Sunday 17 November 2013

Biskut Kristal Pelangi


ASSALAMUALAIKUM

Malam ni Mak Long nak share resepi biskut Kristal Pelangi. Dengar namanya pun dah tau kan pasti warnanya berwarna-warni. Biskut Kristal Pelangi ni merupakan salah satu favourite biskut Mak Long. Dulu masa mula-mula keluar biskut ni tak ingat year berapa, ia dikenali sebagai Biskut Saddam Hussin. Tak tau kenapa? Tapi rasanya mungkin masa tu tengah kes pencerobohan Amerika Syarikat kat Iraq kot, tu yang boleh terbubuh nama Saddam Hussin kat biskut ni. Tapi sekarang mungkin dah dikomersilkan so dah tukar nama kepada Biskut Kristal Pelangi.

Nak buat biskut ni mudah jer. Kos nak buat pun Mak Long rasa tak mahal kerana bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan tak lah mahal sangat kecuali minyak sapi. Kalau yang nak cuba resepi ni boleh cuba, kalau nak tempah dari Mak Long pun boleh. :)



BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm gula halus
  • 125gm minyak sapi (agak-agak sampai tepung tu boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras nanti tak leh nak bentuk bulat-bulat)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.



CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan tepung gandum (yang dah ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pwarna merah, hijau dan kuning. Jangan bubuh pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki..
  5. Kemudian bulatkan dan letak atas mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.



3 comments:

Unknown said...

Terima kasih berkongsi...memang duk cari resepi ni nak cuba. Ada baby. Nk kna buat simple dimple punya kuih.

Unknown said...

Terima kasih berkongsi...memang duk cari resepi ni nak cuba. Ada baby. Nk kna buat simple dimple punya kuih.

ANIZA said...

Terima kasih berkongsi resipi. Dah agak lama x buat, next week pelan nak buat biskut yang mudah tapi comel ni.