Assalamulaikum ....
Sempena Hari Raya Aidiladha, Mak Long telah buat Rainbow Cake With Buttercream Icing untuk cinta hati Mak Long yang berenam tu (Danish, Pa, Yaya, Cham Cham, Rizqi dan Umaira). Kebetulan hari Sabtu gi kedai bahan-bahan kek, Danish dan Pa sendiri yang memilih edible image Minion ni. Al-maklumlah sekarang ni mereka sibuk bermain games Minion.
Mak Long pun dah lama tak mencuba Rainbow Cake ni setelah percubaan pertama. Kali pertama buat menjadi tapi masa tu Mak Long guna Cheese sebagai toppingnya. Al-maklumlah masa tu Mak Long baru nak berjinak-jinak buat kek.
Sebenarnya nak buat Rainbow Cake ni remeh sikit kerana kena bakar satu layer demi satu layer, dah lah oven Mak Long kecik muat-muat satu loyang jer, jadi nak tunggu dibakar 6 layer memang menguji kesabaran. Kebetulan hari yang sama Mak Long siapakan tempahan kek dari mak cik-mak cik Mak Long sempena nak raya ni, tu yang agak kelam kabut sikit. Jadi kali ni kalau ada yang tanya mana 6 layer tu, maaflah Mak Long bakar sekali jer semuanya (macam kita buat kek marble atau kek pelangi biasa tu). Bukannya Mak Long malas tapi tak berkesempatan dan terlalu penat. Lagipun ni untuk makan sendiri so jadilah janji ada kaler rainbow nya.
Sumber Asal : Blog citarasawan
Telah diubahsuai sedikit
BAHAN-BAHAN:
- 430gm tepung gandum
- 4 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 250gm mentega
- 340gm gula kaster (Mak Long kurangkan sedikit sebab tak nak rasa manis sgt)
- 375ml susu segar
- 5 biji putih telur
- 2 sudu teh esen vanilla
- Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren dan unggu.
- 400ml whipping topping krim - diputar hingga kembang untuk disapu di lapisan kek
- Loyang 8' di alas dan digris
CARA PENYEDIAAN:
- Ayak tepung tepung, garam dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga gebu.Masukkan esen vanilla dan diikuti dengan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu,
- Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. (+- 260gm setiap bahagian). Letakkan pewarna yang berlainan.
- Bakar dalam oven yang telah dpanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dalam suhu 170'C. Bakar sehingga habis.
- Angkat dan sejukkan di atas redai.
- Potong 2 bahagian kek tersebut. Sapu tipis whipping krim dibahagian tengah dan ayak serbuk koko di atasnya.
BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERCREAM
- 500gm krimwell
- 250gm shortening/ butter
- 100 mlm air gula (cara buat air gula - 300 gula + 100 ml air + 2 sudu lemon jus. Masakkan air gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon).
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul krimwell dan shortening/butter hingga kembang.
- Bila dah kembang, masukkan air gula.
Seronoknya cinta hati Mak Long. Sayang selalu.
No comments:
Post a Comment