Monday 1 October 2012

Bendi Tumis Telur

Sebenarnya saya dah tak ingat bila saya buat bendi tumis telur ni. Kalau ikutkan di facebook (saya upload photonya di sana), saya telah memasaknya sekitar bulan Jun. Kelakarnya saya, sampai tak ingat bila membuatnya. Itupun nasib baik ada upload gambar kat facebook kalau tidak langsung tak ingat.

Apa-apa pun lupakan saja tentang kelupaan saya itu. Semuanya silap saya yang tak update blog ni sekian lama.

So untuk memendekkan cerita saya ceritakan bagaimana nak masak tumis bendi telur ni. Memang sedap sangat. Cubalah.



Bahan-Bahan:

  • Bendi 500 gm (Dibasuh dahulu sebelum dipotong untuk mengelekkan bendi itu berlendir)
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • Cili masak dipotong (hiasan)
  • Ikan bilis (agak-agak nak berapa banyak). Ikan bilis juga boleh digantikan dengan udang tetapi saya lebih suka gunakan ikan bilis sebagai perencahnya.
  • 3 biji telur
  • 1 kiub stok ayam (nak bubuh pun boleh tak nak bubuh pun boleh. Tapi kalau saya memang confirm saya bubuh).
  • Sedikit garam


Langkah-langkah:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.  Biarkan hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang. Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan kiub pati ayam dan pecahkan tiga biji telur tadi. Kacau hingga telur itu pecah-pecah dalam kuali.
  5. Setelah itu masukkan bendi dan cili merah yang telah dipotong. Jangan masak bendi terlalu lama kerana bimbang bendi akan jadi terlalu lembik.



Sudah siap bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga tercinta.

No comments: