Thursday, 15 November 2012

Choc Indulgent Cake


Assalamualaikum ....

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog saya. Marilah kita sama-sama berhijrah menjadi yang lebih baik dan mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia, saling bermaafan dan bertolak ansur.

Sebenarnya sejak hari Isnin saya sudah start bercuti. Bermula dengan cuti Deepavali pada hari Isnin dan Selasa. Rabu pula saya ambil cuti dan hari ni cuti umum Maal Hijrah tetapi esok kerja sehari. Rumah saya riuh-rendah dengan kepulangan cinta hati saya Danish, Pa dan Yaya. Bukan main nakal mereka terutama sekali Yaya. Nampak sekali perbezaannya. Pintu besi rumah boleh dipanjatnya hingga ke atas. Pening kepala juga melihat kenakalan Yaya, ialah manalah tak gitu dua di atasnya adalah abangnya sama-sama turut nakal ^_^. Walau bagaimanapun saya tetap terhibur dengan mereka. Selalu membuat saya tersenyum, ketawa dan membebel.



Oh ya, kembali semula kepada entri saya kali ni (sudah lari tajuk ^_^), hari ni saya cuba buat Choc Indulgent Cake buat keluarga saya especially untuk cinta hati saya. Ini kali pertama saya cuba sendiri selepas belajar buat kali pertama di kelas kek.

Walaupun resepinya panjang berjela-jela seperti sinetron tetapi sebenarnya buat kek ni mudah saja tetapi kena banyak sabar. Tambahan pula saya yang baru pertama kali mencubanya sendiri. Pening juga kepala tetapi alhamdulillah akhirnya menjadi juga kek saya. 


Inilah rupa kek saya bila dah siap. Sebenarnya ada cerita di sebalik kek ni. Cream yang saya patut guna untuk hias saya terbuang. sebelum membuangnya saya terfikir-fikir, banyaknya cream yang lebih. Masa buat hari tu tak ada pula yang lebih, sukatnya memang dah betul. Tanpa buang masa terus je saya mencampak cream tu ditempat membuang sisa-sisa makanan. Bila dah tuang coklat ganache baru saya termenung dan terfikir, alamak creamnya mana? Bagaimana nak hias? Bukan main kecewa saya waktu itu. Dalam 5 minit juga saya termenung di meja dapur. Lepas itu, saya ambil choc rise dan buah ceri dalam peti ais lantas saya hias begini. Inilah kisah sedih saya semasa buat kek ini buat kali pertama.


Inilah rupanya bila dah dipotong. Seronok bila melihat lapisan-lapisan kek ni. Tapi apa yang paling menyeronokkan ialah apabila kita buat dan menjadi. Rasanya tetap saya seperti masa mula-mula belajar buat kek ini tempohari. Itu yang paling menggembirakan hati saya. 



No comments: