Di sini saya kongsikan cara nak membuat bubur tepung pulut warna warni. Saya dapat resepi ni dari majalah rasa bulan Ogos. Selalunya beli jer kat pasar Ramadhan time bulan puasa. Kali ni mencuba sendiri bagaimana mahu membuatnya..
Bahan-Bahan:
Bahan Doh:
- 240gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Pewarna hijau dan merah secukupnya
- Garam secukup rasa
Bahan Kuah:
- 250 ml air
- 200 ml santan pekat
- 125 ml gula melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara Penyediannya:
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
- Bahagikan adunan doh kepada dua bahagian dan warnakan dengan warna merah serta hijau.
- Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya. Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.
- Apabila doh telah timbul dipermukaan air, angkat dan toskan.
- Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.
- Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam adunan kuah dan gaul sebati.
- Sedia untuk di makan.
No comments:
Post a Comment