ASSALAMUALAIKUM ...
Sekarang tepat jam 11.37 malam kalau Mak Long mengikut jam di komputer Mak Long. Ahli keluarga Mak Long yang lain semuanya dah lena diulit mimpi-mimpi indah. Cuma Mak Long sahaja yang masih berjaga walaupun sebenarnya Mak Long agak keletihan dan kesakitan (sakit kaki yang masih belum-belum sembuh)
Disebabkan tak boleh nak tidur, Mak Long kongsikan resepi kuew teow goreng yang paling sedap dan mudah. Tak perlu nak guna banyak bahan-bahan pun. Malahan sesuai juga untuk anak-anak kecil yang tak boleh nak makan pedas.
Resepi kuew teow goreng ni Mak Long daripada bonda kesayangan Mak Long. So kat sini Mak Long kongsikan bersama-sama, mana tau ada yang nak mencuba .... :)
BAHAN-BAHAN:
- Kuew teow satu bungkus (dibasuh bersih)
- Sebiji bawang besar
- 3 ulas bawang putih (Bawang besar dan bawang putih ditumbuk lumat/ nak hiris pun boleh)
- Sedikit sayur kucai (agak-agaklah, kalau suka makan sayur leh bubuh banyak skit)
- 3 sudu sos tiram.
- Kicap
- Cabai muda atau cili padi (dihiris tetapi kalau tak nak bubuh pun tak apa)
- Bebola ikan
- 4 hingga 5 ekor udang (tak kisahlah udang kecil atau besar)
CARA PENYEDIAAN:
- Tumis bawang putih dan bawang besar ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Setelah kekuningan bubuh sedikit garam.
- Masukkan udang dan kacau, selepas itu masukkan bebola ikan tadi dan sos tiram.
- Kemudian masukkan kuew teow, kicap dan kacau hingga rata.
- Akhir sekali masukkan sayur.
- Setelah masak boleh dihidangkan.
Mudah jer kan .... :)
No comments:
Post a Comment