Assalamualaikum ....
Hari Sabtu datang kembali. Kebiasaannya pada hari Sabtu dan Ahad saya mencuba pelbagai resepi baru atau memantapkan lagi kemahiran saya membuat kek. Saya akan berusaha dan berusaha hingga menghasilkan yang lebih baik dan kreatif.
Hari ni saya ada tempahan kek dari mak cho saya. Saya diberi sepenuh kepercayaan dari mak cho saya untuk buat kek birthday anaknnya. Pilihan mak cho saya adalah kek coklat moist. Saya ni tak biasa buat tempahan kek untuk kek yang ada seni-seni menghias ni kecuali butter kek, marble kek, kek pelangi, muffin atau biskut. Itu dah biasa saya lakukan dan sudah biasa terima tempahan. Yang kena menghias ni baru sekarang saya sedang mencuba-cuba dan belajar.
Tapi mak cho saya suka sangat dengan setiap rasa kek yang saya buat. Ialah tiap-tiap minggu bila mereka datang ke rumah, saya akan menjamu dengan pelbagai jenis kek. Eksperimen dan test market konon-kononnya :) Pertanyaan yang biasa saya tanya "Sedap tak?", "Macam Rasanya?", "Ok tak", "Ada apa-apa komen tak?" dan alhamdulillah setakat ni respon yang saya terima adalah baik walaupun dari segi hiasan saya main campak-campak jer .... :) kena belajar banyak lagi ni ...
Walaupun saya tidak beberapa puas hati dari segi hiasan kek, namun kek saya tetap dapat pujian dari rasanya. Ramai yang tanya "Mana belajar?", "Resepi ambil kat mana?" hmmmm ... saya tak belajar mana-mana pun. Saya cari resepi kat laman web blogger masakan dan dari buku koleksi masakan saya. Kena cuba buat walaupun mengalami kegagalan. Nak hasilkan kek yang sama rasanya dan mutu yang saya sama mesti cuba berulang kali. Untuk kek coklat moist saya akui ini resepi terbaik yang saya cuba. Resepi ni saya ambil dari http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-kek-coklat-moist.html. Saya tak ubah pun resepinya. Paling senang nak ikut dan mudah kerana diajar step by step. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba boleh jenguk blog "Cahaya Cinta Ku: Resei". Klik ajar link yang saya beri.
Buat sepupu saya Alia atau lebih dikenali sebagai Ate, Selamat Hari Lahir Awg ucapkan. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Jadi anak yang baik, anak yang berbakti kepada keluarga.
Ate nampak seronok sangat semalam ...
No comments:
Post a Comment