Sempena hendak menyambut hari Raya Aidiladha, Mak Long kongsikan resepi Florentine yang menjadi kegemaran sekarang ni. Bila makan terlagi-lagi sampai tak sedar satu balang dah habis. Florentine ni pernah Mak Long belajar semasa Mak Long menghadiri kelas biskut raya sebelum Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Percubaan pertama kali Mak Long masa hari raya Aidilfitri tapi masa tu Mak Long ambil resepi dari majalah RASA keluaran Ogos 2013. Sebenarnya resepinya sama saja cuma dalam majalah RASA, ia dibakar dalam dulang muufin/ cupcakes yang bulat tu.
Bagi yang nak cuba resepi boleh ambil resepi kat sini.
BAHAN-BAHAN:
- 100gm biji labu (Mak Long tak letak sebab tak ada, kalau resepi asal memang ada)
- 10 gm biji bunga matahari
- 100 gm tepung Bienetta/ florentin
- 180gm kepingan badam
- Bijan hitam untuk taburan atas
PERKAKAS
- Dulang pembakar tidak melekat
CARA PENYEDIAAN
- Lapiskan semua kekacang secara nipis di atas dulang pembakar tidak melekat.
- Tuangkan florentin ke atas lapisan kekacang tadi.
- Kemudian sapukan rata.
- Akhir sekali tabur bijan hitam ke atas sapuan tadi.
- Bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment