Assalamualaikum ....
Hari ni Mak Long kongsikan resepi kek coklat. Sebenarnya mudah saja membuat kek coklat ni. Mak Long menggunakan tepung kek span yang dah siap cuma tinggal bancuh dan bubuh mentega dan telur sahaja.
Sebenarnya Mak Long buat kek ni untuk memahirkan diri Mak Long dalam bab mendeko kek. Mak Long kena banyak belajar lagi dan praktis selalu supaya lebih kemas dan cantik.
Alhamdulillah puas hati juga Mak Long dengan deko Mak Long ni walaupun nampak simple.
Kebetulan masa Mak Long buat kek ni, mak cik-mak cik Mak Long ramai yang datang. Seronok betul Mak Long melihat mereka gemar memakannya. Syukur alhamdulillah untuk rezeki Mak Long yang dapat Mak Long kongsikan dengan keluarga besar Mak Long.
Oh ya, di sini Mak Long kongsikan resepi kek coklat ni:
BAHAN:
- 250gm coklat sponge mix kek
- 185gm telur (ditimbang tanpa kulit)
- 50ml air
- 75gm mentega cair
- 1 sudu teh esen vanila.
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan sponge mix, air,telur dan esen vanila. Putar hingga kembang selama 5 hingga 6 minit.
- Masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang 8' dan bakar dalam suhu 160'C dalam 40 minit (bergantung pada oven masing-masing).
BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERCREAM
- 500gm krimwell
- 250gm shortening/ butter
- 100 mlm air gula (cara buat air gula - 300 gula + 100 ml air + 2 sudu lemon jus. Masakkan air gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon).
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul krimwell dan shortening/butter hingga kembang.
- Bila dah kembang, masukkan air gula.
Apabila kek dah masak, ianya akan bangkit apabila ditekan dengan jari.
No comments:
Post a Comment