Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Monday, 1 October 2012

Sambal Sotong


Ini entri terakhir saya update untuk hari ni. Penat juga ya update entri ni. Tambahan banyak masakan-masakan saya yang lama tidak saya masukkan. Sebenarnya banyak lagi photo-photo masakan saya tetapi cukuplah sambal sotong ini yang terakhir untuk hari ni. Selebihnya saya akan sambung esok. Mata saya juga semakin lama makin layu dihadapan komputer ini.

Resepi sambal sotong ni saya warisi dari emak kesayangan saya.


Bahan-Bahan:

  • 1 kilo sotong
  • Cili kering dikisar (3 sudu)
  • 1 biji bawang besar ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam



Langkah-Langkah:


  1. Panaskan sedikit minyak dalam kualai.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk lumat. Bubuh sedikit garam. Kacau hingga naik baunya.
  3. Masukkan 3 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas boleh bubuh lebih). Kacau dan biar sampai naik minyaknya.
  4. Kemudian, masukkan sotong dan sedikit air asam jawa. Kacau hingga masak.
  5. Setelah siap bolehlah dihidangkan.

Sotong Masak Kunyit

Kali ni saya nak kongsikan resepi sotong masak kunyit. Paling senang nak buat. Resepinya memang saya warisi dari emak kesayangannya. Paling mudah juga untuk buat. Sesuai juga untuk dimakan oleh anak-anak kecil kerana tidak pedas.



Bahan-Bahan:


  • 1 kilo sotong (dipotong dan dibasuh bersih-bersih)
  • 1 biji bawang besar ditumbuk lumat dan 1 biji lagi dipotong bulat (untuk hiasan)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat bersama bawang besar
  •  Sedikit lada hitam (kalau nak masukkan, tapi saya tak masukkan). Lada hitam ditumbuk juga.
  • 3 biji cabai merah dipotong memang (hiasan)
  • Sebelah lada benggala (dipotong dadu juga untuk hiasan, kalau tak nak pun tak apa)
  • 1 biji tomato (dibelah empat, untuk hiasan)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam


Langkah-Langkah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat tadi. Kacau hingga naik baunya. Masukkan sedit garam.
  3. Kemudian masukkan lada hitam (kalau yang mahu tetapi saya tidak masukkan)
  4. Masukkan juga kunyit. Kacau.
  5. Masukkan sotong yang telah dibasuhkan dan yang telah ditos air.
  6. Biarkan sehingga sotong masak.
  7. Bila hampir-hampir masak masukkan lada benggala, cabai merah, tomato dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau seketika. Jangan terlalu lama.
  8. Siap masak, angkat dan hidangkan.



Beginilah hasilnya ..... 


Sunday, 1 January 2012

Hidangan Tengah Hari

 Hari ni saya bekerjasama dengan mak di dapur memasak tiga hidangan iaitu sotong masak kicap, ikan masak cuka (resepi ni saya dapat dari mak) dan akhirnya kubis goreng kunyit. Kubis goreng kunyit dan ikan masak cuka ni first time belajar cara nak membuatnya. Selama ni makan dikedai mamak saja bagi kubis goreng kunyit dan ikan plak biasanya mak yang masak, hari ni saya dok mencuba .... hehe

Sotong Masak Kicap

Bahan-Bahan:
  • 1 kilo sotong, dibersihkan.
  • 1 biji bawang besar ditumbuk, 1 biji lagi dipotong bulat untuk hiasan.
  • 3 biji bawang putih ditumbuk
  • Sedikit lada benggala merah dan hijau (dipotong memanjang)
  • Kicap
  • Garam, ajinomoto
Cara Penyediaannya:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditmbuk tadi di dalam kuali hingga naik baunya.
  • Bubuh garam dan ajinomoto
  • Kemudian masukkan kicap, kacau dan masukkan sotong. 
  • Agak-agak dekat nak masak, masukkan lada benggala dan bawang yang telah dipotong bulat tadi. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian angkat dan boleh dihidang.


Ikan Masak Cuka


Bahan-Bahan:
  • 5 ekor ikan merah disiang dan dibasuh dengan limau.
  • Sedikit cuka
  • Sedikit biji sawi
  • 1 biji bawang besar dihiris dan 1 biji lagi dipotong bulat
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 4 biji cili merah dibelah memanjang
  • Garam dan ajinomoto.
Cara Penyediannya:
  1. Ikan digoreng dahulu 
  2. Setelah siap, angkat dan ketepikan. Isikan sedikit minyak di dalam kuali, tumis wang besar yang dihiris dan bawang putih. Masukkan biji sawi. Biar sampai naik baunya.
  3. Masukkan garam dan ajinomoto dan kemudian masukkan cuka. Selepas itu isikan air dan biarkan ia menggelegak.
  4. Kemudian masukkan ikan merah tadi, cili merah dan bawang besar yang telah dipotong. Kacau seketika dan kemudian boleh dihidangkan.
Kubis Goreng Kunyit



Bahan-Bahan:
  • Sayur kubis
  • 2 batang lobak merah
  • Sedikit biji sawi
  • 1 biji bawang besar (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 sudu minyak bijan
  • Daun kari
  • 2 biji cili merah (hiris halus)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam




Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dalam minyak yang panas. Masukkan garam dan ajinomoto. Kemudian masukkan biji sawi, daun kari dan minyak bijan. Kacau hingga naik baunya. Masukkan sedikit kunyit pula.
  2. Masukkan kubis bulat dan lobak merah yang telah dipotong. Kacau dan akhir sekali masukkan cili merah yang telah dihiris halu.
  3. Masak dan hidangkan bila siap dimasak.


Saturday, 26 November 2011

Sotong Goreng Kunyit

Sotong goreng kunyit menjadi pilihan saya. Banyak-banyak makanan laut, sotong adalah kegemaran saya. Kalau ada sotong tengoklah betapa seleranya saya makan.

Sotong ni saya makan dengan nasi hujan panas, ayam panggang dan juga sayur kucai.



Bahan-bahan:
  • 1 kilo sotong
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Kunyit
  • Cabai muda
  • Garam
Cara Penyediaan:
  1. Sotong direbus dahulu untuk membuang airnya.
  2. Tumbuk sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih hingga lumat.
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak.
  4. Tumiskan bawang tadi hingga naik baunya. Bubuh garam dan kunyit.
  5. Masukkan sotong yang telah direbus tadi.
  6. Kemudian hiris bulat- bulat bawang besar dan masukkan ke dalam kuali bersama cabai muda.
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama keluarga.