Saturday 23 November 2013

Biskut Sarang Semut

ASSALAMUALAIKUM ....

Mata Mak Long tak leh nak tidor. Cinta hati Mak Long, Danish dah lena diulit mimpi-mimpi indah. Malam ni sambil dok melayan Maharaja Lawak Mega, Mak Long nak kongsikan resepi biskut Sarang Semut. Kalau tiap kali raya mesti ada biskut ni. Favourite Mak Long dan bonda kesayangan Mak Long. Kadangkala Mak Long jual gak biskut ni time raya, cuma tahun ni jer Mak Long tak ambil tempahan untuk biskut ni sebab Mak Long lebih fokus untuk memasarkan biskut yang Mak Long belajar dalam kelas-kelas biskut yang Mak Long sertai.

So tanpa membuang masa Mak Long kongsikan resepi biskut ni. Sebenarnya resepi ni Mak Long ambil dari majalah SAJI tapi Mak Long dah lupa tahun bila dan keluaran bila sebab bila time Mak Long buat, Mak Long dah catat awal-awal resepinya kat buku catatan Mak Long.



BAHAN-BAHAN:
  • 125gm mentega
  • 50gm gula
  • 175gm tepung gandum (diayak)
  • 50gm tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit serbuk koko Van Hauten

BAHAN HIASAN
  • Mangkuk kertas
  • Coklat Urai


CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan mentega dan gula. Putar kedua-dua bahan tersebut hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Putar kembali adunan tersebut.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian kedua dibubuh serbuk koko dan uli sehingga sebati.
  5. Ambil sedikit adunan dan parut. Parut satu arah sahaja.
  6. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk kertas. Mak Long letak separuh coklat dan adunan asal.
  7. Taburkan coklat urai diatasnya.
  8. Bakar selama 15 hingga 20 minit mengikut oven masing-masing.


Sunday 17 November 2013

Biskut Arab

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI

Untuk pagi yang indah tenang ni, Mak Long nak kongsikan resepi biskut Arab. Kalau semalam Mak Long dah share resepi biskut Kristal Pelangi so this lovely morning, Mak Long nak share resepi adik-beradik biskut Kristal Pelangi iaitu biskut Arab. Kalau time raya, biskut inilah yang paling dapat tempahan paling banyak, menduduki  carta yang pertama.

Resepi untuk biskut Arab ni memang Mak Long dapat dari bonda kesayangan Mak Long. Dari segi teknik dan cara-cara pembuatannya supaya bila dah dimakan cair dimulut. Kalau tak caya boleh tempah dari Mak Long. Kalau tak nak tempah, leh ambil resepi kat sini. Mudah jer nak membuatnya. Bahan-bahan tak banyak digunakan. Tak yah pening-pening nak cari bahan-bahannya kat kedai barang-barang menjual bahan kek.  :)


BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum 1kg
  • Minyak Sapi 500gm
  • 200gm gula aising
  • Mangkuk kertas

CARA PENYEDIAAN:
  1. Panas dan sejukkan minyak sapi.
  2. Uli tepung gandum dan minyak sapi sehingga menjadi doh.
  3. Bentuk dan bulatkan seperti gambar di atas. Letakkan di atas mangkuk kertas.
  4. Bakar pada suhu 180' selama 20 minit.
  5. Selepas disejukkan taburkan gula aising.



Akhir kata Selamat Mencuba dari Mak Long.

Biskut Kristal Pelangi


ASSALAMUALAIKUM

Malam ni Mak Long nak share resepi biskut Kristal Pelangi. Dengar namanya pun dah tau kan pasti warnanya berwarna-warni. Biskut Kristal Pelangi ni merupakan salah satu favourite biskut Mak Long. Dulu masa mula-mula keluar biskut ni tak ingat year berapa, ia dikenali sebagai Biskut Saddam Hussin. Tak tau kenapa? Tapi rasanya mungkin masa tu tengah kes pencerobohan Amerika Syarikat kat Iraq kot, tu yang boleh terbubuh nama Saddam Hussin kat biskut ni. Tapi sekarang mungkin dah dikomersilkan so dah tukar nama kepada Biskut Kristal Pelangi.

Nak buat biskut ni mudah jer. Kos nak buat pun Mak Long rasa tak mahal kerana bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan tak lah mahal sangat kecuali minyak sapi. Kalau yang nak cuba resepi ni boleh cuba, kalau nak tempah dari Mak Long pun boleh. :)



BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm gula halus
  • 125gm minyak sapi (agak-agak sampai tepung tu boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras nanti tak leh nak bentuk bulat-bulat)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.



CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan tepung gandum (yang dah ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pwarna merah, hijau dan kuning. Jangan bubuh pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki..
  5. Kemudian bulatkan dan letak atas mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.



Sunday 10 November 2013

Snowy Cheese


Assalamualaikum ....

Hari ni Mak Long nak share resepi Snowy Cheese atau nama lainnya Cheese leleh bila kita buat dalam bekas-bekas kecil. Snowy Cheese ni memang meletup-letup sekarang. Buka mana-mana fb atau blog mesti ada cheese leleh ni, dah macam tsunami cheese leleh .... hehehe .... tapi memang sedap pun. Tambah-tambah bila time baru keluar dari peti ais, rasanya memang menakjubkan. Terima kasih buat RAHEL BLOGSPOT yang sudi berkongsi resepi buat Mak Long dan sahabat-sahabat dari dunia maya ini. Jadi untuk memanjangkan ilmu so Mak Long kongsikan resepi ni di blog Mak Long. Moga semua dapat manfaat daripadanya. Moga kita dapat menyediakan hidangan yang terbaik buat keluarga kita dan mencari rezeki melalui perkongsian ilmu ini. Bagi yang nak kunjungi blog RAHEL BLOGSPOT ni  sila klik kat link ni, pasti ada banyak ilmu dalam dunia masakan yang dapat kita kongsikan bersama-sama. So jangan lupa klik kat sini http://rahelblog-rahel.blogspot.com/2013/09/cheese-cake-meleleh.html

BAHAN-BAHAN:


  • 100gm tepung hongkong (Mak Long guna tepung gandum jer)
  • 60gm tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 50ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 75gm mentega cair.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayakkan dahulu bahan-bahan yang bertanda *
  2. Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali mentega cair.
  3. Pukul sampai gebu dan masukkan mentega cair. Sebatikan.
  4. Bakar dalam oven suhu 150' selama 45 minit (ikut saiz oven masing-masing)

BAHAN-BAHAN UNTUK CREAM:

  • 250gm cream cheese 
  • 120gm susu pekat
  • 50ml UHT whipping cream
*Campurkan semua bahan-bahan di atas. Adunan ini memang cair*


BAHAN-BAHAN UNTUK HIASAN:

  • 250gm (1 buku) cheddar cheese (diparut)

CARA PENYEDIAAN

  1. Kek yang telah dimasak tadi, dibelah dua. Tuangkan cheese cream pada lapisan pertama. 
  2. Lapiskan dengan lapisan kek yang kedua.
  3. Tuangkan semua baki cream cheeese tadi. Sapu rata di atas dan keliling.
  4. Parutkan cheddar cheese di atas kek tadi.


Wednesday 6 November 2013

Kelas Kek (Barbie Doll, Snowy Cheese dan German Black Forest Cheese Cake)


ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah semalam selesai kelas kek dengan Kak Yanti. Kali ni Mak Long belajar 3 jenis kek iaitu Barbie Doll, Snowy Cheese dan Black Forest Cheese Cake. Walaupun kepenatan tapi seronok sangat sebab dapat belajar ilmu yang baru. Mak Long ni baru lagi dalam dunia masakan dan baking ni so kenalah tuntut ilmu banyak-banyak dari mereka yang lebih berpengalaman selain daripada menimba ilmu dari blog masakan dan buku-buku resepi. Kelas start seawal jam 10 pagi dan tamat betul-betul bila Maghrib. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Yanti sebab banyak bagi ilmu dan teknik-teknik  yang berguna.













Saturday 2 November 2013

Cara Penyediaan Krim Mentega



ASSALAMUALAIKUM ....

Sebenarnya Mak Long tengah nak bersiap-siap nak gi keduri kahwin hari ni, tapi pagi sempat membakar sebiji kek span coklat. Lepas balik kenduri nanti nak menyiapkan tempahan kek coklat moist pula. Tapi dalam sibuk-sibuk sempat juga Mak Long update blog Mak Long. Kali ni Mak Long nak kongsikan cara-cara penyediaan krim mentega atau butter cream. 

Ada beberapa resepi di sini Mak Long dah biasa gunakan ketika membuat kek atau tempahan tetapi ada juga yang Mak Long belum cuba tetapi Mak Long ambil dari sumber-sumber tertentu yang akan Mak Long nyatakan sumbernya.

Tanpa buang masa ni dia resepi krim mentega dari Mak Long :)



SUMBER:  BUKU PANDUAN ASAS MENGHIAS KEK

KRIM MENTEGA 1

BAHAN-BAHAN:
  • 500 Krimwell
  • 200gm lelemak sayuran (shortening)
  • 160gm gula aising - diayak 2 kali
  • 2 sudu besar susu pekat (boleh diabaikan)
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1/2 sudu teh minya mentega (butter oil)

CARA PENYEDIAAN:
  1. Putar krimwell dan lelemak sayuran sehingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar.
  2. Masukkan vanila dan minyak mentega.
  3. Kemudian masukkan gula aising dan putar.

KRIM MENTEGA 2

BAHAN-BAHAN:
  • 50gm Mentega
  • 450gm Krimwell
  • 300gm sirap gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh minyak mentega (butter oil)

CARA PENYEDIAAN
  1. Putar krimwell dan mentega sehingga sebati. Masukkan sirap gula.
  2. Putar hingga gebu dan masukkan susu pekat.
  3. Akhir sekali masukkan vanila dan minyak mentega.


SUMBER: YANTI TAWAU

KRIM MENTEGA 3

BAHAN-BAHAN:

  • 400GM Krimwell
  • 200gm shortening
  • 200gm air gula (masak 1kg dula dengan 500gm-masak hingga gula larut dan sejukkan

CARA PENYEDIAAN
  1. Putar krimwell , shortening dan air gula hingga kembang