Saturday 6 October 2012

Agar-Agar Rose Santan




Kek Coklat Lembap


Happy Birthday untuk manja saya Danish pada 1 Oktober 2012 dan kedua-dua adik saya pada 28 dan 29  September 2012. 

Bagi meraikan ketiga-tiga insan yang saya sayang ni, saya anjurkan satu birthday party kecil-kecilan untuk mereka. Hanya keluarga terdekat saja yang dijemput. Saya sangat gembira kerana dapat membahagiakan insan-insan yang tersayang especially cinta hati saya Danish.

Awal-awal lagi saya dah tanya Danish, nak apa untuk hadiah birthday. Dia kata nak kek angry bird warna htam. Mula-mula nak beli untuk Danish tapi fikir punya fikir baik saya buat. So kali ni saya mencuba buat kek coklat lembap. Pertama kali mencuba. Alhamdulillah menjadi. 

Cuma bahagian hiasan memang saya gagal punya. Tak pernah menghias. Saya pergi kedai kek, cari patung angry bird, gi Tesco dapat kuntuman rose ni. Tabur coklat rise dan yang berwarna warni atas kek, bubuh patung angry bird dan bunga. Akhirnya siap kek angry bird untuk Danish.

Tapi sebenarnya, saya beli juga kat kedai, kek angry bird warna kuning khas untuk Danish. So kek coklat lembap ni dipotong oleh kedua-dua adik saya dan kek angry bird yang dibeli dari kedai dipotong oleh Danish. Tapi kek saya habis dahulu. Kata tetamu yang hadir, sedap. Ohhhh kembang lagilah hidung saya bila percubaan pertama saya menjadi.





Kek Angry Bird warna kuning yang dibeli khas untuk Danish



Birthday Boy tengah termenung ......


Antara juadah yang hidangkan ....

Wednesday 3 October 2012

Muffin Coklat Cornflakes





Kek Batik Aurora

Saya masih mencuba untuk membuat kek batik Aurora. Bermain-main dengan warna. Walaupun tidak secantik mana tetapi saya tetap berpuas hati kerana pertama rasanya memang sedap (siapa nak puji diri sendiri kalau memang bukan diri sendiri), kedua pilihan warna yang saya gunakan lebih menarik dari mula-mula saya buat.

Apa-apa pun saya tetap berpuas hati atas cubaan saya kali ni.




Saya gunakan beberapa pewarna seperti warna asli (warna butter), biru, oren, pink dan coklat. Hasilnya adalah seperti gambar ini.




Muffin Oren Cherry







Kek Marble








Tuesday 2 October 2012

Ikan Masin Tenggiri

Salam 1Malaysia ... ^_^

Hari ni saya nak kongsikan resepi paling mudah dan ringkas. Sambil pejam mata pun dah boleh siapkan. Walaupun senang tapi sedap. Cubit sikit dan gaul dengan nasi panas, tak pandang dah lauk lain.Menu pilihan saya hari ni adalah Ikan Tenggiri Masin.



Bahan-bahan yang digunakan cuma Ikan Tenggiri Masin, dua biji bawang besar dan 5 batang cili padi. Ikan masin digoreng hingga masak dan kemudian dihidangkan dalam pinggan setelah siap. Ambil bawang dan hiris harus. Cili padi dibelah tengah tapi jangan sampai hujung. Panaskan kuali, masukkan bawang dan cili tadi. Agak-agak kekuningan, angkat dan letakkan atas ikan masin. 




Kek Pandan

Baru upload photonya. Nanti baru masukkan resepinya. :)







Monday 1 October 2012

Sambal Sotong


Ini entri terakhir saya update untuk hari ni. Penat juga ya update entri ni. Tambahan banyak masakan-masakan saya yang lama tidak saya masukkan. Sebenarnya banyak lagi photo-photo masakan saya tetapi cukuplah sambal sotong ini yang terakhir untuk hari ni. Selebihnya saya akan sambung esok. Mata saya juga semakin lama makin layu dihadapan komputer ini.

Resepi sambal sotong ni saya warisi dari emak kesayangan saya.


Bahan-Bahan:

  • 1 kilo sotong
  • Cili kering dikisar (3 sudu)
  • 1 biji bawang besar ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam



Langkah-Langkah:


  1. Panaskan sedikit minyak dalam kualai.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk lumat. Bubuh sedikit garam. Kacau hingga naik baunya.
  3. Masukkan 3 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas boleh bubuh lebih). Kacau dan biar sampai naik minyaknya.
  4. Kemudian, masukkan sotong dan sedikit air asam jawa. Kacau hingga masak.
  5. Setelah siap bolehlah dihidangkan.

Mi Hailam



Mi Hailam lagi. Saya ni rajin sangat-sangat masak mi hailam kerana bagi saya mudah untuk memasaknya dan kesukaan saya.

Untuk entri kali ni saya just masukkan photonya sahaja. Bagi sesiapa yang nak resepi mi hailam ni sila klik kat bahagian label tepi ni, pilih masakan mi. Nanti akan keluar masakan mi yang pernah saya masak. Jadi bagi yang berminat nak dapatkan resepi sila klik kat situ. Sama aja. ^_^





Sotong Masak Kunyit

Kali ni saya nak kongsikan resepi sotong masak kunyit. Paling senang nak buat. Resepinya memang saya warisi dari emak kesayangannya. Paling mudah juga untuk buat. Sesuai juga untuk dimakan oleh anak-anak kecil kerana tidak pedas.



Bahan-Bahan:


  • 1 kilo sotong (dipotong dan dibasuh bersih-bersih)
  • 1 biji bawang besar ditumbuk lumat dan 1 biji lagi dipotong bulat (untuk hiasan)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat bersama bawang besar
  •  Sedikit lada hitam (kalau nak masukkan, tapi saya tak masukkan). Lada hitam ditumbuk juga.
  • 3 biji cabai merah dipotong memang (hiasan)
  • Sebelah lada benggala (dipotong dadu juga untuk hiasan, kalau tak nak pun tak apa)
  • 1 biji tomato (dibelah empat, untuk hiasan)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam


Langkah-Langkah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat tadi. Kacau hingga naik baunya. Masukkan sedit garam.
  3. Kemudian masukkan lada hitam (kalau yang mahu tetapi saya tidak masukkan)
  4. Masukkan juga kunyit. Kacau.
  5. Masukkan sotong yang telah dibasuhkan dan yang telah ditos air.
  6. Biarkan sehingga sotong masak.
  7. Bila hampir-hampir masak masukkan lada benggala, cabai merah, tomato dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau seketika. Jangan terlalu lama.
  8. Siap masak, angkat dan hidangkan.



Beginilah hasilnya ..... 


Bendi Tumis Telur

Sebenarnya saya dah tak ingat bila saya buat bendi tumis telur ni. Kalau ikutkan di facebook (saya upload photonya di sana), saya telah memasaknya sekitar bulan Jun. Kelakarnya saya, sampai tak ingat bila membuatnya. Itupun nasib baik ada upload gambar kat facebook kalau tidak langsung tak ingat.

Apa-apa pun lupakan saja tentang kelupaan saya itu. Semuanya silap saya yang tak update blog ni sekian lama.

So untuk memendekkan cerita saya ceritakan bagaimana nak masak tumis bendi telur ni. Memang sedap sangat. Cubalah.



Bahan-Bahan:

  • Bendi 500 gm (Dibasuh dahulu sebelum dipotong untuk mengelekkan bendi itu berlendir)
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • Cili masak dipotong (hiasan)
  • Ikan bilis (agak-agak nak berapa banyak). Ikan bilis juga boleh digantikan dengan udang tetapi saya lebih suka gunakan ikan bilis sebagai perencahnya.
  • 3 biji telur
  • 1 kiub stok ayam (nak bubuh pun boleh tak nak bubuh pun boleh. Tapi kalau saya memang confirm saya bubuh).
  • Sedikit garam


Langkah-langkah:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.  Biarkan hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang. Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan kiub pati ayam dan pecahkan tiga biji telur tadi. Kacau hingga telur itu pecah-pecah dalam kuali.
  5. Setelah itu masukkan bendi dan cili merah yang telah dipotong. Jangan masak bendi terlalu lama kerana bimbang bendi akan jadi terlalu lembik.



Sudah siap bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga tercinta.

Lama tak update

Assalamualaikum ...

Lama tak update blog ni. Entri terakhir yang saya masukkan adalah bulan April. Sekarang dah bulan Oktober. Lebih kurang 6 bulan saya menyepikan diri dari dunia blog. Bukan melarikan diri atau melupakan dunia masakan. I love cooking. Dunia masakan tidak dapat dipisahkan dari saya. Saya masih memasak dan mencuba resepi-resepi baru. Masih juga mengambil photo-photo setiap masakan saya tetapi saya tidak berkesempatan untuk update dalam blog ini. Sibuk dengan kerja, masalah-masalah peribadi dan sebagainya.

Apa-apa pun saya akan cuba untuk aktif semula. Bukan untuk menarik bilangan pengunjung ke blog saya tetapi matlamat utama penubuhan blog ini adalah menyimpan semua koleksi masakan yang saya telah masak. Di mana resepi-resepi itu saya dapat dari ibu, internet, rakan-rakan dan juga dari buku-buku resepi. Oh ya, saya juga adalah pengumpul buku-buku dan majalah-majalah masakan. Mungkin satu hari nanti saya boleh tangkap photo koleksi buku-buku saya.

Saya stop sini dulu. Nak prepare untuk kelas. Sebenarnya saya di office sekarang ini. Waktu rehat sementara menunggu jam 2.30 petang.