Assalamualaikum dan selamat pagi ....
Hari Ahad yang mendung. Matahari seakan-akan malu menyinar cahayanya. Angin pagi menyapa tubuh lagi. Pagi-pagi lagi adik perempuan saya, Ana mengejutkan saya untuk membuat spagetti. Dia mengidam untuk makan spagetti. Sepatutnya malam semalam saya masakkan untuknya tetapi tidak jadi kerana saya pergi ke pasar malam dan membeli makanan dari pasar malam. Kalau buat pun semalam pasti tak habis. Atas sebab itu, pagi-pagi lagi dia telah meminta saya untuk membuatnya.
Saya buatkan spagetti yang paling mudah dan ringkas. Bahan-bahan juga tidak banyak digunakan. Kalau orang bujang macam saya ni memang sesuai sangatlah ....
Bahan-Bahan:
- Prego Carbonara Mushroom (Cendawan)
- Sebiji bawang bawang besar (saya potong bulat, nak hiris pun boleh, nak tumbuk pun boleh)
- Daging (terpulang nak banyak atau sedikit). Daging dipotong dan direbus terlebih dahulu.
- Cendawan butang
Cara Penyediaan:
- Rebus spagetti hingga lembut.
- Dalam kuali lain. Panas sedikit minyak. Tumis bawang besar yang telah dipotong.
- Setelah kekuningan masukkan daging yang telah direbuskan. Kacau seketika.
- Kemudian masukkan 1 tin Prego Carbonara Mushroom. Bubuh sedikit air.
- Masukkan cendawan butang. Kacau dan biarkan masak.
- Angkat dan hidangkan bersama spagetti.
No comments:
Post a Comment