Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

Biskut Lidah Kucing Kapuchino


Mak Long tak nak berceloteh panjang, sebenarnya sebentar tadi Mak Long dah celoteh panjang lebar ketika berkongsikan resepi Biskut Lidah Kucing atau Rainbow Cookies. Sila rujuk entry Mak Long sebelum ini atau tengok kat bahagian LABEL di tepi ni dan cari perkataan BISKUT.

Hari ni Mak Long buat dua jenis lidah kucing iaitu Lidah Kucing yang begitu meriah ala ... ala warna pelangi dan satu lagi Biskut Lidah Kucing Kapuchino. Resepi asal adalah dari blog citarasawan juga cuma Mak Long ada ubahsuai sedikit jer.

So tanpa membuang masa, jom kita lihat bagaimana cara-cara nak buat Biskut Lidah Kucing Kapuchino. Selamat Mencuba!


BAHAN-BAHAN

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 75 ml putih telur
  • 250 gm tepung gandum - ayak
  • 1 sudu makan kapuchino
  • 1/4 baking powder (Mak Long tak bubuh)
  • 1/2 sudu teh emplex
  • 30 gm choc. rice

  • Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega


CARA-CARA

  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan paste kapuchino dan gaul hingga rata.
  2. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata. Masukkan choc. rice, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picitkan lurus memanjang ke dalam loyang.
  4. Bakar dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150'C selama 15 hingga 20 minit.

Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies

Assalamualaikum semua ...

Hari ni Mak Long dalam keadaan mood yang rajin untuk mencuba membuat Biskut Lidah Kucing ni. Geram benor Mak Long apabila melihat kemeriahan Biskut Lidah Kucing ni di facebook dan blog teman-teman Mak Long. 

Biskut Lidah Kucing ni sebenarnya amat terkenal di Indonesia dan demam biskut ni telah melanda negara kita begitu pantas sekali. Rata-rata memperkatakan tentang Biskut Lidah Kucing ni dan di sini ada yang yang menggelarnya sebagai Rainbow Cookies. Mungkin disebabkan warnanya yang berwarna-warni. 

Sebenarnya loyang Biskut Lidah Kucing ni Mak Long dah beli tahun lepas secara online. Siap beli dua loyang lagi ketika itu. Konon-kononnya nak buat biskut raya tahun lepas tapi tak berkesempatan. Lepas raya, loyang ni terperam kat dalam kotak, :) baru hari ni dikeluarkan. Memandangkan hari ni Mak Long bercuti dan kebetulan juga cinta hati Mak Long akan pulang dari Grik dan Sabah pada hari Jumaat dan Sabtu ni maka makin bertambah teruja Mak Long untuk mencuba resepi ini untuk disajikan kepada cinta hati Mak Long yang tersayang.

Resepi asal Mak Long ambil dari blog Citarasawan. Mak Long memang pengikut setia blog Citarasawan. Tabik hormat pada Kak Wan yang berkebolehan untuk buat macam-macam jenis masakan. Kalau yang nak jenguk blog Kak Wan boleh klik kat link ni http://citarasawan.blogspot.com. Mak Long memang tak ada ubah apa-apa. Original resepi dari blog Kak Wan.

Jadi di sini Mak Long kongsikan resepi Biskut Lidah Kucing ni untuk manfaat kita bersama.


BAHAN-BAHAN
  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)

  • Pewarna ungu, biru, kuning, hijau dan merah (ikut kesukaan)
  • Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega


CARA-CARA
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex - Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata..
  4. Bahagiakan adunan kepada 5 bahagian (kalau ikut blog citarasawan 6 bahagian - Mak Long kehabisan pewarna oren).
  5. Masukkan adunan ke dalam pipimg bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  6. Bakar dalam suhu 150'C selama 15 minit.


Inilah hasilnya bila dah siap. Selamat Mencuba!

Saturday, 23 November 2013

Biskut Sarang Semut

ASSALAMUALAIKUM ....

Mata Mak Long tak leh nak tidor. Cinta hati Mak Long, Danish dah lena diulit mimpi-mimpi indah. Malam ni sambil dok melayan Maharaja Lawak Mega, Mak Long nak kongsikan resepi biskut Sarang Semut. Kalau tiap kali raya mesti ada biskut ni. Favourite Mak Long dan bonda kesayangan Mak Long. Kadangkala Mak Long jual gak biskut ni time raya, cuma tahun ni jer Mak Long tak ambil tempahan untuk biskut ni sebab Mak Long lebih fokus untuk memasarkan biskut yang Mak Long belajar dalam kelas-kelas biskut yang Mak Long sertai.

So tanpa membuang masa Mak Long kongsikan resepi biskut ni. Sebenarnya resepi ni Mak Long ambil dari majalah SAJI tapi Mak Long dah lupa tahun bila dan keluaran bila sebab bila time Mak Long buat, Mak Long dah catat awal-awal resepinya kat buku catatan Mak Long.



BAHAN-BAHAN:
  • 125gm mentega
  • 50gm gula
  • 175gm tepung gandum (diayak)
  • 50gm tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit serbuk koko Van Hauten

BAHAN HIASAN
  • Mangkuk kertas
  • Coklat Urai


CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan mentega dan gula. Putar kedua-dua bahan tersebut hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Putar kembali adunan tersebut.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian kedua dibubuh serbuk koko dan uli sehingga sebati.
  5. Ambil sedikit adunan dan parut. Parut satu arah sahaja.
  6. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk kertas. Mak Long letak separuh coklat dan adunan asal.
  7. Taburkan coklat urai diatasnya.
  8. Bakar selama 15 hingga 20 minit mengikut oven masing-masing.


Sunday, 17 November 2013

Biskut Arab

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI

Untuk pagi yang indah tenang ni, Mak Long nak kongsikan resepi biskut Arab. Kalau semalam Mak Long dah share resepi biskut Kristal Pelangi so this lovely morning, Mak Long nak share resepi adik-beradik biskut Kristal Pelangi iaitu biskut Arab. Kalau time raya, biskut inilah yang paling dapat tempahan paling banyak, menduduki  carta yang pertama.

Resepi untuk biskut Arab ni memang Mak Long dapat dari bonda kesayangan Mak Long. Dari segi teknik dan cara-cara pembuatannya supaya bila dah dimakan cair dimulut. Kalau tak caya boleh tempah dari Mak Long. Kalau tak nak tempah, leh ambil resepi kat sini. Mudah jer nak membuatnya. Bahan-bahan tak banyak digunakan. Tak yah pening-pening nak cari bahan-bahannya kat kedai barang-barang menjual bahan kek.  :)


BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum 1kg
  • Minyak Sapi 500gm
  • 200gm gula aising
  • Mangkuk kertas

CARA PENYEDIAAN:
  1. Panas dan sejukkan minyak sapi.
  2. Uli tepung gandum dan minyak sapi sehingga menjadi doh.
  3. Bentuk dan bulatkan seperti gambar di atas. Letakkan di atas mangkuk kertas.
  4. Bakar pada suhu 180' selama 20 minit.
  5. Selepas disejukkan taburkan gula aising.



Akhir kata Selamat Mencuba dari Mak Long.

Biskut Kristal Pelangi


ASSALAMUALAIKUM

Malam ni Mak Long nak share resepi biskut Kristal Pelangi. Dengar namanya pun dah tau kan pasti warnanya berwarna-warni. Biskut Kristal Pelangi ni merupakan salah satu favourite biskut Mak Long. Dulu masa mula-mula keluar biskut ni tak ingat year berapa, ia dikenali sebagai Biskut Saddam Hussin. Tak tau kenapa? Tapi rasanya mungkin masa tu tengah kes pencerobohan Amerika Syarikat kat Iraq kot, tu yang boleh terbubuh nama Saddam Hussin kat biskut ni. Tapi sekarang mungkin dah dikomersilkan so dah tukar nama kepada Biskut Kristal Pelangi.

Nak buat biskut ni mudah jer. Kos nak buat pun Mak Long rasa tak mahal kerana bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan tak lah mahal sangat kecuali minyak sapi. Kalau yang nak cuba resepi ni boleh cuba, kalau nak tempah dari Mak Long pun boleh. :)



BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm gula halus
  • 125gm minyak sapi (agak-agak sampai tepung tu boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras nanti tak leh nak bentuk bulat-bulat)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.



CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan tepung gandum (yang dah ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pwarna merah, hijau dan kuning. Jangan bubuh pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki..
  5. Kemudian bulatkan dan letak atas mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.



Saturday, 12 October 2013

Florentine


Sempena hendak menyambut hari Raya Aidiladha, Mak Long kongsikan resepi Florentine yang menjadi kegemaran sekarang ni. Bila makan terlagi-lagi sampai tak sedar satu balang dah habis. Florentine ni pernah Mak Long belajar semasa Mak Long menghadiri kelas biskut raya sebelum Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Percubaan pertama kali Mak Long masa hari raya Aidilfitri tapi masa tu Mak Long ambil resepi dari majalah RASA keluaran Ogos 2013. Sebenarnya resepinya sama saja cuma dalam majalah RASA, ia dibakar dalam dulang muufin/ cupcakes yang bulat tu.

Bagi yang nak cuba resepi boleh ambil resepi kat sini.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm biji labu (Mak Long tak letak sebab tak ada, kalau resepi asal memang ada)
  • 10 gm biji bunga matahari 
  • 100 gm tepung Bienetta/ florentin
  • 180gm kepingan badam
  • Bijan hitam untuk taburan atas

PERKAKAS

  • Dulang pembakar tidak melekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Lapiskan semua kekacang secara nipis di atas dulang pembakar tidak melekat.
  2. Tuangkan florentin ke atas lapisan kekacang tadi.
  3. Kemudian sapukan rata.
  4. Akhir sekali tabur bijan hitam ke atas sapuan tadi.
  5. Bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.





Popia Susu


ASSALAMUALAIKUM .......

Hari ni Mak Long nak kongsi resepi popia susu yang sedap, enak dan rangup ni. Kalau dirumah ada anak-anak kecil pasti ia akan menjadi kegemaran mereka. Cinta hati saya Danish pun dah banyak kali tanya bila nak buat biskut susu katanya ..... ialah permintaan ditunaikan hari ni.

Bagi yang nak cuba resepi ni Mak Long tak letak kuantiti susu tepung dan gula aising yang digunakan untuk menyalut popia yang telah digoreng ni. Kita boleh agak sendiri seberapa banyak yang kita boleh gunakan.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit popia (1 paket)
  • 2 biji telur
  • Susu Tepung (Mak Long guna jenama Every Day)
  • Gula Aising
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN

  1. Gulung kulit popia. Sapukan sedikit telur untuk melekatkan kulit popia. (Boleh lihat seperti gambar di atas)
  2. Setelah siap menggulung, kulit popia tadi digunting secara menyerong.
  3. Panaskan minyak.
  4. Kemuadian masukkan popia tadi dan masak hingga kekuningan.
  5. Bila dah masak, toskan minyak. Biarkan sejuk.
  6. Satukan gula aising dan susu tepung tadi. 
  7. Masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

POPIA SUSU 


SELAMAT MENCUBA

Saturday, 15 December 2012

Biskut Coklat Cips


Ini resepi ketiga yang saya belajar ketika di bengkel memasak. Resepi paling mudah untuk dilakukan. Rasanya ramai yang dah tahu tentang resepi ni tetapi saya tetap kongsikan juga bersama-sama di sini. Bertukar-tukar ilmu pengatahuan.

Anak-anak kecil pasti sukakan biskut ni. Bila dimasukkan ke dalam mulut terasa coklat dan walnutnya. Apa-apa pun selamat mencuba dari saya ^_^


Bahan-Bahan:

  • Butter - 200 gm 
  • Brown Sugar - 200 gm
  • Egg - 2 nos
  • Plain Flour - 350 gm
  • Soda - 1 tsp
  • Walnut - 100 gm
  • Dark chocolate 100 gm
  • Vanilla Essence - few drop


Cara Penyediaan:

  1. Beat butter and brown sugar until fluffy.
  2. Add egg and salt
  3. Chopped chocolate and walnut than pour it.
  4. Add flour and soda
  5. Put vanilla essence with a few drop of water.
  6. Make a smsll ball and arrange on tray than take fork to press it.
  7. Bake inside the oven about 20 minute.


Tepung gandum, soda bikarbonot dan serbuk koko yang telah diayak.


Putar marjerin dan gula perang 


Adunan telah siap


Masukkan dalam peti sejuk seketika