Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

Ikan Masin Tenggiri

Salam 1Malaysia ... ^_^

Hari ni saya nak kongsikan resepi paling mudah dan ringkas. Sambil pejam mata pun dah boleh siapkan. Walaupun senang tapi sedap. Cubit sikit dan gaul dengan nasi panas, tak pandang dah lauk lain.Menu pilihan saya hari ni adalah Ikan Tenggiri Masin.



Bahan-bahan yang digunakan cuma Ikan Tenggiri Masin, dua biji bawang besar dan 5 batang cili padi. Ikan masin digoreng hingga masak dan kemudian dihidangkan dalam pinggan setelah siap. Ambil bawang dan hiris harus. Cili padi dibelah tengah tapi jangan sampai hujung. Panaskan kuali, masukkan bawang dan cili tadi. Agak-agak kekuningan, angkat dan letakkan atas ikan masin. 




Tuesday, 3 April 2012

Ikan Bilis Goreng

Assalamualaikum

Hari ni saya nak berkongsi resepi paling mudah. Ini untuk menu orang bujang. Rasa-rasa malas nak masak tu, buat ikan bilis goreng makan dengan nasi panas. Alamak berseleranya makan.

Bila makan ikan bilis goreng ni mesti ingat kat abang angkat saya, abang Lan. Tiap kali pergi rumah dia, mesti isteri dia masakkan ikan bilis goreng kesukaan abang Lan.



Bahan-bahan:

  • 2 genggam ikan bilis (dikupas dan dibuang tahinya)
  • Dua biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 biji cabai kering dipotong dua.



Langkah-Langkah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Dalam kuali yang lain, masukkan sedikit minyak.
  5. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar dan cabai kering. Kacau hingga naik baunya.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau dua tiga kali dan kemudian hidangkan dalam piring.

Monday, 16 January 2012

Masak Merah Ikan Bawal

Selain daripada masak tom yam campur sebagai hidangan tengah hari, saya juga masak ikan bawal masak merah. Lama benar tak makan ikan bawal masak merah, salah satu makanan kegemaran saya. Diringkas cerita, saya kongsikan resepi masak merah ikan bawal ni.


3 ekor ikan dipotong dan dibasuh. Bubuh kunyit dan garam kemudian gorengkan dalam minyak yang panas.  Manakala untuk kuah pula, blender 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dan 1 batang serai. Selepas ikan siap digorengkan, buang sedikit minyak ikan tadi. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah diblender tadi bersama 1 batang kayu manis, bunga 1 kuntum bunga lawang dan 2 kuntum bunga cengkih hingga naik baunya. Bubuh sedikit garam dan ajinomoto. Lepas tu, masukkan 3 sudu cili kering yang telah di blender, biar hingga naik minyak (kalau tidak nanti terasa cabainya). Masukkan juga 2 sudu cili sos dan sedikit air. Agak-agak nak masak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah sebagai hiasan. Bila dah siap, tuangkan kuah masak merah tadi ke dalam ikan.

***Kalau nak masukkan ikan ke dalam kuali pun boleh juga sebelum dihidangkan. tapi tak perlu lama-lama***



Sunday, 1 January 2012

Hidangan Tengah Hari

 Hari ni saya bekerjasama dengan mak di dapur memasak tiga hidangan iaitu sotong masak kicap, ikan masak cuka (resepi ni saya dapat dari mak) dan akhirnya kubis goreng kunyit. Kubis goreng kunyit dan ikan masak cuka ni first time belajar cara nak membuatnya. Selama ni makan dikedai mamak saja bagi kubis goreng kunyit dan ikan plak biasanya mak yang masak, hari ni saya dok mencuba .... hehe

Sotong Masak Kicap

Bahan-Bahan:
  • 1 kilo sotong, dibersihkan.
  • 1 biji bawang besar ditumbuk, 1 biji lagi dipotong bulat untuk hiasan.
  • 3 biji bawang putih ditumbuk
  • Sedikit lada benggala merah dan hijau (dipotong memanjang)
  • Kicap
  • Garam, ajinomoto
Cara Penyediaannya:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditmbuk tadi di dalam kuali hingga naik baunya.
  • Bubuh garam dan ajinomoto
  • Kemudian masukkan kicap, kacau dan masukkan sotong. 
  • Agak-agak dekat nak masak, masukkan lada benggala dan bawang yang telah dipotong bulat tadi. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian angkat dan boleh dihidang.


Ikan Masak Cuka


Bahan-Bahan:
  • 5 ekor ikan merah disiang dan dibasuh dengan limau.
  • Sedikit cuka
  • Sedikit biji sawi
  • 1 biji bawang besar dihiris dan 1 biji lagi dipotong bulat
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 4 biji cili merah dibelah memanjang
  • Garam dan ajinomoto.
Cara Penyediannya:
  1. Ikan digoreng dahulu 
  2. Setelah siap, angkat dan ketepikan. Isikan sedikit minyak di dalam kuali, tumis wang besar yang dihiris dan bawang putih. Masukkan biji sawi. Biar sampai naik baunya.
  3. Masukkan garam dan ajinomoto dan kemudian masukkan cuka. Selepas itu isikan air dan biarkan ia menggelegak.
  4. Kemudian masukkan ikan merah tadi, cili merah dan bawang besar yang telah dipotong. Kacau seketika dan kemudian boleh dihidangkan.
Kubis Goreng Kunyit



Bahan-Bahan:
  • Sayur kubis
  • 2 batang lobak merah
  • Sedikit biji sawi
  • 1 biji bawang besar (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 sudu minyak bijan
  • Daun kari
  • 2 biji cili merah (hiris halus)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam




Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dalam minyak yang panas. Masukkan garam dan ajinomoto. Kemudian masukkan biji sawi, daun kari dan minyak bijan. Kacau hingga naik baunya. Masukkan sedikit kunyit pula.
  2. Masukkan kubis bulat dan lobak merah yang telah dipotong. Kacau dan akhir sekali masukkan cili merah yang telah dihiris halu.
  3. Masak dan hidangkan bila siap dimasak.


Sunday, 25 December 2011

Siakap 3 Rasa

Hari ni saya mencuba untuk memasak Siakap 3 Rasa. Balik kerja semalam terus singgah Tesco cari ikan siakap dan bahan-bahan yang lain. Resepi ikan siakap 3 rasa ni diberi oleh rakan sekerja saya. Rupanya senang saja nak masak siakap ni. Bahan-bahan yang digunakan taklah rumit sangat, mudah didapati. Saya ni kalau cari bahan-bahan yang saya jarang gunakan memang masalah skit, al-maklumlah tak beberapa nak kenal hehehe .... orang jarang masuk dapur katakan. Cuma sejak dua menjak ni jer .... hehehe dapat hobi baru memasak, belajar dan mencari kelainan dalam memasak .... ^_^

Di sini saya kongsikan bagaimana mahu memasak siakap 3 rasa ni.

Bahan-Bahan:
  • Seekor ikan siakap (disiang dan dicuci dengan limau untuk hilangkan bau hanyirnya)
  • Lada Benggala (Merah dan hijau)
  • Tomato (sebiji dah cukup tapi saya terpotong dua biji ^_^)
  • Nenas (Tapi saya tak bubuh kerana tak dapat cari nenas di kedai hari ni)
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • Halia dihiris halus
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 1 sudu cili kering yang dikisar
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit air
  • Garam
  • Tepung jagung (untuk disalut pada ikan, tapi saya tak bubuh, hanya gaul dengan kunyit sahaja)

Cara Penyediaan:
  • Ikan siakap dilumurkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak. Goreng sampai garing.
  • Setelah siap digoreng angkat dan hidangkan dalam pinggan.
  • Manakala bahan untuk kuahnya pula, minyak tadi diangkat, hanya tinggalkan 3 sudu saja dalam kuali. Tumis halia, bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering, sos cili, sos tomata dan sos tiram. Kemudian isikan air sedikit.
  • Akhir sekali masukkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan tomato.
  • Setelah siap, letakkan sos ke atas ikan tadi.