Showing posts with label Kek Coklat Indulgent. Show all posts
Showing posts with label Kek Coklat Indulgent. Show all posts

Sunday, 16 December 2012

Choc Indugent Cake [Birthday Cham Cham]

Assalamualaikum buat pengunjug blog saya.

Hari ni bukan main penat saya, dari pagi sampai ke petang asyik dok kat dapur. Rasa dah lenguh-lenguh seluruh badan ... sakit sana sini. Walaupun keletihan, saya gagahkan juga nak siapkan entri untuk cinta hati saya Cham Cham.


Sebenarnya birthday cinta hati saya ni ialah pada 26 Disember tetapi disebabkan adik dan adik ipar saya akan pulang ke Sandakan, Sabah selama dua minggu, maka birthday party Cham Cham terpaksa diadakan awal. Bukan main seronok Cham Cham ketika memotong kek birthday dia. Asyik senyum memanjang Cham Cham.

Kek birthday Cham Cham saya yang buat. Simple saja, al-maklumlah saya ni baru belajar. Untuk Cham Cham mak long buat khas choc Indulgent kek. Moga Cham Cham suka dengan kek yang mak long buat ni. Ini saja yang termampu mak long buat khas untuk cinta hati mak long.






Inilah birthday boy. Bersemangat betul Cham Cham ketika nak potong kek. Tak sabar-sabar dia. Happy birthday Sham Alzarkasy. Moga dipanjangkan usia, murah rezeki, menjadi anak yang baik buat mak, ayah dan juga seluruh ahli keluarga. Bila besar nanti belajar pandai-pandai ya Cham Cham.


Cham Cham begitu seronok melihat lilin kek. Hmmmm sayang Cham Cham


Antara hidangan yang dihidangkan.

Thursday, 15 November 2012

Choc Indulgent Cake


Assalamualaikum ....

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog saya. Marilah kita sama-sama berhijrah menjadi yang lebih baik dan mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia, saling bermaafan dan bertolak ansur.

Sebenarnya sejak hari Isnin saya sudah start bercuti. Bermula dengan cuti Deepavali pada hari Isnin dan Selasa. Rabu pula saya ambil cuti dan hari ni cuti umum Maal Hijrah tetapi esok kerja sehari. Rumah saya riuh-rendah dengan kepulangan cinta hati saya Danish, Pa dan Yaya. Bukan main nakal mereka terutama sekali Yaya. Nampak sekali perbezaannya. Pintu besi rumah boleh dipanjatnya hingga ke atas. Pening kepala juga melihat kenakalan Yaya, ialah manalah tak gitu dua di atasnya adalah abangnya sama-sama turut nakal ^_^. Walau bagaimanapun saya tetap terhibur dengan mereka. Selalu membuat saya tersenyum, ketawa dan membebel.



Oh ya, kembali semula kepada entri saya kali ni (sudah lari tajuk ^_^), hari ni saya cuba buat Choc Indulgent Cake buat keluarga saya especially untuk cinta hati saya. Ini kali pertama saya cuba sendiri selepas belajar buat kali pertama di kelas kek.

Walaupun resepinya panjang berjela-jela seperti sinetron tetapi sebenarnya buat kek ni mudah saja tetapi kena banyak sabar. Tambahan pula saya yang baru pertama kali mencubanya sendiri. Pening juga kepala tetapi alhamdulillah akhirnya menjadi juga kek saya. 


Inilah rupa kek saya bila dah siap. Sebenarnya ada cerita di sebalik kek ni. Cream yang saya patut guna untuk hias saya terbuang. sebelum membuangnya saya terfikir-fikir, banyaknya cream yang lebih. Masa buat hari tu tak ada pula yang lebih, sukatnya memang dah betul. Tanpa buang masa terus je saya mencampak cream tu ditempat membuang sisa-sisa makanan. Bila dah tuang coklat ganache baru saya termenung dan terfikir, alamak creamnya mana? Bagaimana nak hias? Bukan main kecewa saya waktu itu. Dalam 5 minit juga saya termenung di meja dapur. Lepas itu, saya ambil choc rise dan buah ceri dalam peti ais lantas saya hias begini. Inilah kisah sedih saya semasa buat kek ini buat kali pertama.


Inilah rupanya bila dah dipotong. Seronok bila melihat lapisan-lapisan kek ni. Tapi apa yang paling menyeronokkan ialah apabila kita buat dan menjadi. Rasanya tetap saya seperti masa mula-mula belajar buat kek ini tempohari. Itu yang paling menggembirakan hati saya. 



Saturday, 3 November 2012

Choc Indulgent Cake

Saya happy sangat hari ini. Pertama saya sertai kelas kek personal, kawan baik saya masa sekolah rendah dahulu dan sekarang merangkap cikgu kek saya mengajar saya di rumah. Kek pertama yang saya belajar ialah Choc Indulgent Cake, ala-ala secret resepi.

Actually banyak pengetahuan yang saya dapat dari kelas. Saya harap saya dapat sertai kelas macam ni lagi. Selama ni belajar sendiri melalui ibu, melalui buku atau laman web. Tapi hari ni saya masuk kelas, saya buat sendiri sambil dibantu oleh Cikgu Yuzie.



Mungkin dari segi hiasan masih lagi terlalu simple dan kurang kemas. Al-maklum ler pertama kali buat kek jenis ni. Kena practise banyak-banyak. Insya Allah saya boleh lakukan dengan yang lebih baik. Kalau orang lain boleh buat kenapa saya tak boleh. Apa-apa pun bila saya menjamu kepada ahli keluarga saya kek ni, semuanya kata sedap. Rasanya sama macam kat Secret Resepi punya. Alhamdulillah seronoknya hati saya mendengar kata-kata pujian dari mereka. .Apa yang paling penting ialah kata-kata semangat dari keluarga untuk saya terus berusaha.



Pandangan gambar dari sudut tepi. Maaf gambar tidak beberapa jelas.






Setelah dipotong, inilah hasilnya. Cikgu saya kata, kalau nak kek cantik dan licin ketika dipotong, pisau harus direndam dengan air panas dahulu. Tapi saya main potong jer. Tu yang jadi cam gini. Tu laaaa degil lagi tak nak dengar kata :)


Gambar dalam Peti Ais ....