Assalamualaikum ...
Hari ni tercapai juga impian saya nak buat coklat sendiri. Selalunya tengok jer kat blog blogger masakan yang lain. Nak mencuba takut. Takut tak menjadi. Tapi hari ni saya kuatkan hati untuk mencubanya. Mouldnya sudah saya beli ketika pergi ke kedai menjual barang-barang dan bahan-bahan kek semasa saya membuat Choc Indulgent Cake.
Sebelum buat coklat ni, jenuh juga saya mengunjungi dari satu blog ke satu blog masakan yang lain untuk membuat kajian. Akhirnya saya terjumpa blog "Cute, Oven, Small Kitchen". Bukan main seronok saya lihat photo-photo coklatnya. Cantik sekali. Tak sabar rasanya nak melihat hasil kerja tangan saya. Akhirnya saya ikut kaedah-kaedah yang digunakan dalam blog ni. Jadi bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bagaimana nak buat coklat ni bolehlah klik kat link sini http://ovenkecil.blogspot.com/2011/07/home-made-chocolate.html?spref=fb.
Coklat saya ni kosong saja. Saya tak bubuh apa-apa fillingnya. Buat yang kosong dahulu sebagai percubaan pertama. Lain kali boleh cuba bubuh filling seperti badam, peanut butter, kacang dan sebagainya. Saya juga guna coklat jenama Beryl's. Teringat kata-kata guru saya semasa belajar buat kek tempohari, kalau nak sedap kena guna coklat yang ada jenama. Coklat jenama ni leh didapati kat kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kek. Macam kat Ipoh ni, saya beli kat Wah Seng. Memang terkenal kedai ni sejak zaman berzaman.
No comments:
Post a Comment