Assalamualaikum ...
Hari ni bukan main penat saya. Seawal jam 9 sudah kena pergi ke kolej kerana ada bengkel memasak. Kalau peserta dari luar bayarannya RM100 tapi kalau kakitangan kolej RM70. Empat jenis masakan yang dipelajari iaitu Kek Buah, Krismas Log, Biskut Chocolate Chips dan Roasted Chicken With Brown Source and Mash Potatoes. Apa-apa pun saya happy dapat join bengkel ini walaupun banyak perkara yang dipelajari dalam masa yang singkat iaitu antara jam 9 hingga 3.30 petang. Kelam kabut juga nak menyiapkan semuanya. Tapi yang seronok dapat kerja secara berkumpulan dan banyak perkara yang dipelajari. Insya Allah kalau dianjurkan lagi akan saya turut serta lagi. Oh ya, peserta yang join bengkel kursus ini jumlahnya 10 orang dan tenaga pengajarnya adalah Chef Ahmad.
Masa kerja kat tempat lama dahulu, bukan main suka saya makan ayam ni. Tiap kali budak-budak masak masa tu lah saya dan my best friend, bb ada. Tapi sejak berhenti dari sana, lama dah tak makan. Cuma adalah sesekali saya gi makan dengan bb kat hotel. Kali ni cuba buat sendiri walaupun kerja berkumpulan. Susah juga ya nak buat. Mungkin susah bagi orang-orang seperti saya yang tak pernah membuatnya. Tapi bagi yang dah biasa buat mesti senang macam makan kacang goreng.
Di sini saya kongsikan bahan-bahannnya. Tapi dalam bahasa Inggeris yer. Al-maklumlah saya pun dapat resepinya dalam bahasa Inggeris. Malas nak translate .... lemahhhhhhhh :) hehehe
Bahan-Bahan untuk ayam:
- Whole Chicken
- L P Sos - 1/2 botol ( ini kuantiti untuk 6 ekor ayam, kalau seekor kena kurangkanlah - kalau ikut kata Chef agak-agak aja). Macam mana rupa L P sos ni, sila tengok gambar kat atas. Memang sengaja ditangkap supaya saya tak lupa rupanya macam mana nanti. Al-maklum ler tak pernah guna.
- Salt - as a need
- Pepper (lada) - as a need
- Cili powder/ Paprika - as a need
- Cooking oil - marinate (perap)
- Meripoux - as a need - kombinasi sayur iaitu carrot (lobak merah), celery (sadery), union (bawang) dan leek (tak tau namanya dalam bahasa Melayu tapi kalau tengok rupanya cam daun bawang cuma daunnya lebar dan besar dari daun bawang. Sila rujuk gambar last sekali ada saya sertakan gambar leek ni, takut lupa nanti)
Cara Penyediaan untuk Ayam: (Sambil-sambil tu sila rujuk kedua-dua gambar di atas dan dibawah ni untuk memudahkan)
- Was the chicken, keep side.
- To make the merination just mix all the marinate items. (Bahan-bahan yang telah disediakan tadi sila campurkan untuk dibuat bahan perap)
- Add the meripoux than put inside oven to baked.
Ni gambar menunjukkan cara-cara nak perap ayam dengan bahan-bahan yang kita buat tadi. Lumur kat seluruh ayam. Bubuh kombinasi sayur kat tepi-tepi ayam dan dalam perut ayam.
Gambar kat bawah ni menunjukkan cara-cara kaki ayam diikat supaya tak terkangkang (huhhh bahasa) kakinya ketika masak. Sorrylah tak jelas sangat gambar ni. Pandai-padailah nak ikat. Dari bahagian kaki ikat hingga ke kepak. Pas tu masukkan dalam oven biarkan hingga masak.
Bahan-Bahan untuk Brown Sauce:
- Brown Stock - 1 It - add (yang ni campuran Chicken Bone [rangka ayam] dan tomato paste - masuk dalam oven dengan kombinasi sayur (sila rujuk gambar di atas)
- Garlic (bawang putih) - 5 gm - saute (tumis)
- Butter - 50 gm - saute
- Bay leaf (sila rujuk google image kalau nak cari rupanya) - 2 pcs - saute
- Roux - 200 gm - tickning
- Seasoning (perasa) - as a need - adjust
Cara Penyediaan Brown sauce: Sambil-sambil tu silalah rujuk gambar.
- Saute the garlic with butter
- Add the brown stock
- Add the brown roux that adjust seasoning
Ni gambar leek tadi.
Lupa nak tangkap gambar Mash Potatoes yang dah siap. Kelam kabut sedikit. Ini dinyatakan cara-cara nak membuatnya agar anda leh cuba dan saya pun tak lupa cara-cara nak membuatnya :)
Bahan-Bahan untuk Mash Potatoes:
- Potatoes - 1 kg (tak perlu banyak. Saya ikut dalam resepi sebab Chef bagi resepi untuk 10 orang yang hadir)
- Seasoning (Perasa) - as a need - add
- Cream - as a need - add
Cara Penyediaan Mash Potatoes:
- Peel the skin potatoes than boil it.
- Whe the potatoes soft mash it than add seasoning.
- Soup With ice cream scup for served.
No comments:
Post a Comment