Tuesday, 25 December 2012

Home Made Chocolate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung-pengunjung blog saya ....

Hari ni hari cuti kerana sambutan Hari Krismas. Dari pagi memang saya sibuk mengemas bilik. Bilik memang dah bersepah-sepah. Operasi membuang barang-barang lama dan juga kenangan-kenangan lama. Hidup mesti menuju ke depan. Tak boleh lagi menoleh ke belakang. Dalam jam 2 petang baru siap mengemas, itupun belum siap sepenuhnya. Buku-buku di rak masih belum dikemas dan diatur semula. Dari semalam memang saya teringin nak buat coklat. Lama dah tak mencuba. Hari ni berjaya juga saya melawan rasa malas saya. Sebenarnya susah juga kalau bermain dengan coklat ni. Teknik nak mencairkan coklat kena betul, kalau tidak alamatnya berketul-ketullah coklat yang dicairkan.


Di sini saya kongsikkan cara-cara nak buat coklat ni. Mudah saja. Bila tengok gambar-gambar coklat yang dihasilkan hmmmm seronoknya. Mungkin tak cantik bagi pandangan orang lain, tapi bagi saya dah cukup bagus. Cuma kena perbaiki lagi supaya menjadi lebih baik. Rasanya sedap. Mak cik dan cousin yang datang rumah petang tadi pun puji. Cuma mereka suruh saya lebihkan buah-buahan campuran aja. Saya akan ambil perhatian terhadap setiap komen yang diberikan dan akan perbaiki di masa akan datang.



Bahan-Bahan:

  • Compound chocolate (Dalam pasaran ada banyak perisa tapi saya guna dark chocolate dan white chocolate. Nak sedap guna jenama Beryl's. Boleh dapat kat kedai menjual bahan-bahan kek. Kalau cari kat TESCO, JUSCO atau Mydin memang tak der. Dari segi sukatan ikut suka hati nak guna banyak mana).
  • Filling kesukaan. Untuk percubaan kali kedua ini saya bubuh buah-buahan campuran. Bubuh banyak sedikit pun tak apa sebab bila makan coklat. bila tergigit buah-buahan campuran bukan main sedap rasanya.
  • Chocolate mould. Saya guna mould yang sama seperti hari tu. ^_^

Cara Penyediaan:
  1. Potong coklat kompoun menjadi kecil-kecilan. Masukkan ke dalam periuk dan cairkan secara double boiler. Tutup api bila sudah cair sepenuhnya.
  2. Masukkan ke dalam pipping atau sudukan saja ke dalam mould.
  3. Sudukan separuh dahulu (saya sudukan white chocolate dahulu) ke dalam mould. Biarkan ia rata mengelilingi mould.
  4. Kemudian masukkan suku dark chocolate. Hentakkan mould perlahan-lahan supaya ia rata. Kemudian masukkan buah-buahan campuran tadi. (Terpulang nak bubuh banyak mana tetapi secara jujur saya beritahu lagi banyak buah-buahan campuran lagi sedap).
  5. Seterusnya sudukan dark chocolate sehingga memenuhi mould.
  6. Masukkan dalam peti ais dalam 30 minit.
  7. Keluarkan dan bubuh coklat dalam kertas cawan yang bersaiz kecil.







1 comment:

Anonymous said...

Hmm. Akak ! Mane nak cari buah buahan campuran yang ada dalam satu set ? Kat jusco ade ke ?