Wednesday, 20 February 2013

Telur Mata Masak Kicap

Assalamualaikum ....

Lama tak berkongsi resepi kat sini. Sibuk sedikit dengan kerja. Bukan tak masak, masak tetapi tak sempat nak update blog ni. Dari sehari ke sehari nak masukkan resepi ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi 'Telur Mata Masak Kicap'. Resepi ni memang mudah. Walaupun mudah memang menyelerakan. Kalau ada telur masak kicap ni, saya tak der lauk lain pun tak apa. Ini dah cukup menyelerakan buat saya.


Bahan-Bahan:

  • Telur (saya maak 4 biji telur memandangkan bilangan ahli keluarga saya memang 4 orang)
  • Cabai Muda (terpulang nak berapa, saya gunakan 3 sahaja. Cabai dibelah)
  • Sebiji bawang besar
  • Kicap


Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Goreng telur mata (biasanya saya panggil telur mata kerbau jer. Tapi tak tahu apa sebabnya orang panggil telur mata kerbau).
  2. Letakkan keempat-empat telur yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan.
  3. Dalam kuali yang sama tumiskan bawang besar tadi hingga kekuningan. Masukkan cabai dan kemudian kicap secukup rasa. Kalau nak berkuah bubuh sedikit air tapi jangan banyak sangat. Nanti kurang sedap kalau terlalu banyak air.
  4. Bila dah masak, angkat dan bubuhkan di atas telur dadar tadi.
  5. Siap dihidangkan untuk keluarga tercinta.

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Hilmirda Daud said...

Dah lama tak buat telor masak kicap ni..