Monday, 26 December 2011

Kek Lapis Pelangi

Hari ini birthday Cham Cham permata hati saya yang keempat. Sejak awal pagi lagi saya sibuk di dapur hingga lewat tengah hari menyiapkan jamuan kecil yang akan diadakan di rumah saya pada jam 1. Sempena birthday Cham Cham saya ambil kesempatan mencuba beberapa masakan yang pernah saya buat beberapa kali iaitu kek lapis pelangi, puding roti (saya pernah menulis entri tentang puding roti sebelum ini), agar-agar pandan bersantan dan juga mencuba resepi baru iaitu bubur sagu.

Alhamdulillah menjadi juga kesemuanya dan kembang kempis jugalah hidung saya bila dipuji oleh mak cik-mak cik saya hehehe ....

Di bawah ini saya sertakan resepi kek lapis pelangi. Selamat mencuba .....


Bahan-Bahannya:
  • 1 cawan planta
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung kek
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu cair
  • esen vanilla
  • Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara Penyediaannya:
  1. Pukul marjerin dan gula kastor hingga kembang
  2. Setelah kembang,  masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
  3. Kemudian, masukkan esen vanila dan susu cair tadi dan pukul lagi.
  4. Masukkan dua cawan tepung kek dan pukul.
  5. Kemudiannya, asingkan adunan tadi kepada tiga bahagian. Setiap bahagian dibubur pewarna yang berbeza iaitu hijau, kuning dan merah.
  6. Sapukan loyang dengan mentega. Masukkan lapisan demi lapisan adunan tadi.
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 C  dalam 40 minit.

No comments: