Monday 1 October 2012

Sotong Masak Kunyit

Kali ni saya nak kongsikan resepi sotong masak kunyit. Paling senang nak buat. Resepinya memang saya warisi dari emak kesayangannya. Paling mudah juga untuk buat. Sesuai juga untuk dimakan oleh anak-anak kecil kerana tidak pedas.



Bahan-Bahan:


  • 1 kilo sotong (dipotong dan dibasuh bersih-bersih)
  • 1 biji bawang besar ditumbuk lumat dan 1 biji lagi dipotong bulat (untuk hiasan)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat bersama bawang besar
  •  Sedikit lada hitam (kalau nak masukkan, tapi saya tak masukkan). Lada hitam ditumbuk juga.
  • 3 biji cabai merah dipotong memang (hiasan)
  • Sebelah lada benggala (dipotong dadu juga untuk hiasan, kalau tak nak pun tak apa)
  • 1 biji tomato (dibelah empat, untuk hiasan)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam


Langkah-Langkah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat tadi. Kacau hingga naik baunya. Masukkan sedit garam.
  3. Kemudian masukkan lada hitam (kalau yang mahu tetapi saya tidak masukkan)
  4. Masukkan juga kunyit. Kacau.
  5. Masukkan sotong yang telah dibasuhkan dan yang telah ditos air.
  6. Biarkan sehingga sotong masak.
  7. Bila hampir-hampir masak masukkan lada benggala, cabai merah, tomato dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau seketika. Jangan terlalu lama.
  8. Siap masak, angkat dan hidangkan.



Beginilah hasilnya ..... 


No comments: