek.


Di sini saya upload photo-photo coklat Oreo. Ikutkan hati nak bubuh semua photo yang ditangkap tetapi ini adalah 3 yang terbaik dan berkenan dihati saya.



Saturday 12 January 2013

Kelas Aneka Tart


Assalamualaikum ....

Alhamdulillah kelas Aneka Tart di Dapur MS Oven berjalan lancar hari ini. Mujur juga saya jumpa juga jalan menuju ke MS Oven. Tak beberapa pandai jalan di kawasan Meru Raya. Cuma yang pasti kedai MS Oven ni dekat dengan Mydin Meru Raya. Alhamdulillah berpandukan peta yang diberi sampai juga saya.

Oh ya, saya pergi kelas ni dengan sepupu saya, Noriey. Terima kasih banyak-banyak kepada cousin saya kerana sudi menemani saya. Ini first time saya join kelas seperti ini. Masa belajar kek Indulgent tempohari, cuma saya dan Cikgu Yuzie saja di rumah. Tak takut sangat tetapi rasa gementar tetap ada apabila disuruh buat seorang diri. Sampai saja di MS Oven, rasa gementar hilang secara tiba-tiba kerana saya dan sepupu disapa dengan senyuman oleh guru serta rakan-rakan yang ramah mesra. Kesemuanya yang belajar hari tu adalah seramai 6 orang. Guru yang mengajar adalah Cikgu Sarah dan antara teman baru yang dikenali di kelas ini ialah Sal, Niesa, Wani dan Kak Khatijah.


Untuk kelas hari ini, kami belajar 3 jenis tart iaitu Blueberry Cheese Tart, Fruit Tart dan Egg Tart. Rupanya senang jer nak buat pastri tart cawan ni. Ingat susah sangat. Tu lah tak rugi buang duit untuk belajar. Sekurang-kurangnya dengan menghadiri kelas banyak perkara dan teknik-teknik yang dapat dipelajari. Ilmu dapat, kawan pun dapat. :)


Di bawah ni semua gambar-gambar yang diambil masa belajar. Ini semua hasil kerja ramai-ramai. Buat sikit-sikit sorang. Dalam sibuk belajar sempat juga tangkap photo dan ada juga yang sempat update status kat fb termasuklah saya. Apa-apa pun saya enjoy join kelas ni.



Photo pastri Tart Cawan yang telah dibakar.


Topping untuk Blueberry Cheese Tart





Buah-buahan (anggur merah dan strawberry) ni pula digunakan untuk Fruit Tart


Saturday 5 January 2013

Coklat Oreo dan Kacang With Nutella

Ini coklat kedua yang saya buat hari ini iaitu Coklat Oreo dan Kacang With Nutella. Saya pernah membuatnya sebelum ini. Cuma kali ini diletakkan coklat putih di atasnya sebagai hiasan. Coklat ni telah dibeli oleh mak cik saya. Asalnya nak buat untuk cinta hati saya tetapi disebabkan mak cik saya nak beli saya jual :)

Tapi untuk my cinta hati tetap ada. Takkan saya lupa buat untuk Danish, Pa, Yaya dan Cham Cham. Riz kecil lagi tak leh makan coklat lagi.






Coklat Praline Buah-Buahan Campuran

Assalamualaikum ......

Hari ni hari cuti. Keluarga saya akan berkumpul hari ini. Cinta hati saya Danish, Pa dan Yaya telah pulang semalam. Cham Cham dan Riz pula akan pulang esok dari Sandakan. Hari ini saya buat coklat praline buah-buahan campuran untuk semua cinta hati saya. Kali kedua saya mencubanya. Cuba hari ini saya gunakan white coklat untuk membuat hiasan di atas coklat. Lepas tu saya letak love sebagai tanda kasih sayang saya pada mereka semua.


Ahli keluarga saya kata sedap kali ni. Lagi sedap dari yang pertama kata mereka. Mungkin saya lebihkan buah-buahan campuran untuk bahagian filling.



Gambar-gambar di bawah adalah gambar yang ditangkap dari pelbagai sudut. Saya memang gemar sangat time tangkap gambar hasil masakan saya. Rasa seronok dan mendapat kepuasan.






Tuesday 1 January 2013

Coklat Oreo dan Kacang With Nutella


Ini entri kedua saya buat malam ni iaitu Coklat Oreo dan Kacang with Nutella. Mak cik dan cousin saya sukakan coklat ni, begitu juga dengan saya. Memang sedap. Insya Allah bila cinta hati saya pulang nanti, akan saya buatkan khas untuk mereka.

So bila dah siap inilah hasilnya. Saya ni memang suka tangkap photo. Jadi inilah hasil-hasil photo coklat yang saya tangkap.





Inilah hasilnya bila dah siap


Inilah rupanya di bahagian dalam