Hari ni saya mencuba untuk memasak Siakap 3 Rasa. Balik kerja semalam terus singgah Tesco cari ikan siakap dan bahan-bahan yang lain. Resepi ikan siakap 3 rasa ni diberi oleh rakan sekerja saya. Rupanya senang saja nak masak siakap ni. Bahan-bahan yang digunakan taklah rumit sangat, mudah didapati. Saya ni kalau cari bahan-bahan yang saya jarang gunakan memang masalah skit, al-maklumlah tak beberapa nak kenal hehehe .... orang jarang masuk dapur katakan. Cuma sejak dua menjak ni jer .... hehehe dapat hobi baru memasak, belajar dan mencari kelainan dalam memasak .... ^_^
Di sini saya kongsikan bagaimana mahu memasak siakap 3 rasa ni.
Bahan-Bahan:
- Seekor ikan siakap (disiang dan dicuci dengan limau untuk hilangkan bau hanyirnya)
- Lada Benggala (Merah dan hijau)
- Tomato (sebiji dah cukup tapi saya terpotong dua biji ^_^)
- Nenas (Tapi saya tak bubuh kerana tak dapat cari nenas di kedai hari ni)
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- Halia dihiris halus
- 3 biji bawang putih diketuk
- 1 sudu cili kering yang dikisar
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- Sedikit air
- Garam
- Tepung jagung (untuk disalut pada ikan, tapi saya tak bubuh, hanya gaul dengan kunyit sahaja)
Cara Penyediaan:
- Ikan siakap dilumurkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak. Goreng sampai garing.
- Setelah siap digoreng angkat dan hidangkan dalam pinggan.
- Manakala bahan untuk kuahnya pula, minyak tadi diangkat, hanya tinggalkan 3 sudu saja dalam kuali. Tumis halia, bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan cili kering, sos cili, sos tomata dan sos tiram. Kemudian isikan air sedikit.
- Akhir sekali masukkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan tomato.
- Setelah siap, letakkan sos ke atas ikan tadi.
No comments:
Post a Comment