Sunday 25 November 2012

Rainbow Cake With Cheesecream

Salam sejahtera saya ucapkan ...

Hari ni hari saya cuba lagi buat kek walaupun semalam sudah sehari suntuk saya di dapur menyiapkan kek coklat moist dan cupcakes pelangi kukus.

Pilihan saya hari ni adalah Rainbow Cake ataupun Kek Pelangi kalau dalam bahasa Melayunya. Resepi untuk keknya saya ambil dari sini http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/12/rainbow-cake.html. Saya memang suka jenguk blog kak wan ni (Resepi Citarasawan), mudah dan senang diikuti malah tengok gambar-gambarnya pun dah terliur air liur. Terima kasih ya Kak Wan kerana sudi berkongsi resepi dan ilmu. Buku kak Wan pun ada saya beli :)

Tapi creamnya saya tak guna whipping cream sebab ada masalah teknikal sikit. Jadi untuk setiap lapisan dan luaran saya guna cheese cream yang saya ambil dari link ni . Sila klik sini ya http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html.



Sebenarnya untuk buat kek ni tak susah mana pun yang penting kesabaran sebab kena masak kek itu selapis demi selapis. Lama dok kat dapur. Tapi bila dah siap dan makan hasilnya, gembiranya bukan alang kepalang. Kek ni dalam satu hari jer dah selesai. Kebetulan keluarga mak cik dan sepupu saya datang berkunjung, jadi dihidangkan. Alhamdulillah gembiranya rasa hati bila mereka memuji dan menikmati apa yang saya hidangkan. Inilah cara saya berkongsi setiap rezeki yang saya ada.


Dari segi pemilihan warna saya pilih 6 warna iaitu oren, mereah, coklat, hijau, kuning dan pink. Kalau tidak merah tu saya nak bubuh biru tetapi atas permintaan mak, saya tak guna warna biru. Katanya biru seperti warna nila baju .. hehehe .... actually apa-apa kek pun mak saya tak beberapa berkenan kalau saya bubuh pewarna biru. Tapi saya tengok warna biru cantik jer :) Tapi atas permintaan emak, saya hormati.


Tak sempat nak ambil gambar penuh. Ini jerlah gambar-gambar yang ada.

Selamat mencuba. Tak rugi mencuba kek ni, memang dijamin sedap.

Saturday 24 November 2012

Kek Kukus Pelangi




Alhamdulillah seronok sangat bila lihat hasil yang kita buat menjadi. Ini cupcakes Pelangi. Dulu saya pernah buat sekali. Dulu saya bakar dalam oven dan tuang coklat ganache atasnya. Kali ni disebabkan saya kukus kek coklat lembap (moist) saya, makan saya kukus sekali cupcakes pelangi ni. Tak sangka bukan main naik menggebu lagi. Warnanya menarik perhatian dan cukup menggoda. Saya tak nak bubuh apa-apa hiasan atasnya. Biarlah semulajadi cam gini. Cukup menarik dan sedap di makan.


Kalau ada sesiapa nak resepi silalah klik kat sini http://cahayaqasehh.blogspot.com/2012/11/cupcakes-pelangi-with-coklat-ganache.html. Bezanya yang ini tak bubuh coklat ganache di atasnya dan juga dikukus. Ingat ya kukus .... :)


Saya gunakan empat jenis warna iaitu pink, oren hijau dan warna asal (butter)



Gebu, sedap dan lembut


Kek Coklat Moist For Alia (Ate), Happy Birthday


Assalamualaikum ....

Hari Sabtu datang kembali. Kebiasaannya pada hari Sabtu dan Ahad saya mencuba pelbagai resepi baru atau memantapkan lagi kemahiran saya membuat kek.  Saya akan berusaha dan berusaha hingga menghasilkan yang lebih baik dan kreatif.

Hari ni saya ada tempahan kek dari mak cho saya. Saya diberi sepenuh kepercayaan dari mak cho saya untuk buat kek birthday anaknnya. Pilihan mak cho saya adalah kek coklat moist. Saya ni tak biasa buat tempahan kek untuk kek yang ada seni-seni menghias ni kecuali butter kek, marble kek, kek pelangi, muffin atau biskut. Itu dah biasa saya lakukan dan sudah biasa terima tempahan. Yang kena menghias ni baru sekarang saya sedang mencuba-cuba dan belajar.

Tapi mak cho saya suka sangat dengan setiap rasa kek yang saya buat. Ialah tiap-tiap minggu bila mereka datang ke rumah, saya akan menjamu dengan pelbagai jenis kek. Eksperimen dan test market konon-kononnya :) Pertanyaan yang biasa saya tanya "Sedap tak?", "Macam Rasanya?", "Ok tak", "Ada apa-apa komen tak?" dan alhamdulillah setakat ni respon yang saya terima adalah baik walaupun dari segi hiasan saya main campak-campak jer .... :) kena belajar banyak lagi ni ...



Walaupun saya tidak beberapa puas hati dari segi hiasan kek, namun kek saya tetap dapat pujian dari rasanya. Ramai yang tanya "Mana belajar?", "Resepi ambil kat mana?" hmmmm ... saya tak belajar mana-mana pun. Saya cari resepi kat laman web blogger masakan dan dari buku koleksi masakan saya. Kena cuba buat walaupun mengalami kegagalan. Nak hasilkan kek yang sama rasanya dan mutu yang saya sama mesti cuba berulang kali. Untuk kek coklat moist saya akui ini resepi terbaik yang saya cuba. Resepi ni saya ambil dari http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-kek-coklat-moist.html. Saya tak ubah pun resepinya. Paling senang nak ikut dan mudah kerana diajar step by step. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba boleh jenguk blog "Cahaya Cinta Ku: Resei". Klik ajar link yang saya beri.







Buat sepupu saya Alia atau lebih dikenali sebagai Ate, Selamat Hari Lahir Awg ucapkan. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Jadi anak yang baik, anak yang berbakti kepada keluarga.


Ate nampak seronok sangat semalam ...

Saturday 17 November 2012

Home Made Chocolate



Assalamualaikum ...

Hari ni tercapai juga impian saya nak buat coklat sendiri. Selalunya tengok jer kat blog blogger masakan yang lain. Nak mencuba takut. Takut tak menjadi. Tapi hari ni saya kuatkan hati untuk mencubanya. Mouldnya sudah saya beli ketika pergi ke kedai menjual barang-barang dan bahan-bahan kek semasa saya membuat Choc Indulgent Cake. 



Sebelum buat coklat ni, jenuh juga saya mengunjungi dari satu blog ke satu blog masakan yang lain untuk membuat kajian. Akhirnya saya terjumpa blog "Cute, Oven, Small Kitchen". Bukan main seronok saya lihat photo-photo coklatnya. Cantik sekali. Tak sabar rasanya nak melihat hasil kerja tangan saya. Akhirnya saya ikut kaedah-kaedah yang digunakan dalam blog ni. Jadi bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bagaimana nak buat coklat ni bolehlah klik kat link sini http://ovenkecil.blogspot.com/2011/07/home-made-chocolate.html?spref=fb.




Coklat saya ni kosong saja. Saya tak bubuh apa-apa fillingnya. Buat yang kosong dahulu sebagai percubaan pertama. Lain kali boleh cuba bubuh filling seperti badam, peanut butter, kacang dan sebagainya. Saya juga guna coklat jenama Beryl's. Teringat kata-kata guru saya semasa belajar buat kek tempohari, kalau nak sedap kena guna coklat yang ada jenama. Coklat jenama ni leh didapati kat kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kek. Macam kat Ipoh ni, saya beli kat Wah Seng. Memang terkenal kedai ni sejak zaman berzaman.






Thursday 15 November 2012

Choc Indulgent Cake


Assalamualaikum ....

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog saya. Marilah kita sama-sama berhijrah menjadi yang lebih baik dan mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia, saling bermaafan dan bertolak ansur.

Sebenarnya sejak hari Isnin saya sudah start bercuti. Bermula dengan cuti Deepavali pada hari Isnin dan Selasa. Rabu pula saya ambil cuti dan hari ni cuti umum Maal Hijrah tetapi esok kerja sehari. Rumah saya riuh-rendah dengan kepulangan cinta hati saya Danish, Pa dan Yaya. Bukan main nakal mereka terutama sekali Yaya. Nampak sekali perbezaannya. Pintu besi rumah boleh dipanjatnya hingga ke atas. Pening kepala juga melihat kenakalan Yaya, ialah manalah tak gitu dua di atasnya adalah abangnya sama-sama turut nakal ^_^. Walau bagaimanapun saya tetap terhibur dengan mereka. Selalu membuat saya tersenyum, ketawa dan membebel.



Oh ya, kembali semula kepada entri saya kali ni (sudah lari tajuk ^_^), hari ni saya cuba buat Choc Indulgent Cake buat keluarga saya especially untuk cinta hati saya. Ini kali pertama saya cuba sendiri selepas belajar buat kali pertama di kelas kek.

Walaupun resepinya panjang berjela-jela seperti sinetron tetapi sebenarnya buat kek ni mudah saja tetapi kena banyak sabar. Tambahan pula saya yang baru pertama kali mencubanya sendiri. Pening juga kepala tetapi alhamdulillah akhirnya menjadi juga kek saya. 


Inilah rupa kek saya bila dah siap. Sebenarnya ada cerita di sebalik kek ni. Cream yang saya patut guna untuk hias saya terbuang. sebelum membuangnya saya terfikir-fikir, banyaknya cream yang lebih. Masa buat hari tu tak ada pula yang lebih, sukatnya memang dah betul. Tanpa buang masa terus je saya mencampak cream tu ditempat membuang sisa-sisa makanan. Bila dah tuang coklat ganache baru saya termenung dan terfikir, alamak creamnya mana? Bagaimana nak hias? Bukan main kecewa saya waktu itu. Dalam 5 minit juga saya termenung di meja dapur. Lepas itu, saya ambil choc rise dan buah ceri dalam peti ais lantas saya hias begini. Inilah kisah sedih saya semasa buat kek ini buat kali pertama.


Inilah rupanya bila dah dipotong. Seronok bila melihat lapisan-lapisan kek ni. Tapi apa yang paling menyeronokkan ialah apabila kita buat dan menjadi. Rasanya tetap saya seperti masa mula-mula belajar buat kek ini tempohari. Itu yang paling menggembirakan hati saya. 



Sunday 11 November 2012

Cupcakes Pelangi With Coklat Ganache


Salam 1 Malaysia ...

Berjumpa kita lagi dalam entri yang seterusnya. Kali ni saya kongsi resepi cupcakes pelangi with coklat Ganache yang saya ambil dari buku "Variasi Cupcakes" oleh Nor Aini Adnan.

Saya buat cupcakes ni petang tadi. Kebetulan hari Ahad memang hari berkumpul untuk keluarga besar saya. Jadi sebagai hidangan minum petang saya sediakan cupcakes ini.

Pertama kali mencuba tetapi hasilnya cukup memuaskan hati saya. Untung juga beli buku resepi banyak-banyak ni. ^_^ 


Bahan-Bahan untuk Kek Pelangi:

  • 280 gram mentega 
  • 280 gram tepung kek
  • 260 gram gula kastor
  • 50 ml susu sejat (saya bubuh dua sudu saja)
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil oren emulco (saya tak bubuh)
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau dan coklat emulco (saya cuma guna warna kuning, biru dan merah)

Cara Penyediaan Kek Pelangi:


  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  4. Masukkan susu.
  5. Tuangkan esen vanilla. Pukul hingga rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, biru dan kuning (warna asal)
  7. Sapukan mentega kedalam acuan (saya gunakan minyak).
  8. Tuangkan sedekit demi sedikit berselang-seli warna ke dalam bekas acuan.
  9. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 15 hingga 20 minit.


Bahan-Bahan untuk Krim Ganache


  • 240 gram coklat masakan
  • 240 gram krim
  • 2 sudu butter (mentega)


Cara Penyediaan Krim Ganache:

  1. Masak secara double boiler
  2. Masukkan coklat masak. Kacau hingga cair
  3. Kemudian masukkan krim dan butter.

Spagetti Carbonara Cendawan


Assalamualaikum dan selamat pagi ....

Hari Ahad yang mendung. Matahari seakan-akan malu menyinar cahayanya. Angin pagi menyapa tubuh lagi. Pagi-pagi lagi adik perempuan saya, Ana mengejutkan saya untuk membuat spagetti. Dia mengidam untuk makan spagetti. Sepatutnya malam semalam saya masakkan untuknya tetapi tidak jadi kerana saya pergi ke pasar malam dan membeli makanan dari pasar malam. Kalau buat pun semalam pasti tak habis. Atas sebab itu, pagi-pagi lagi dia telah meminta saya untuk membuatnya. 

Saya buatkan spagetti yang paling mudah dan ringkas. Bahan-bahan juga tidak banyak digunakan. Kalau orang bujang macam saya ni memang sesuai sangatlah ....


Bahan-Bahan:
  • Prego Carbonara Mushroom (Cendawan)
  • Sebiji bawang bawang besar (saya potong bulat, nak hiris pun boleh, nak tumbuk pun boleh)
  • Daging (terpulang nak banyak atau sedikit). Daging dipotong dan direbus terlebih dahulu.
  • Cendawan butang

Cara Penyediaan:
  1. Rebus spagetti hingga lembut.
  2. Dalam kuali lain. Panas sedikit minyak. Tumis bawang besar yang telah dipotong.
  3. Setelah kekuningan masukkan daging yang telah direbuskan. Kacau seketika.
  4. Kemudian masukkan 1 tin Prego Carbonara Mushroom. Bubuh sedikit air.
  5. Masukkan cendawan butang. Kacau dan biarkan masak.
  6. Angkat dan hidangkan bersama spagetti.

Saturday 10 November 2012

Gulai Lemak Ikan Masin






Sup Tulang


Hari ni keluarga saya berkumpul. Adik saya dari Grik pulang bersama cinta hati saya Danish, Pa dan Yaya. Saya membantu emak memasak hari ini. Sup tulang dan gulai lemak ikan masin adalah menu tengah hari kami sekeluarga. Kebetulan raya korban tempohari, adik lelaki saya memberi tulang kerbau kepada emak. Memang sengaja emak menunggu kepulangan adik perempuan saya untuk memasaknya kerana dia pernah mengidam untuk makan sup tulang. Manakala ikan masin kami dapat dari besan mak saya, di bawa khas dari Sandakan, Sabah. Bukan main sedap makan tengah hari ni.

So di sini saya sertakan resepi Sup Tulang. Memang resepi ibu saya. Mudah saja tetapi sedap di makan.