Thursday 29 December 2011

Sambal Kentang

Sambal kentang ni saya buat sebentar tadi. Buat sedikit sahaja sebagai tambahan lauk untuk makan malam. Ini antara makanan kegemaran saya. Apa-apa sahaja yang diperbuat dari kentang memang akan menambahkan selera makan.

Senang saja nak buat. Bahan-bahannya pun tak banyak. Saya gunakan apa sahaja yang ada dirumah.

Pertama ambil 4 biji kentang dan dipotong, basuh dan goreng dahulu. 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 6 biji cili kering di blender. Tumis semua bahan-bahan ni dalam kuali hingga naik baunya atau naik minyaknya. Pas tu masukkan kentang yang telah digoreng. Kacau sebentar dan angkat.

Kan mudah jer tu hehehe ....




Monday 26 December 2011

Bubur Sagu


Bahan-Bahan:
  • Sagu
  • Pewarna merah
  • 2 biji kelapa
  • Daun pandan
  • Garam
  • Sedikit air


Cara Penyediaan:
  1. Isikan air di dalam periuk, kemudian isikan sagu dan pewarna merah (kalau beli sagu kaler merah terus lagi baik). Kacau hingga kembang.
  2. Setelah kembang angkat dan masukkan ke dalam bekas (lihat gambar kedua kalau nak lagi mudah faham .... hehe)
  3. Untuk membuat kuahnya, masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan juga sedikit air dan daun pandan.
  4. Kacau kerap supaya santan tidak pecah.. Setelah masak masukkan kuah ke dalam bekas berisi sagu tadi. Tapi sebelum dimasukkan kuah, sagu hendak dipotong mengikut citarasa anda.




Agar-Agar Pandan Bersantan


Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus agar-agar
  • Sebiji Kelapa (Santan)
  • Pewarna dan perasa pandan
  • Daun Pandan
  • 1 biji telur
  • Gula
  • Air
Cara Penyediaannya:
  1. Masukkan air di dalam periuk. Panaskan. Bubuh daun pandan yang telah disimpul. Kemudian masukkan agar-agar dan biarkan sehingga larut/ cair.
  2. Masukkan gula dan kacau.
  3. Masukkan pewarna dan perisa pandan.
  4. Pukul telur bersama santan dan kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi.
  5. Setelah siap isikan di dalam bekas, biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti ais.

Kek Lapis Pelangi

Hari ini birthday Cham Cham permata hati saya yang keempat. Sejak awal pagi lagi saya sibuk di dapur hingga lewat tengah hari menyiapkan jamuan kecil yang akan diadakan di rumah saya pada jam 1. Sempena birthday Cham Cham saya ambil kesempatan mencuba beberapa masakan yang pernah saya buat beberapa kali iaitu kek lapis pelangi, puding roti (saya pernah menulis entri tentang puding roti sebelum ini), agar-agar pandan bersantan dan juga mencuba resepi baru iaitu bubur sagu.

Alhamdulillah menjadi juga kesemuanya dan kembang kempis jugalah hidung saya bila dipuji oleh mak cik-mak cik saya hehehe ....

Di bawah ini saya sertakan resepi kek lapis pelangi. Selamat mencuba .....


Bahan-Bahannya:
  • 1 cawan planta
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung kek
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu cair
  • esen vanilla
  • Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara Penyediaannya:
  1. Pukul marjerin dan gula kastor hingga kembang
  2. Setelah kembang,  masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
  3. Kemudian, masukkan esen vanila dan susu cair tadi dan pukul lagi.
  4. Masukkan dua cawan tepung kek dan pukul.
  5. Kemudiannya, asingkan adunan tadi kepada tiga bahagian. Setiap bahagian dibubur pewarna yang berbeza iaitu hijau, kuning dan merah.
  6. Sapukan loyang dengan mentega. Masukkan lapisan demi lapisan adunan tadi.
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C  dalam 40 minit.

Sunday 25 December 2011

Siakap 3 Rasa

Hari ni saya mencuba untuk memasak Siakap 3 Rasa. Balik kerja semalam terus singgah Tesco cari ikan siakap dan bahan-bahan yang lain. Resepi ikan siakap 3 rasa ni diberi oleh rakan sekerja saya. Rupanya senang saja nak masak siakap ni. Bahan-bahan yang digunakan taklah rumit sangat, mudah didapati. Saya ni kalau cari bahan-bahan yang saya jarang gunakan memang masalah skit, al-maklumlah tak beberapa nak kenal hehehe .... orang jarang masuk dapur katakan. Cuma sejak dua menjak ni jer .... hehehe dapat hobi baru memasak, belajar dan mencari kelainan dalam memasak .... ^_^

Di sini saya kongsikan bagaimana mahu memasak siakap 3 rasa ni.

Bahan-Bahan:
  • Seekor ikan siakap (disiang dan dicuci dengan limau untuk hilangkan bau hanyirnya)
  • Lada Benggala (Merah dan hijau)
  • Tomato (sebiji dah cukup tapi saya terpotong dua biji ^_^)
  • Nenas (Tapi saya tak bubuh kerana tak dapat cari nenas di kedai hari ni)
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • Halia dihiris halus
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 1 sudu cili kering yang dikisar
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit air
  • Garam
  • Tepung jagung (untuk disalut pada ikan, tapi saya tak bubuh, hanya gaul dengan kunyit sahaja)

Cara Penyediaan:
  • Ikan siakap dilumurkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak. Goreng sampai garing.
  • Setelah siap digoreng angkat dan hidangkan dalam pinggan.
  • Manakala bahan untuk kuahnya pula, minyak tadi diangkat, hanya tinggalkan 3 sudu saja dalam kuali. Tumis halia, bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering, sos cili, sos tomata dan sos tiram. Kemudian isikan air sedikit.
  • Akhir sekali masukkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan tomato.
  • Setelah siap, letakkan sos ke atas ikan tadi.


Wednesday 21 December 2011

Sup Ayam

Assalamualaikum sahabat yang mengunjungi blog saya.

Hari ni saya nak berkongsi resepi mudah iaitu sup ayam. Hari ni kebetulan saya masuk kerja lambat jadi sempatlah saya menyiapkan makan tengah hari untuk tok dan opah. Resepi ni saya dapat dari mak. 



Bahan-Bahannya:
  • Ayam sebelah dipotong kecil
  • 4 biji ubi kentang dipotong empat
  • 2 punjut sup adabi
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih 
  • Sedikit halia, dipotong halus
  • 5 biji  cili padi  dibelah memanjang (kalau nak pedas boleh tumbuk lada hitam, tapi saya tak bubuh)
  • Daun sup dan daun bawang dipotong halus
  • Garam
  • Air
****Selain ubi kentang boleh juga dimasukkan lobak merah atau bebola ikan, tapi saya tak bubuh kerana hanya ada ubi kentang saja di rumah, tak sempat nak membeli di kedai***


Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air di dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan sup punjut adabi, garam dan juga sedikit ajinomoto.
  3. Masukkan kentang biarkan hingga empuk.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah direbus (ayam direbus terlebih dahulu)
  5. Bila hampir masak masukkan cili padi dan juga daun sup dan daun bawang.
  6. Angkat dan hidangkan untuk dimakan.

Roti Bakar

Assalamualaikum dan selamat pagi ...

Sarapan pagi hari ni simple sahaja. Roti bakar. Senang di masak dan cepat di makan. Untuk buat roti bakar ni tak susah sangat cuma perlukan Roti Gardenia (saya buat 8 keping masa ni), planta dan kaya.



Mula-mula sekali sapukan planta atas setiap lapisan roti.


Kemudian letak sekaya untuk lapisan kedua dan kemudian satukan dua keping roti dan bakar atas pembakar roti sandwich.


Setelah siap dimasak inilah hasilnya. Makan masa panas-panas memang sedap. ^_^

Tuesday 20 December 2011

Puding Roti

Masa kat office kepala saya dok memikir apa perancangan saya untuk masak petang nanti .... hahaha orang suruh kerja tapi dok memikir menu apa nak masak hehehe ... haru biru toi saya. Tapi apa nak buat, sejak dua menjak ni saya rajin membeli buku-buku resepi jadi saya rajinlah mencuba resepi-resepi baru. Rasanya sikit lagi makin menjadi-jadilah naiknya badan saya. ^_^

Resepi puding roti ni saya ambil dalam majalah saji keluaran bulan Januari. 



Bahan-Bahan:
  • 4 keping roti
  • 550 ml susu segar
  • 6 biji telur
  • 45 gm gula halus
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit kismis


Cara Penyediaannya:
  1. Potong roti tiga segi. Buangkan kulit tepinya.
  2. Panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih.
  3. Pukul telur dan gula sehingga kmbang. Masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard sehingga sebati.
  5. Tuangkan campuran di atas susunan roti. Biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit. Setelah masak angkat dan hidangkan.

Mi Goreng

Pagi ni sebelum pergi kerja saya telah siapkan sarapan pagi untuk tok dan opah. Mulanya mak nak beli jer sarapan pagi tapi saya bagi tau kat mak saya nak buat. Kebetulan saya lihat ada mi kuning dalam almari. Saya minta resepi dari mak. Saya ni tak beberapa pandai nak masak mi goreng, kalau buat mi hailam saya pandai. Mi hailam saya memang cukup terkenal dalam kalangan keluarga. 

Resepi mak saya ni mudah sangat. Tak perlu bahan yang banyak. Tapi percayalah, sedap sampai menjilat jari. .. hehehe alamak puji nampak. 

Sorry lah yer gambar tak beberapa jelas, tak faham benor saya ngan kamera saya, kadangkala jelas, kadangkala tidak .... tapi nak buat cam mana ... redha jer lah hehehe ....



Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus mi kuning
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 2 biji cabai muda dan hiris halus
  • Sayur Kobis (tapi lebih baik kalau bubuh sayur sawi. Kebetulan dalam peti ais saya cuma ada kubis)
  • Ikan bilis
  • Dua biji telur
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Garam


Cara Penyediaan:
  1. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk lumat. Masukkan cili padi, tumbuk. Kemudiannya masukkan ikan bilis dan ditumbuk bersama bahan-bahan tadi. tapi jangan lumat sangat ikan bilis tu.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya. Bubuh sedikit garam.
  3. Bubuh sedikit sos tiram
  4. Masukkan mi kuning tadi, kacau hingga rata.
  5. Bubuh kicap dan kemudian masukkan sayur kobis dan cabai muda yang telah dihiris.
  6. Kemudian tolakkan mi ke tepi sedikit, dan pecahkan telur, kacau dan hancurkannya, agak-agak masak gaulkan bersama mi tadi.
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan dalam pinggan.
Senang jer kan .... ^_^



Sunday 18 December 2011

Samosa Sardin

Setiap hari Ahad saya akan berfikir-fikir, menu apa nak di masak petang ini. Hari Ahad, adik beradik mak saya (pak cik dan mak cik) akan berkumpul di rumah saya. Adik-adik saya juga biasanya akan balik. Waktu-waktu beginilah yang paling seronok, meluangkan masa bersama keluarga tercinta sambil melakukan aktiviti makan-makan.

Cadangan awal saya nak buat kek, dah lama saya teringin belajar nak membuatnya. Bahan-bahannya pula memang dah lama beli, tunggu masa nak buat. Tapi tangguh punya tangguh masih tak buat-buat lagi hingga hari ni. Dalam nak buat kek, saya dah terbayangkan samosa, akhirnya samosa sardin yang menjadi pilihan saya pada petang itu.

Oh ya terima kasih juga kepada adik ipar saya, zana kerana membantu. Tanpa dia, tak tahu bagaimana saya nak melipat kulit popia ni jadi tiga segi.... hehehe...

Samosa Sardin yang telah siap digoreng


Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • 7 biji ubi kentang
  • 1 tin sardin (suka hati nak jenama apa hehe)
  • Rempah kari ikan
  • I biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • Sedikit halia dihiris halus
  • Daun kari
  • Garam


Cara Penyediaan:
  1. Kentang dipotong dadu 
  2. Bawang besar, bawang putih dan halis yang telah dihiris halus ditumis dalam kuali. Masukkan daun kari dan garam.
  3. Setelah naik baunya, masukkan rempah ikan dan kacau
  4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kentang, biarkan kentang betul-betul empuk
  5. Masukkan ikan sardin, kacau hingga kering
  6. Kulit popia dipotong tiga (dua pun boleh)
  7. Isikan inti yang telah siap tadi ke atas kulit popia
  8. Lipat secara tiga segi (jenuh juga saya nak belajar melipatnya masa ni hehehe)
  9. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan

Menu Tengah Hari


Sambal Tumis Telur

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur ayam
  • Dua biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kering yang telah dikisar
  • Garam
  • Gula
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan sebiji bawang dan 3 ulas bawang putih yang telah ditumbuk halus, biarkan sampai naik baunya.
  3. Bubuh sedikit garam
  4. Bubuh 2 sudu cili kering yang telah dikisar tadi, biarkan hingga masak.
  5. Isikan sedikit gula dan masukkan sedikit air
  6. Bila menggelegak masukkan 6 biji telur tadi dan akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat.



Ayam Panggang

Bahan-Bahan:

  • 3 bahagian ayam
  • Sos Tiram
  • Kicap
Cara Penyediaan
  1. Ayam diperap dengan sos tiram dan kicap selama 30 minit
  2. Dibakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam

Saturday 17 December 2011

Bubur Tepung Pulut

Di sini saya kongsikan cara nak membuat bubur tepung pulut warna warni. Saya dapat resepi ni dari majalah rasa bulan Ogos. Selalunya beli jer kat pasar Ramadhan time bulan puasa. Kali ni mencuba sendiri bagaimana mahu membuatnya..


Bahan-Bahan:

Bahan Doh:
  • 240gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Pewarna hijau dan merah secukupnya
  • Garam secukup rasa
Bahan Kuah:
  • 250 ml air
  • 200 ml santan pekat
  • 125 ml gula melaka
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara Penyediannya:
  1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
  2. Bahagikan adunan doh kepada dua bahagian dan warnakan dengan warna merah serta hijau.
  3. Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya. Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  4. Apabila doh telah timbul dipermukaan air, angkat dan toskan.
  5. Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.
  6. Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam adunan kuah dan gaul sebati.
  7. Sedia untuk di makan.

Saturday 26 November 2011

Sotong Goreng Kunyit

Sotong goreng kunyit menjadi pilihan saya. Banyak-banyak makanan laut, sotong adalah kegemaran saya. Kalau ada sotong tengoklah betapa seleranya saya makan.

Sotong ni saya makan dengan nasi hujan panas, ayam panggang dan juga sayur kucai.



Bahan-bahan:
  • 1 kilo sotong
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Kunyit
  • Cabai muda
  • Garam
Cara Penyediaan:
  1. Sotong direbus dahulu untuk membuang airnya.
  2. Tumbuk sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih hingga lumat.
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak.
  4. Tumiskan bawang tadi hingga naik baunya. Bubuh garam dan kunyit.
  5. Masukkan sotong yang telah direbus tadi.
  6. Kemudian hiris bulat- bulat bawang besar dan masukkan ke dalam kuali bersama cabai muda.
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama keluarga. 

Thursday 27 October 2011

Dadih

Dadih ni memang kegemaran saya dan cinta hati saya Danish dan Pa. Kalau ada dadih, lihatlah bagaimana mereka menyuapkannya ke dalam mulut mereka. Dadih ni kalau dijual kat pasal malam, RM1 satu. Apa kata kita beli sahaja bahan-bahannya, tak ke untuk. Modalnya tak banyak sangat.

Dadih ni akan bertambah sedap kalau kita simpan dalam peti ais. Bila dahaga, makan ... alamak terasa keenakkannya ....




Bahan-Bahan:
  • Sebuk dadih (seperti gambar di bawah). Ada banyak perisa di pasaran. Tapi kegemaran saya adalah keladi dan jagung.
  • 1 tin susu cair
  • Air


Serbuk dadih ni saya gemar keluaran 'nona'.

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan susu cair dan air ke dalam periuk. 
  2. Masukkan serbuk dadih
  3. Angkat dan tuangkan dalam bekas.
  4. Sejukkan dan masukkan dalampeti ais.

Tuesday 6 September 2011

Kuetiaw Pedas

Hari ini saya nak berkongsi cara nak masak kuetiaw goreng pedas. Sebenarnya ada banyak cara nak masak kuetiaw ni. Ini adalah cara paling mudah dan senang. 


Bahan-Bahannya:

  • Kuetiaw
  • Sayur Kucai
  • Sedikit sotong dan udang (agak-agak anda untuk 1 paket kuetiaw)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili kering yang telah dikisar
  • Sedikit cili sos
  • Kicap
  • Garam
Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. 
  2. Sedikit garam dimasukkan
  3. Bila telah naik baunya, bubuh dua sudu cili kering yang telah dikisar, biarkan cili kering benar-benar masak 
  4. Masukkan sedikit cili sos
  5. Masukkan udang dan sotong tadi dan biarkan atas kuali seketika
  6. Masukkan kuetiaw, bubuh kicap
  7. Akhir sekali baru masukkan sayur kucai.

Monday 5 September 2011

Cucur Udang

Cucur udang antara masakan kegemaran saya. Sesuai sekali ketika sarapan pagi atau waktu petang. Saya paling pandai buat cucur udang. Bukannya nak meninggi diri tetapi semua orang kata macam tu. Cucur udang saya memang terkenal dalam kalangan ahli keluarga saya. ^_^


Bahan-bahannya:

  1. Tepung gandum
  2. Sayur Kucai
  3. Udang
  4. Cili padi dipotong (ikut suka nak bubuh atau tak, bagi yang suka makan pedas leh bubuh)
  5. Bawang besar dihiris
  6. Sedikit kunyit dan garam


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang, sayur kucai, cili padi dan udang di dalam mangkuk/ besen kecil
  2. Isikan sedikit air, gaulkan semuanya
  3. Isikan sedikit kunyit dan garam tadi
  4. Masukkan udang
  5. Kemudian masukkan tepung dan kacau
  6. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng hingga masak






Sup Maggie


Assalamualaikum .... moga sahabat di luar sana dalam keadaan sihat dan bahagia selalu hendaknya.Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana kita masih boleh ketemu di sini, berkongsi cerita tentang menu dan makanan kegemaran kita.

Rasanya kebanyakan dari kita suka makan maggie. Selalu kita dengar sejak kecil 'mee maggie cepat dimasak, sedap dimakan'. Memang mudah nak masak maggie. Panaskan air atas api, bila dah menggelegak airnya, bubuh maggie dan perasanya. Mudah jer kan. Cara paling mudah lagi (cara ni selalu saya gunakan masa study dulu), letakkan maggie dalam mangkuk, bubuh air panas, biarkan dalam 5 minit, lepas tu makan. Masa belajar dulu maggie ni memang wajib ada... hehe ...

Tapi kali ni saya kongsikan cara masak maggie, lainkan sedikit. Cara ni memang kegemaran saya, terutama bagi yang suka makan sayur-sayuran.

Bahan-Bahannya:
  1. Maggie Sup
  2. Ikan Bilis (agak-agak untuk sepinggan maggie)
  3. Cili Padi (3 biji)
  4. Bawang Besar sebelah dihiris halus-halus
  5. Sayur kobis (sawi pun sedap juga)
  6. Sebiji Telur


Cara Penyediaan:
  1. Pertama, rebuskan air atas dapur
  2. Bila dah menggelegak airnya, masukkan bawang besar, cili padi yang telah dipotong halus-halus  yang telah dihiris dan ikan bilis 
  3. Masukkan telur, bila telur dah masak masukkan perasa maggie (sup), masukkan sayur-sayuran yang anda suka.
  4. Maggie masuk akhir sekali supaya ia tak kembang sangat. Nanti kalau kembang sangat-sangat tak sedap.

Nasi Goreng Ikan sardin

Hari ni saya cuti. Mak pula pergi kerja. Bukan main lama saya termenung memikirkan apa yang saya nak makan untuk tengah hari ni. Nak masak lauk pauk rasa malas plak hehehe .... tiba-tiba teringat plak lama dah tak makan nasi goreng ikan sardin. Menu ni saya tak ikut mana-mana pun, ciptaaan saya sendiri. Sebenarnya nak masak nasi goreng ni bukannya susah sangat, bubuh bahan itu, bahan ini makan jadilah, asalkan jangan terlebih garam atau terkurang garam. Kot-kot ternganga lak nanti masa memakannya ^_^

Bahan-bahannya
  • Nasi
  • Ikan sardin tin
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi (kalau mau pedas boleh lebihkan bilangannya)
  • 1 biji telur
  • Kicap
  • Sayur (apa-apa sayur pun boleh janji sesuai dengan citarasa anda)
Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih
  2. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
  4. Bubuh sedikit garam dan pak aji (bagi yang makan pak aji)
  5. Bubuh sardin, biarkan masak
  6. Masukkan telur
  7. Bubuh nasi ke dalam kuali, kacau hingga sekata
  8. Bubuh kicap
  9. Masukkan sayur, biarkan hingga masak dan angkat.
Maka siaplah nasi goreng ikan sardin saya ^_^ senang jer kan .... tak yah susah-susah, biasanya semua bahan-bahan ni biasanya memang dah sedia ada di dapur rumah masing-masing.

Sunday 4 September 2011

Tempeyek Ikan Bilis

Hari ni saya mencuba buat pertama kalinya buat tempeyek. Jenuh juga yer nak membuatnya. Berpeluh-peluh juga saya kat dapur. Tak beberapa nak menjadi tapi kira ok lah boleh di makan. Mungkin saya kena mencubanya sekali lagi, ialah baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan. Selalunya kalau nak makan cari jer kat kedai atau emak kesayangan saya yang memasak.

Apa-apa pun saya tetap berpuas hati. Saya dapat resepi ni dari majalah 'Rasa'. Kalau ada nak mencuba, silalah.... hehehe ....


Bahan-Bahannya:
  • 500 gm tepung beras
  • 300 gm kacang tanah
  • Ikan Bilis
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan jintan manis & jintan putih
  • Santan




Cara Penyediaan:
  1. Campurkan tepung beras bersama bahan2 di atas. 
  2. Gaulkan hingga sebati
  3. Gunakan acuan tempeyek dan celupkan ke dalam adunan
  4. Letakkan kacang dan ikan bilis di atasnya.Publish Post
  5. Goreng hingga kekuningan