Assalamualaikum ....
Alhamdulillah kelas Aneka Tart di Dapur MS Oven berjalan lancar hari ini. Mujur juga saya jumpa juga jalan menuju ke MS Oven. Tak beberapa pandai jalan di kawasan Meru Raya. Cuma yang pasti kedai MS Oven ni dekat dengan Mydin Meru Raya. Alhamdulillah berpandukan peta yang diberi sampai juga saya.
Oh ya, saya pergi kelas ni dengan sepupu saya, Noriey. Terima kasih banyak-banyak kepada cousin saya kerana sudi menemani saya. Ini first time saya join kelas seperti ini. Masa belajar kek Indulgent tempohari, cuma saya dan Cikgu Yuzie saja di rumah. Tak takut sangat tetapi rasa gementar tetap ada apabila disuruh buat seorang diri. Sampai saja di MS Oven, rasa gementar hilang secara tiba-tiba kerana saya dan sepupu disapa dengan senyuman oleh guru serta rakan-rakan yang ramah mesra. Kesemuanya yang belajar hari tu adalah seramai 6 orang. Guru yang mengajar adalah Cikgu Sarah dan antara teman baru yang dikenali di kelas ini ialah Sal, Niesa, Wani dan Kak Khatijah.
Untuk kelas hari ini, kami belajar 3 jenis tart iaitu Blueberry Cheese Tart, Fruit Tart dan Egg Tart. Rupanya senang jer nak buat pastri tart cawan ni. Ingat susah sangat. Tu lah tak rugi buang duit untuk belajar. Sekurang-kurangnya dengan menghadiri kelas banyak perkara dan teknik-teknik yang dapat dipelajari. Ilmu dapat, kawan pun dapat. :)
Di bawah ni semua gambar-gambar yang diambil masa belajar. Ini semua hasil kerja ramai-ramai. Buat sikit-sikit sorang. Dalam sibuk belajar sempat juga tangkap photo dan ada juga yang sempat update status kat fb termasuklah saya. Apa-apa pun saya enjoy join kelas ni.
Photo pastri Tart Cawan yang telah dibakar.
Topping untuk Blueberry Cheese Tart
Buah-buahan (anggur merah dan strawberry) ni pula digunakan untuk Fruit Tart
No comments:
Post a Comment