Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Ayam Kicap Berlada



Sumber: Bonda Kesayangan

Bahan-Bahan:

  • Ayam (sebelah atau 1/2)
  • Kunyit
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • Cili kering yang telah dikisar (saya bubuh 4 sudu)
  • Kicap (agak-agak)
  • 2 biji ubi kentang yang dihiris bulat
  • Asam jawa
  • Perasa (garam dan ajinomoto)





Cara Penyediaan:
  1. Ayam dibasuh bersih, kemudian digaul dengan kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dan digoreng. Jangan terlalu garing.
  2. Bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar (tumbuk lebih baik) ditumiskan dalam kuali. Biar sehingga naik baunya.
  3. Bubuh sedikit garam dan ajinomoto.
  4. Masukkan 4 sudu cili kering telah dikisar dan biar hingga naik minyak. Kemudian bubuh kicap (kicap agak-agak ya)
  5. Biarkan seketika. Kemudian bubuh sedikit air asam jawa. Masukkan kentang yang telah dihiris nipis tadi. Agak-agak nak masak masukkan ayam. Kacau supaya kuahnya sebati dengan ayam dan kemudian padamkan api.
  6. Siap dan boleh dihidangkan untuk santapan seisi keluarga.



Selamat Mencuba!

Saturday, 15 December 2012

Roasted Chicken With Brown Source and Mash Potatoes

Assalamualaikum ...

Hari ni bukan main penat saya. Seawal jam 9 sudah kena pergi ke kolej kerana ada bengkel memasak. Kalau peserta dari luar bayarannya RM100 tapi kalau kakitangan kolej RM70. Empat jenis masakan yang dipelajari iaitu Kek Buah, Krismas Log, Biskut Chocolate Chips dan Roasted Chicken With Brown Source and Mash Potatoes. Apa-apa pun saya happy dapat join bengkel ini walaupun banyak perkara yang dipelajari dalam masa yang singkat iaitu antara jam 9 hingga 3.30 petang. Kelam kabut juga nak menyiapkan semuanya. Tapi yang seronok dapat kerja secara berkumpulan dan banyak perkara yang dipelajari. Insya Allah kalau dianjurkan lagi akan saya turut serta lagi. Oh ya, peserta yang join bengkel kursus ini jumlahnya 10 orang dan tenaga pengajarnya adalah Chef Ahmad.


Masa kerja kat tempat lama dahulu, bukan main suka saya makan ayam ni. Tiap kali budak-budak masak masa tu lah saya dan my best friend, bb ada. Tapi sejak berhenti dari sana, lama dah tak makan. Cuma adalah sesekali  saya gi makan dengan bb kat hotel. Kali ni cuba buat sendiri walaupun kerja berkumpulan. Susah juga ya nak buat. Mungkin susah bagi orang-orang seperti saya yang tak pernah membuatnya. Tapi bagi yang dah biasa buat mesti senang macam makan kacang goreng.


Di sini saya kongsikan bahan-bahannnya. Tapi dalam bahasa Inggeris yer. Al-maklumlah saya pun dapat resepinya dalam bahasa Inggeris. Malas nak translate .... lemahhhhhhhh :) hehehe


Bahan-Bahan untuk ayam:

  • Whole Chicken
  • L P Sos - 1/2 botol ( ini kuantiti untuk 6 ekor ayam, kalau seekor kena kurangkanlah - kalau ikut kata Chef agak-agak aja). Macam mana rupa L P sos ni, sila tengok gambar kat atas. Memang sengaja ditangkap supaya saya tak lupa rupanya macam mana nanti. Al-maklum ler tak pernah guna.
  • Salt - as a need
  • Pepper (lada) - as a need
  • Cili powder/ Paprika - as a need
  • Cooking oil - marinate (perap)
  • Meripoux - as a need - kombinasi sayur iaitu carrot (lobak merah), celery (sadery), union (bawang) dan leek (tak tau namanya dalam bahasa Melayu tapi kalau tengok rupanya cam daun bawang cuma daunnya lebar dan besar dari daun bawang. Sila rujuk gambar last sekali ada saya sertakan gambar leek ni, takut lupa nanti)

Cara Penyediaan untuk Ayam: (Sambil-sambil tu sila rujuk kedua-dua gambar di atas dan dibawah ni untuk memudahkan)

  1. Was the chicken, keep side.
  2. To make the merination just mix all the marinate items. (Bahan-bahan yang telah disediakan tadi sila campurkan untuk dibuat bahan perap)
  3. Add the meripoux than put inside oven to baked.



Ni gambar menunjukkan cara-cara nak perap ayam dengan bahan-bahan yang kita buat tadi. Lumur kat seluruh ayam. Bubuh kombinasi sayur kat tepi-tepi ayam dan dalam perut ayam.


Gambar kat bawah ni menunjukkan cara-cara kaki ayam diikat supaya tak terkangkang (huhhh bahasa) kakinya ketika masak. Sorrylah tak jelas sangat gambar ni. Pandai-padailah nak ikat. Dari bahagian kaki ikat hingga ke kepak. Pas tu masukkan dalam oven biarkan hingga masak.



Bahan-Bahan untuk Brown Sauce:
  • Brown Stock - 1 It - add (yang ni campuran Chicken Bone [rangka ayam] dan tomato paste - masuk dalam oven dengan kombinasi sayur (sila rujuk gambar di atas)
  • Garlic (bawang putih) - 5 gm - saute (tumis) 
  • Butter - 50 gm - saute
  • Bay leaf (sila rujuk google image kalau nak cari rupanya) - 2 pcs - saute
  • Roux - 200 gm - tickning
  • Seasoning (perasa) - as a need - adjust


Cara Penyediaan Brown sauce: Sambil-sambil tu silalah rujuk gambar. 
  • Saute the garlic with butter
  • Add the brown stock
  • Add the brown roux that adjust seasoning 



Ni gambar leek tadi.

Lupa nak tangkap gambar Mash Potatoes yang dah siap. Kelam kabut sedikit. Ini dinyatakan cara-cara nak membuatnya agar anda leh cuba dan saya pun tak lupa cara-cara nak membuatnya :)

Bahan-Bahan untuk Mash Potatoes:
  • Potatoes - 1 kg (tak perlu banyak. Saya ikut dalam resepi sebab Chef bagi resepi untuk 10 orang yang hadir)
  • Seasoning (Perasa) - as a need - add
  • Cream - as a need - add
Cara Penyediaan Mash Potatoes:
  1. Peel the skin potatoes than boil it.
  2. Whe the potatoes soft mash it than add seasoning.
  3. Soup With ice cream scup for served.


Sunday, 19 February 2012

Ayam Goreng Rangup


Hari ni adik-adik saya balik. Adik saya dah lama keluar yang tinggal saya dan cinta hati saya Danish. Danish memang begitu, dia jarang ikut mak dan ayahnya keluar kalau balik kampung. Bila ditanya, katanya nak tinggal ngan mak long. Ialah cinta hati saya yang seorang ni .... saya pun memang suka kalau dia menemani saya kalau dia balik. Seronok bila ada teman untuk bermain dan dipeluk.

Danish hari ni menolong saya di dapur atau lebih mudah dikatakan mak longnya memasak dia pulak menghuru-harakan dapur. Tapi kalau diminta tolong, bukan main baiknya dia menolong. Tu yang buat mak long bertambah sayang.

Adik saya dah siap pesan kat saya suruh buat nasi ayam. Jadi menu tengah hari ni memang nasi ayam. Tapi resepinya saya tak letak di sini sebab sebelum ni pernah saya letakkan. Menu tambahan adalah ayam goreng rangup dan bergedil. 

Jadi kat sini saya kongsikan resepi ayam goreng rangup dan bergedil. Oh ya, minta maaf banyak-banyak sebab gambar tak beberapa jelas. Kamera saya demam hari ni, pening kepala saya dengan kamera saya. Kadang-kadang gambarnya elok, kadang-kadang tak elok. Tapi apa-apa pun inilah hasilnya.


Bahan-Bahan:
  • 5 ketul ayam bahagian dada (dibasuh elok-elok)
  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk roti
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam. Kemudian, celupkan ayam ke dalam telur.
  2. Selepas tu, gaulkan ayam tadi dengan tepung gandum dan serbuk. Ulang langkah ini hingga selesai.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Saturday, 4 February 2012

Ayam Kicap Berlada

Assalamualaikum ....

Entri ni adalah kesinambungan daripada entri saya sebelum ini. Selain daripada memasak udang goreng chrispy atau udang goreng rangup, saya juga memasak ayam kicap berlada. Opah suka sangat-sangat. Katanya kuahnya sedap sangat bila digaul dengan nasi Bukan sahaja opah, saya juga sebenarnya suka sangat ayam kicap berlada. Kalau ayam ditukar dengan daging lagilah sedap sampai menjilat jari. Resepi ni saya dapat dari mak. Memang emak selalu memasaknya untuk kami adik-beradik sejak dari kecil.

Cuma saya nak minta maaf sedikit tentang gambar ayam kicap berlada yang saya ambil ni agak gelap sedikit. Saya pun tak tahu nak buat cam mana dengan kamera saya, adakalanya gambar elok jelas, adakalanya hmmm susah nak cakap ....  :( terima ajalah ....

Apa-apa pun di bawah ni saya sertakan bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan ayam kicap berlada.



Bahan-Bahannya:
  • 8 belah kepak ayam (bahagian mana-mana pun boleh, kebetulan hari tu saya gi TESCO dan beli kepak ayam ni).
  • 3 biji ubi kentang dipotong bulat. Potong nipis.
  • 3 sudu teh cabai kering yang telah dikisar
  • Kicap secukupnya (agak-agak dan saya guna kicap kipas udang)
  • 1 1/2 biji bawang besar ditumbuk bersama dengan 3 ulas bawang putih.
  • Sedikit air asam jawa
  • Ajinomoto (ikut suka nak bubuh)
  • Sedikit garam


Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk lumat dalam minyak yang panas. Masukkan sedikit garam dan juga ajinomoto.
  2. Setelah naik baunya, masukkan cabai kering. Biar sampai naik minyaknya dan masukkan kicap kipas udang. Kacau.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan hingga masak (menggelegak dan kentang lembut).
  4. Akhir sekali masukkan ayam, kacau agar sebati dan kemudian boleh dihidangkan.

Sunday, 22 January 2012

Ayam Panggang Madu

Hari ni saya buat ayam panggang madu. Mudah dan cepat jer membuatnya. bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Rasa amat-amat menyedapkan kalau ikut anak tekak saya .... hehehe ... tapi ahli keluarga saya pun kata sedap terutama tok saya .... yang penting garing yakni ayam tu mesti betul-betul cukup masak.

Ayam ni sebenarnya sesuai juga untuk dimakan dengan nasi ayam tapi saya selesa makannya dengan nasi putih atau meratahnya dengan air asam. Sungguh menyelerakan.

Saya kongsikan cara nak membuatnya. Resepi yang amat-amat mudah .....


Bahan-Bahannya:
  • 3 belah ayam bahagian dada atau paha (tapi mana-mana pun boleh sebenarnya). Ayam tu jangan dipotong kecil. Biarkan besar-besar. Kalau seekor ayam, potong empat jer. Dah masak baru potong.
  • Sedikit kicap
  • Sedikit madu
  • Sedikit sos tiram


Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah selamat 20 minit sebelum memanggang.
  2. Ayam diperap bersama kicap, sos tiram dan madu selama 30 minit. Lumurkan bahan-bahan ini disetiap celahan ayam supaya rata.
  3. Masukkan ke dalam oven. Bakar selama 1 jam. 
Nota: Selain dari dibakar di dalam oven, boleh juga digoreng di dalam kuali tetapi saya lebih suka membakarnya di dalam oven. Cepat dan mudah.

Sunday, 15 January 2012

Ayam Panggang Lada Hitam

Hari ni saya masak nasi ayam lagi. Teringin sangat nak makan nasi ayam setelah mencuba buat pertama kali minggu lepas. Seperti biasa, sebelum memasak saya akan belek dari satu laman blog ke satu laman blog, mencuba sesuatu yang baru. Nasi ayam ni pun ada pelbagai jenis, pelbagai gaya masakan begitu juga dengan cara memasak ayamnya. Kali ni saya cuba cara masak ayam yang lain. Kalau minggu lepas ayam panggang bermadu kali ni ada sedikit kelainan. Tapi cara nak masak nasi, sambal cili dan sambal kicap saya guna cara yang sama. Rasa dah berselera benor saya dengan cara yang sama.


Bahan-Bahan:

  • Seekor ayam dipotong 4 bahagian
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam 
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu sos tiram
  • kicap



Cara Penyediaan:

  1. Bawang putih ditumbuk lumat. Begitu juga lada hitam.
  2. Satukan lada hitam, bawang putih, sos tiram, madu dan kicap. Gaulkan ke seluruh ayam tadi. Perap selama 30 minit.
  3. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
  4. sebelum masukkan ke dalam ketuhar, lumurkan bahagian ayam dengan mentega.
  5. Bakar selama 40 minit (atau paling senang nak kata hingga masak).

Wednesday, 21 December 2011

Sup Ayam

Assalamualaikum sahabat yang mengunjungi blog saya.

Hari ni saya nak berkongsi resepi mudah iaitu sup ayam. Hari ni kebetulan saya masuk kerja lambat jadi sempatlah saya menyiapkan makan tengah hari untuk tok dan opah. Resepi ni saya dapat dari mak. 



Bahan-Bahannya:
  • Ayam sebelah dipotong kecil
  • 4 biji ubi kentang dipotong empat
  • 2 punjut sup adabi
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih 
  • Sedikit halia, dipotong halus
  • 5 biji  cili padi  dibelah memanjang (kalau nak pedas boleh tumbuk lada hitam, tapi saya tak bubuh)
  • Daun sup dan daun bawang dipotong halus
  • Garam
  • Air
****Selain ubi kentang boleh juga dimasukkan lobak merah atau bebola ikan, tapi saya tak bubuh kerana hanya ada ubi kentang saja di rumah, tak sempat nak membeli di kedai***


Cara Penyediaan:
  1. Masukkan air di dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan sup punjut adabi, garam dan juga sedikit ajinomoto.
  3. Masukkan kentang biarkan hingga empuk.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah direbus (ayam direbus terlebih dahulu)
  5. Bila hampir masak masukkan cili padi dan juga daun sup dan daun bawang.
  6. Angkat dan hidangkan untuk dimakan.

Sunday, 18 December 2011

Menu Tengah Hari


Sambal Tumis Telur

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur ayam
  • Dua biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kering yang telah dikisar
  • Garam
  • Gula
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan sebiji bawang dan 3 ulas bawang putih yang telah ditumbuk halus, biarkan sampai naik baunya.
  3. Bubuh sedikit garam
  4. Bubuh 2 sudu cili kering yang telah dikisar tadi, biarkan hingga masak.
  5. Isikan sedikit gula dan masukkan sedikit air
  6. Bila menggelegak masukkan 6 biji telur tadi dan akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat.



Ayam Panggang

Bahan-Bahan:

  • 3 bahagian ayam
  • Sos Tiram
  • Kicap
Cara Penyediaan
  1. Ayam diperap dengan sos tiram dan kicap selama 30 minit
  2. Dibakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam