Assalamualaikum ....
Entri ni adalah kesinambungan daripada entri saya sebelum ini. Selain daripada memasak udang goreng chrispy atau udang goreng rangup, saya juga memasak ayam kicap berlada. Opah suka sangat-sangat. Katanya kuahnya sedap sangat bila digaul dengan nasi Bukan sahaja opah, saya juga sebenarnya suka sangat ayam kicap berlada. Kalau ayam ditukar dengan daging lagilah sedap sampai menjilat jari. Resepi ni saya dapat dari mak. Memang emak selalu memasaknya untuk kami adik-beradik sejak dari kecil.
Cuma saya nak minta maaf sedikit tentang gambar ayam kicap berlada yang saya ambil ni agak gelap sedikit. Saya pun tak tahu nak buat cam mana dengan kamera saya, adakalanya gambar elok jelas, adakalanya hmmm susah nak cakap .... :( terima ajalah ....
Apa-apa pun di bawah ni saya sertakan bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan ayam kicap berlada.
Bahan-Bahannya:
- 8 belah kepak ayam (bahagian mana-mana pun boleh, kebetulan hari tu saya gi TESCO dan beli kepak ayam ni).
- 3 biji ubi kentang dipotong bulat. Potong nipis.
- 3 sudu teh cabai kering yang telah dikisar
- Kicap secukupnya (agak-agak dan saya guna kicap kipas udang)
- 1 1/2 biji bawang besar ditumbuk bersama dengan 3 ulas bawang putih.
- Sedikit air asam jawa
- Ajinomoto (ikut suka nak bubuh)
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk lumat dalam minyak yang panas. Masukkan sedikit garam dan juga ajinomoto.
- Setelah naik baunya, masukkan cabai kering. Biar sampai naik minyaknya dan masukkan kicap kipas udang. Kacau.
- Masukkan sedikit air asam jawa. Kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan hingga masak (menggelegak dan kentang lembut).
- Akhir sekali masukkan ayam, kacau agar sebati dan kemudian boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment