Selamat Malam buat sahabatku dan Selamat Tahun Baru buat semua .....
Pejam celik pejam celik begitu pantas sekali setahun meninggalkan kita. Makin bertambah usia. Masih terlalu banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Dalam tahun 2012 terlalu banyak perkara yang berlaku baik yang sedih ataupun yang menggembirakan tetapi semuanya akan menjadi kenangan, iktibar dan panduan untuk saya meneruskan kehidupan. Ada yang mengatakan, 'jangan pandang kebelakang, pandang kedepan. Lupakan semua yang berlaku' tetapi bagi saya sedikit sebanyak kita perlu kena perlu juga menoleh ke masa silam supaya kita lebih berhati-hati di masa depan.
Oh ya, hadirnya saya di sini (aduhhhh, seperti nak buat syarahan pula) adalah untuk tambah entri yang terbaru :). Sempena tahun baru ni saya buat coklat khas untuk keluarga besar saya. Tambahan saya baru beli mould baru, itu yang buat saya begitu teruja untuk membuat coklat. Dah beberapa hari saya belek blog masakan mencari resepi coklat yang baru. Akhirnya saya jumpa blog guru coklat. Terima kasih atas panduan dan resepi coklat. Memang bagus untuk dijadikan panduan untuk membuat coklat. Jadi untuk hari ini saya buat dua jenis coklat iaitu Coklat Praline buah-buahan campuran (sebelum ini saya pernah buat tetapi kali ini saya buat bentuk bunga ros) dan keduanya saya buat Coklat Oreo dan Kacang With Nutella. Resepi Coklat Oreo dan Kacang With Nutella ini saya ambil dari blog Guru Coklat.
Untuk coklat praline buah-buahan campuran ni saya pernah buat sebelum ni. Sila klik link kat bawah ni untuk mendapatkan resepinya. Cuma kali ini saya guna acuan bentuk bunga ros. Saya letak warna hijau (sebenarnya guna coklat perisa pandan) dan kemudian di bawahnya dark coklat. Lupa pula saya nak tangkap gambar dibahagian bawah. (yang warna coklatnya) :) Kali ini saya perbanyakkan buah-buahan campuran supaya lebih terasa masam-masam manisnya bila menggigit coklat.
No comments:
Post a Comment