Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

Tempahan Dari Hospital Batu Gajah

Alhamdulillah tempahan dari Hospital Batu Gajah amat menggalakkan. Hari ni saya siapkan lagi coklat praline. Filling kali ni peanut dan buah-buahan campuran. Kali ni gunakan kombinasi warna pink and purple untuk buah-buahan campuran dan for peanut just warna asli hehehe ... saya gunakan dark coklat.

Syukur sangat-sangat bila produk saya dikatakan sedap. I'm still new tetapi saya cuba menghasilkan yang terbaik. This saturday I have class at Meru Raya. Tak sabar-sabar rasanya.


Bila dah siap mulalah nak tangkap photo. Kali ni tak tangkap photo banyak sebab nak cepat untuk dibungkus dan dihantar. Dan inilah hasilnya ....



Photo-photo coklat sebelum dibungkus,



Monday, 14 January 2013

Tempahan Coklat


Alhamdulillah siap juga tempahan coklat walaupun tidak seberapa. Ini hasilnya selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Tunggu masa untuk dibungkuskan.

Moga berpuas hati dengan produk saya.


Suka sangat saya tangkap photo coklat saya dari pelbagai sudut. Di sini saya kongsikan bersama-sama untuk tatapan. Kali ni saya benar-benar puas hati. Alhamdulillah.





Kalau ada sesiapa nak tempah sila tinggalkan komen anda di sini. 

Sunday, 13 January 2013

Coklat Praline



Coklat Praline With Blueberry Filling


Coklat Praline dengan Filling Buah-buahan Campuran


Coklat Badam With Nutella


Coklat Oreo


Kali ini terlalu banyak entri saya tentang coklat. Al-maklumlah tengah seronok belajar dan membuat coklat. Biasanya kalau hari Sabtu atau Ahad pasti saya akan membuat sesuatu untuk hidangan waktu petang. Biasanya pada waktu ini mak cik dan pak cik saya akan berkumpul di rumah melawat opah dan tok. Seperti minggu lepas saya masih membuat coklat untuk dijamu kepada mak cik dan pak cik sekaligus meningkatkan kemahiran saya untuk membuat coklat. Kali ini saya buat Coklat Oreo, Coklat Praline. Intinya pelbagai iaitu Blueberry, kismis, nutella dan badam.

Oh ya kali ni sepupu saya, Tirah rajin membantu saya dari tengah hari hingga ke petang. Tanpa bantuannya susah juga saya nak siapkan semuanya ini. Oh lupa saya juga ada buat kek Coklat Lembap. Seronok bercerita tentang coklat sampai lupa tentang kek.


Di sini saya upload photo-photo coklat Oreo. Ikutkan hati nak bubuh semua photo yang ditangkap tetapi ini adalah 3 yang terbaik dan berkenan dihati saya.



Saturday, 5 January 2013

Coklat Oreo dan Kacang With Nutella

Ini coklat kedua yang saya buat hari ini iaitu Coklat Oreo dan Kacang With Nutella. Saya pernah membuatnya sebelum ini. Cuma kali ini diletakkan coklat putih di atasnya sebagai hiasan. Coklat ni telah dibeli oleh mak cik saya. Asalnya nak buat untuk cinta hati saya tetapi disebabkan mak cik saya nak beli saya jual :)

Tapi untuk my cinta hati tetap ada. Takkan saya lupa buat untuk Danish, Pa, Yaya dan Cham Cham. Riz kecil lagi tak leh makan coklat lagi.






Coklat Praline Buah-Buahan Campuran

Assalamualaikum ......

Hari ni hari cuti. Keluarga saya akan berkumpul hari ini. Cinta hati saya Danish, Pa dan Yaya telah pulang semalam. Cham Cham dan Riz pula akan pulang esok dari Sandakan. Hari ini saya buat coklat praline buah-buahan campuran untuk semua cinta hati saya. Kali kedua saya mencubanya. Cuba hari ini saya gunakan white coklat untuk membuat hiasan di atas coklat. Lepas tu saya letak love sebagai tanda kasih sayang saya pada mereka semua.


Ahli keluarga saya kata sedap kali ni. Lagi sedap dari yang pertama kata mereka. Mungkin saya lebihkan buah-buahan campuran untuk bahagian filling.



Gambar-gambar di bawah adalah gambar yang ditangkap dari pelbagai sudut. Saya memang gemar sangat time tangkap gambar hasil masakan saya. Rasa seronok dan mendapat kepuasan.






Tuesday, 1 January 2013

Coklat Oreo dan Kacang With Nutella


Ini entri kedua saya buat malam ni iaitu Coklat Oreo dan Kacang with Nutella. Mak cik dan cousin saya sukakan coklat ni, begitu juga dengan saya. Memang sedap. Insya Allah bila cinta hati saya pulang nanti, akan saya buatkan khas untuk mereka.

So bila dah siap inilah hasilnya. Saya ni memang suka tangkap photo. Jadi inilah hasil-hasil photo coklat yang saya tangkap.





Inilah hasilnya bila dah siap


Inilah rupanya di bahagian dalam 


Coklat Praline buah-buahan Campuran


Selamat Malam buat sahabatku dan Selamat Tahun Baru buat semua .....

Pejam celik pejam celik begitu pantas sekali setahun meninggalkan kita. Makin bertambah usia. Masih terlalu banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.  Dalam tahun 2012 terlalu banyak perkara yang berlaku baik yang sedih ataupun yang menggembirakan tetapi semuanya akan menjadi kenangan, iktibar dan panduan untuk saya meneruskan kehidupan. Ada yang mengatakan, 'jangan pandang kebelakang, pandang kedepan. Lupakan semua yang berlaku' tetapi bagi saya sedikit sebanyak kita perlu kena perlu juga menoleh ke masa silam supaya kita lebih berhati-hati di masa depan.




Oh ya, hadirnya saya di sini (aduhhhh, seperti nak buat syarahan pula) adalah untuk tambah entri yang terbaru :). Sempena tahun baru ni saya buat coklat khas untuk keluarga besar saya. Tambahan saya baru beli mould baru, itu yang buat saya begitu teruja untuk membuat coklat. Dah beberapa hari saya belek blog masakan mencari resepi coklat yang baru. Akhirnya saya jumpa blog guru coklat. Terima kasih atas panduan dan resepi coklat. Memang bagus untuk dijadikan panduan untuk membuat coklat. Jadi untuk hari ini saya buat dua jenis coklat iaitu Coklat Praline buah-buahan campuran (sebelum ini saya pernah buat tetapi kali ini saya buat bentuk bunga ros) dan keduanya saya buat Coklat Oreo dan Kacang With Nutella. Resepi Coklat Oreo dan Kacang With Nutella ini saya ambil dari blog Guru Coklat.


Untuk coklat praline buah-buahan campuran ni saya pernah buat sebelum ni. Sila klik link kat bawah ni untuk mendapatkan resepinya. Cuma kali ini saya guna acuan bentuk bunga ros. Saya letak warna hijau (sebenarnya guna coklat perisa pandan) dan kemudian di bawahnya dark coklat. Lupa pula saya nak tangkap gambar dibahagian bawah. (yang warna coklatnya) :) Kali ini saya perbanyakkan buah-buahan campuran supaya lebih terasa masam-masam manisnya bila menggigit coklat. 





Tuesday, 25 December 2012

Home Made Chocolate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung-pengunjung blog saya ....

Hari ni hari cuti kerana sambutan Hari Krismas. Dari pagi memang saya sibuk mengemas bilik. Bilik memang dah bersepah-sepah. Operasi membuang barang-barang lama dan juga kenangan-kenangan lama. Hidup mesti menuju ke depan. Tak boleh lagi menoleh ke belakang. Dalam jam 2 petang baru siap mengemas, itupun belum siap sepenuhnya. Buku-buku di rak masih belum dikemas dan diatur semula. Dari semalam memang saya teringin nak buat coklat. Lama dah tak mencuba. Hari ni berjaya juga saya melawan rasa malas saya. Sebenarnya susah juga kalau bermain dengan coklat ni. Teknik nak mencairkan coklat kena betul, kalau tidak alamatnya berketul-ketullah coklat yang dicairkan.


Di sini saya kongsikkan cara-cara nak buat coklat ni. Mudah saja. Bila tengok gambar-gambar coklat yang dihasilkan hmmmm seronoknya. Mungkin tak cantik bagi pandangan orang lain, tapi bagi saya dah cukup bagus. Cuma kena perbaiki lagi supaya menjadi lebih baik. Rasanya sedap. Mak cik dan cousin yang datang rumah petang tadi pun puji. Cuma mereka suruh saya lebihkan buah-buahan campuran aja. Saya akan ambil perhatian terhadap setiap komen yang diberikan dan akan perbaiki di masa akan datang.



Bahan-Bahan:

  • Compound chocolate (Dalam pasaran ada banyak perisa tapi saya guna dark chocolate dan white chocolate. Nak sedap guna jenama Beryl's. Boleh dapat kat kedai menjual bahan-bahan kek. Kalau cari kat TESCO, JUSCO atau Mydin memang tak der. Dari segi sukatan ikut suka hati nak guna banyak mana).
  • Filling kesukaan. Untuk percubaan kali kedua ini saya bubuh buah-buahan campuran. Bubuh banyak sedikit pun tak apa sebab bila makan coklat. bila tergigit buah-buahan campuran bukan main sedap rasanya.
  • Chocolate mould. Saya guna mould yang sama seperti hari tu. ^_^

Cara Penyediaan:
  1. Potong coklat kompoun menjadi kecil-kecilan. Masukkan ke dalam periuk dan cairkan secara double boiler. Tutup api bila sudah cair sepenuhnya.
  2. Masukkan ke dalam pipping atau sudukan saja ke dalam mould.
  3. Sudukan separuh dahulu (saya sudukan white chocolate dahulu) ke dalam mould. Biarkan ia rata mengelilingi mould.
  4. Kemudian masukkan suku dark chocolate. Hentakkan mould perlahan-lahan supaya ia rata. Kemudian masukkan buah-buahan campuran tadi. (Terpulang nak bubuh banyak mana tetapi secara jujur saya beritahu lagi banyak buah-buahan campuran lagi sedap).
  5. Seterusnya sudukan dark chocolate sehingga memenuhi mould.
  6. Masukkan dalam peti ais dalam 30 minit.
  7. Keluarkan dan bubuh coklat dalam kertas cawan yang bersaiz kecil.







Friday, 21 December 2012

cara membuat coklat praline

Assalamualaikum ....

Alhamdulillah hari ni saya jumpa juga cara paling mudah nak buat coklat. Selama ni cari cara-cara kat blog masakan dan terus mencuba tanpa ikut teknik-tekniknya. Hari ni terfikir lak nak cari kat youtube. Alhamdulillah jumpa juga teknik yang paling mudah. Terima kasih kerana sudi berkongsi dan saya kongsikan juga kat blog saya. Mana tau kot-kot ada yang baru nak belajar leh la tengok cara-cara nak membuatnya. Tak susah manapun tapi rasanya kena banyak bersabar apabila berdepan dengan coklat ni.

Selamat mencuba. ^_^

Saturday, 17 November 2012

Home Made Chocolate



Assalamualaikum ...

Hari ni tercapai juga impian saya nak buat coklat sendiri. Selalunya tengok jer kat blog blogger masakan yang lain. Nak mencuba takut. Takut tak menjadi. Tapi hari ni saya kuatkan hati untuk mencubanya. Mouldnya sudah saya beli ketika pergi ke kedai menjual barang-barang dan bahan-bahan kek semasa saya membuat Choc Indulgent Cake. 



Sebelum buat coklat ni, jenuh juga saya mengunjungi dari satu blog ke satu blog masakan yang lain untuk membuat kajian. Akhirnya saya terjumpa blog "Cute, Oven, Small Kitchen". Bukan main seronok saya lihat photo-photo coklatnya. Cantik sekali. Tak sabar rasanya nak melihat hasil kerja tangan saya. Akhirnya saya ikut kaedah-kaedah yang digunakan dalam blog ni. Jadi bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bagaimana nak buat coklat ni bolehlah klik kat link sini http://ovenkecil.blogspot.com/2011/07/home-made-chocolate.html?spref=fb.




Coklat saya ni kosong saja. Saya tak bubuh apa-apa fillingnya. Buat yang kosong dahulu sebagai percubaan pertama. Lain kali boleh cuba bubuh filling seperti badam, peanut butter, kacang dan sebagainya. Saya juga guna coklat jenama Beryl's. Teringat kata-kata guru saya semasa belajar buat kek tempohari, kalau nak sedap kena guna coklat yang ada jenama. Coklat jenama ni leh didapati kat kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kek. Macam kat Ipoh ni, saya beli kat Wah Seng. Memang terkenal kedai ni sejak zaman berzaman.