Showing posts with label Celoteh Mak Long. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Mak Long. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Tempahan Kek Coklat Moist dan Kek Pelangi



ASSALAMUALAIKUM dan Selamat Tahun Baru Dari Dapur Mak Long. Alhamdulillah awal tahun baru, Mak Long mendapat tempahan kek coklat dari sepupu Mak Long untuk birthday bonda kesayangannya, Hasnah Saidin ataupun Mak Long panggil sebagai Mak Cho sahaja. Terima kasih Shira. Sambutan hari jadi dilakukan di rumah mak cik, Mak Long dan kebetulan pada hari yang sama, mak cik Mak Long mengadakan kenduri kesyukuran. Selain daripada kek coklat moist, mak cik dan sepupu Mak Long juga telah menempah 2 biji kek pelangi dan 1 butter kek. Alhamdulillah rezeki yang tak diduga, syukur sangat-sangat.



Oh ya sempena tahun baru 2014, Mak Long nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat pengunjung blog Dari Dapur Mak Long. Mak Long bukanlah blogger yang terkenal tetapi Mak Long perkongsian resepi di sini dapat memberi manfaat kepada semua yang mencintai dunia masakan. Malahan matlamat penubuhan blog ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dengan semua yang mencintai dunia masakan dan juga memudahkan Mak Long mencari resepi-resepi yang Mak Long buat.

Terima kasih buat semuanya. Semoga tahun baru ini dimanfaat sebaik-baik mungkin. Mak Long tiada azam baru di tahun baru ni cuma ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan menjadi yang terbaik buat keluarga Mak Long yang tersayang.


Sunday, 13 October 2013

Lagi-lagi celoteh Mak Long


Selamat Pagi. 

Mak Long sekadar nak kongsikan dua design coklat moist kek yang dibuat oleh Mak Long. 

Tu laaaaaaaaaa lama Mak Long lama tak update blog sekarang baru nak masukkan semua gambar ..... hahaha ..... so pengajaran buat Mak Long ..... kena rajin sikit lepas ni. 

Oh ya nanti Mak Long kongsikan resepi kek coklat moist. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu....... :)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU






Saturday, 12 October 2013

Dulu dan Sekarang

Mak Long nak bercoleteh lagi hari ni. Jangan boring ya kalau ada yang terbaca entri Mak Long ni. Kali ni Mak Long nak berceloteh tentang dulu dan sekarang. Sebenarnya memang Mak Long dah berbulan-bulan tak update blog ni. Masuk pun tidak. Memang tak sempat. Sibuk dengan karier utama, menyiapkan sedikit-sedikit tempahan bila waktu cuti dan menghadiri kelas baking tak kira kek, cream puff or biskut.

Bila Mak Long buka balik blog Mak Long ni, alahai kesiannya. Rasa macam tuannya dah tak ada. Walhal tuannya alhamdulillah sihat walafiat. Masa tulah Mak Long berazam nak update balik blog Mak Long dengan resepi-resepi masakan yang Mak Long buat sepanjang Mak Long tak jenguk blog ni.

Bila dah buka blog tu, mulalah Mak Long belek entri lama-lama. Resepi, gambar-gambar dan masakan-masakan yang Mak cuba sebelum ni. Terpaku sebentar Mak Long bila gambar kek moist Mak Long dan dekonya yang dahulu. Mak Long tak kata sekarang Mak Long bagus tapi alhamdulillah rasanya dah lebih baik dari dulu.

Rasa macam nak buang jer entri yang terdahulu, tapi bila difikirkan semua, 'iskkk kenapa nak buang'. Semua tu kan kenangan. Kenangan waktu mula-mula menceburi bila baking. Bila tak ada ilmu, tak der kemahiran atau kepandaian tapi masih nak mencuba. Practise Make Perfect. Alhamdulillah dengan peredaran masa, menuntut ilmu di sana sini, membaca pelbagai blog, tidak berputus asa dan sentiasa mencuba walaupun menemui kegagalan akhirnya berjaya juga Mak Long membaiki kelemahan-kelemahan Mak Long terdahulu.

Oh ya semua photo coklat Moist ni adalah antara yang ditempah oleh customer Mak Long. Terima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi sokongan kepada Mak Long. Terima kasih juga kerana sentiasa menempah dan memberi respon yang baik kepada Mak Long.



Sampai di sini dahulu celoteh Mak Long. Nanti Mak Long sambung lagi. Mak Long nak ke pasar malam. Hujan-hujan sebegini terasa lapar lak. Pagi-pagi esok Mak Long kena bangun awal-awal bagi untuk menyiapkan tempahan kek untuk hari Raya Aidiladha.

Semoga berjumpa lagi dalam celoteh Mak Long. :)